тυʝυн вєℓαѕ

9.1K 365 0
                                    


Kata-kata Rayyan pada Sabtu hari itu membuatkan Amelia tersengih sendiri. Oh ya bila ingat balik Aliah pun ada ajaknya keluar. Katanya girls date. Mungkin Amelia sudah makin rapat dengan keluarga Rayyan? Lepas ni boleh lah dia jumpa ibu Rayyan dan... Amelia mengeleng kepalanya. Berangan tu bagus tapi kalau tak ada hasil malu je. Agaknya macam mana eh rupa ibu bapa Rayyan?

" Amelia, hantar fail ni ke... "
Kata-kata Mikhail terhenti melihat Amelia langsung tidak sedar dia sedang berdiri di hadapan.

Mikhail mengeleng kepala sebelum mengetuk meja. Amelia hampir terlompat dari tempat duduknya. Mukanya pucat, agaknya kalau toreh tak keluar pun darah.

" Enci..Encik nak apa? " soal Amelia.

Mata Amelia sedikit berkaca dengan air. Mikhail mengeluh kecil. Dia takutkan gadis itu teruk sangat ke?

" Nanti ambil fail ni dan hantar pada Mr Lee. Lagi satu kalau boleh jangan termenung dah lepas ni. Sekejap lagi ada orang nak datang. Please look professional, I will not tolerate this kind of attitude. " tegas Mikhail.

Amelia menelan air liurnya. Sejak bila Mikhail yang dikenalinya sebegini tegas. Matanya menganalisa Mikhail. Aura Mikhail juga lain atau mungkin hanya dia sahaja yang fikir macam tu? Tapi bila fikir Mikhail yang serious boleh dikatakan agak cool.

' Eh kenapa aku puji dia pula ni? '

Mikhail meletakkan fail di atas meja dan masuk ke dalam biliknya. Amelia membetulkan posisi duduknya.


Mikhail merebahkan badannya di atas kerusinya. Dia mengeluh. Rasanya sudah berapa kali dia mengeluh pada hari ini. Tidak dari hari itu sejak dia tahu Amelia keluar dengan Rayyan tanpa bantah. Bukan apa dia cuma rasa.. Cemburu? Mikhail mengeleng. Tidak mungkin dia suka gadis seperti Amelia. Ramai perempuan yang lebih cantik dari Amelia.

Sekelip mata Mikhail membayangkan Rayyan dan Amelia sedang tertawa mesra. Tangannya mencengkam di dadanya. Entah kenapa hatinya terasa sakit. Sakit bila membayangkan Amelia dengan mana-mana lelaki. Matanya teralih ke arah kamera. Menunjukkan Amelia sedang menaip sesuatu di laptop. Mikhail tersenyum. Mungkin.. Mungkin dia sudah jatuh cinta? Jatuh cinta dengan Amelia.

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu menghentikan lamunan Mikhail.

" Masuk! " arah Mikhail.

Amelia masuk dengan perlahan. Di tangannya terdapat tray minuman.

Mikhail memandang Amelia tanpa berkata apa-apa. Mungkin juga menanti gadis itu untuk bersuara.

" Saya nampak Encik macam stress saya buatkan hot chocolate untuk Encik. Orang kata chocolate boleh hilangkan stress.."

Terukir senyuman dibibir Mikhail. Senyuman tampak begitu ikhlas. Jujur kata Amelia sendiri terpukau dengan senyuman playboy itu. Tiba mata Amelia terbuka luas.

" Eh tapi ni bukannya sebab saya suka awak ke apa eh! Err, tapi saya bukan buat ni sebab nak bodek Encik juga eh "

Mikhail tergelak kecil. Dia memerhatikan gadis dihadapannya.

" Terima kasih, Amelia. "

Amelia hanya terdiam. Dia pun sebenarnya tak faham kenapa namun beberapa saat kemudian dia tersenyum mesra pada Mikhail. Mungkin dia sudah mula rapat dengan Mikhail? Bila fikir balik Mikhail tidaklah sepoyo yang disangka.

" Sama-sama. "

Serentak dengan itu Amelia mengambil tray minuman itu dan menapak keluar dari bilik Mikhail. Mata Mikhail mengekori Amelia sehinggalah gadis itu hilang dari pandangan.

*********

Rayyan menyisir rambutnya kebelakang. Di fikirannya masih terbayang wajah Amelia. Entah mengapa dia bagai tidak boleh menghilangkan gadis itu dari mindanya. Walhal baru Sabtu lepas dia jumpa Amelia dan pagi ini dia ternampak Amelia. Dia mengelengkan kepalanya. Daripada termenung lebih elok dia pergi sambung kerjanya.

Tangannya sudah menarik helaian kertas dihadapannya. Matanya meneliti kertas dihadapannya.

Tuk! Tuk!

Belum Rayyan sempat cakap apa-apa Mikhail sudah masuk dan duduk bertentangan Rayyan. Rayyan mengeleng kepalanya. Agaknya tak boleh beradab sikitkah Mikhail ni dengannya?

" Hm, apa playboy malaya ni nak dekat aku? "

Mikhail mulanya diam bagai tidak tahu apa harus dikatakan namun kemudiannya membuka mulutnya.

" Aku cuma nak tanya pendapat kau je. "

Mata Rayyan terus beralih ke arah Mikhail. Dia kelihatan berminat dengan apa yang bakal dikatakan Mikhail.

" Okay, teruskan? "

Mikhail melepaskan nafasnya perlahan. Matanya memandang ke arah meja.

" Kau tahu, aku macam.. Entahlah suka dengan Amelia tu. Tapi aku tak tahulah. Kalau kau, kau buat apa? " soal Mikhail.

Rayyan mulanya sedikit terkejut namun kemudiannya kembali tenang.

" Aku tak tahu kenapa kau cakap dekat aku but kalau aku mungkin aku bagi tahu je kat dia aku suka dia. Lagipun apa ni playboy tanya budak nerd pasal cinta bagai. Kau sakit ke apa? " gurau Rayyan diakhir katanya.

Mikhail tersengih mendengar gelaran yang mereka sering guna ketika di kolej dulu. Sebenarnya dia panggil Rayyan nerd kerana tidak puas hati ramai perempuan mula beralih minat sejak Rayyan masuk ke kolej tersebut.

Tapi itu semua cerita lama, kalau tidak sebab mereka selalu bergaduh di kolej mungkin mereka tidak berkawan sekarang ni. Kawan yang menjadi rapat kerana gaduh? Pelik tapi benar.

" Tapi jujurlah aku tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana perempuan. Amelia, dia tu macam lain dari yang lain. "

Rayyan mengangguk faham.

" Kalau kau serious tak apa lah tapi kalau.. " kata-kata Rayyan berhenti.

Mikhail bagai tidak sabarmenunggu sambungan kata itu.

" Kalau? "

Rayyan membuat muka serious. Matanya tajam merenung Mikhail.

" Kalau kau cuma main-main kan dia. Aku tak akan teragak nak tumbuk muka kau. " ugut Rayyan.

Mikhail tergelak kecil sebelum membalas ugutan Rayyan.

" Kau ni abang dia ke apa? " soal Mikhail.

Rayyan tersenyum bangga sebelum senyuman itu berubah kepada senyuman sinis.

" Mungkin abang, mungkin lebih. "

Mikhail mengerut dahi cuba untuk fahami apa yang cuba disampaikan Rayyan beberapa saat kemudian muka Mikhail berubah.

Belum sempat Mikhail membuka mulutnya tiba-tiba pintu bilik Rayyan diketuk.

Amelia membuka pintu bilik Rayyan dengan perlahan.

" Maafkan saya kalau menganggu benda penting, tapi Encik Mikhail ada orang nak jumpa. "

Mikhail bangun dari kerusinya dan mengatakan sesuatu pada Rayyan yang tidak dapat didengari Amelia. Mikhail terus merapati Amelia sebelum mereka keluar dari bilik itu.

Rayyan tersenyum sinis mengingati kata-kata Mikhail. Sedangkan dia sendiri tak pasti dengan perasaannya bagaimana dia mahu berebut dengan Mikhail? Dia mengeleng kepala.


Mikhail tersenyum sinis namun cepat-cepat mengeleng kepalanya. Dia masih teringat kata-kata nya pada Rayyan sebentar tadi.

" Kalau kau suka dekat Amelia, it's okay. Let the best man wins. "

Sejujurnya dia tidak samaada dia harus atau tidak berebut dengan Rayyan kerana dia tidak tahu andai Rayyan suka atau tidak pada Amelia tapi apa yang dia tahu walau apapun jadi dia akan cuba menambat hati Amelia.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now