dυa ρυℓυн ℓαραn

7.3K 288 4
                                    

Rayyan menekan loceng rumahnya. Setelah beberapa minit seorang lelaki separuh abad membuka pagar kecil. Lelaki itu menpunyai senyuman sebaik sahaja melihat wajah Rayyan.

" Tuan Rayyan! Tuan dah balik? Alhamdulilah." ramah lelaki itu menegurnya.

" Saya dah balik dah Pak Kassim, tapi saya tak lama. Ibu mana? "

Lelaki bernama Pak Kassim itu memberitahunya bahawa Datin Aminah memberi tahu mereka bakal menerima tetamu namun tidak kata siapa. Mungkin mahu memberi kejutan iyalah semua pekerja di rumah banglo itu sudah bagai suatu keluarga.

" Ya Allah saya terlupa, Tuan Rayyan masuk dulu saya angkatkan beg tuan masuk. "

Rayyan hanya memberikan senyuman pada Pak Kassim. Sudah lama rasanya dia tidak jumpa lelaki itu sejak dia keluar dari rumah ini. Pak Kassim sudah berkerja sejak dia dan Aliah berusia sepuluh tahun.

Rayyan masuk ke dalam pintu rumah dan memberikan salam. Kepulangannya disambut dengan pelukan dari pembantu rumahnya.

" Rayyan? Maaf ibu tak jemput Rayyan. Ibu ada masak makanan favorite Rayyan. "

Datin Aminah merapati Rayyan. Rayyan memberikan ibunya senyuman, menunjukkan lesung pipitnya.

" Ibu ingat.. ibu ingat mungkin ibu dah tak ada peluang nak masak untuk Rayyan. Ibu rindu Rayyan sangat-sangat... "

Air mata mula mengalir ke pipi Datin Aminah. Rayyan terus memeluk ibunya. Sungguh dia rindu dan rasa bersalah.

" Rayyan minta maaf sebab tak jumpa ibu walau Rayyan dah balik dari UK. Rayyan minta maaf sebab tak bagitahu pun sebelum ni Rayyan pergi mana " pinta Rayyan.

Rayyan melonggarkan pelukannya. Ibunya hanya tersenyum.

" Asalkan sekarang ni Rayyan ada dah cukup. Lepas ni kalau Rayyan tak lawat ibu, ibu marah! " ugut Puan Aminah.

Semua disekeliling mereka hanya tergelak.

" Dah lama tak nampak telinga Tuan Rayyan kena cubit. " usik mereka.

Rayyan tersengih. Bila dah cerita pasal kisah lama ketika zaman dia degil remaja.. Ya bukan muda remaja tapi degil remaja. Kenapa? Dia dikira agak keras kepala ketika remaja.

Tiba-tiba tawa mereka berhenti saat mata mereka terhenti pada Dato Fuad yang menuruni tangga.

Rayyan pergi ke arah ayahnya dan menyalam tangannya.

" Kenapa lama sangat baru nak balik? Suka sangat ke buat ibu kamu tu risau? Kereta tu kenapa parking luar, nanti halang jalan orang  " kata Dato Fuad ego.

Sedangkan dia mahu memaksudkan yang dia merestui kepulangan anaknya. Rayyan hanya memberikan senyuman ikhlas kepada ayahnya.

Dato Fuad memalingkan pandangannya. Dan membisik sesuatu yang hanya didengari Rayyan.

" Ayah minta maaf.. "

Datin Aminah dan beberapa orang gaji yang bagai menangkap apa yang dikata Dato Fuad terus tersenyum.

" Rayyan pun minta maaf. " kata Rayyan.

Datin Aminah menghampiri mereka dan menyentuh bahu suami dan anak lelakinya.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now