ℓιмα ρυℓυн ѕαтυ

7.9K 265 5
                                    

Sepanjang perjalanan Rayyan dan Amelia ke rumah keluarganya, hanya Rayyan yang cuba berbual dan memastikan semuanya akan menjadi okay. Amelia hanya diam dan mengetap bibirnya. Bukan apa tapi, Puan Aisah bila marah bukannya biasa-biasa.

Rayyan mengerling seketika ke arah gadis itu. Sejujurnya dia pun sedikit gementar tetapi dia masih menpunyai wajah tenangnya.

Rayyan memberhentikan keretanya dihadapan rumah teres milik ayah Amelia, Hamid Aziz.

Amelia mengambil nafas panjang sebelum memandang ke arah Rayyan. Rayyan membalas renungan Amelia. Lelaki itu tersenyum pads gadis itu.

" It's going to be okay. Jom " kata Rayyan.

Serentak mereka keluar dari pintu kereta. Rayyan memaling ke arah Amelia.

" Awak patut biarkan saya yang buka tahu? " soal Rayyan.

Amelia tersenyum.

" Zaman saya dilayan macam tuan puteri dah lama berakhir " kata Amelia.

Dari kata-kata itu terdapat tersirat sendiri. Rayyan membalas senyuman Amelia memahami apa yang cuba disampaikan Amelia.

*********

Puan Aisah dan Encik Hamid memerhatikan Amelia dan Rayyan dengan tegas. Wajah mereka kelihatan begitu tegas. Amelia menelan air liurnya.

" Jadi? Apa yang sebenarnya berlaku? " soal Puan Aisah menekankan perkataan 'sebenarnya'.

Puan Aisah tidak lepas dari memberi pandangan tajam kepada Rayyan. Dia tahu Rayyan seorang lelaki yang baik tapi dia tetap perlu bertegas. Iman bukannya sentiasa sama. Iman manusia berbolak balik. Kita tak tahu jika orang yang baik itu akan sentiasa baik.

" Mak sebenarnya Mel... Mel putus dengan Mikhail sebab Mel cintakan Rayyan. "

Puan Aisah dan Encik Hamid menganggukkan kepalanya.

" Mel cuba untuk lupakan Rayyan dan selama dua tahun Rayyan tak ada depan mata Mel, Mel berjaya lupakan perasaan Mel. Tapi... Bila Rayyan balik dari LA perasaan tu datang balik... " kata-kata Amelia dipotong Encik Hamid.

" Jadi atas sebab tu kamu nak putus dengan Mikhail? Pentingkan perasaan sendiri? " tegas Encik Hamid.

Amelia mengelengkan kepalanya. Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung. Rayyan memandangnya dan sedikit sebanyak memberikan dia semangat untuk teruskan.

" Tak abah, bukan macam tu. Mel.. Mel cuba teruskan pertunangan tu. Tapi Mikhail sedar yang Mel sayangkan Rayyan jadi dia putuskan pertunangan kami. Dia tak nak Mel pura-pura cintakan dia. " terang Amelia sedikit beremosi.

Puan Aisah mengelengkan kepalanya. Sedikit kecewa mendengar apa yang sebenarnya berlaku.

" Habis tu kalau Rayyan tak suka Mel macam mana? Kalau dia tolak Mel masa tu macam mana? " soal Puan Aisah.

" Dan... Rayyan. Betul ke kamu betul-betul sukakan Amelia? Bukan sebab kamu kesiankan dia? " duga Puan Aisah.

Amelia diam. Dia mengengam tangannya. Dia tidak tahu apa yang patur diperkatakan.

Rayyan memecahkan sunyinya.

" Makcik, Pakcik, saya memang cintakan Amelia walaupun saya lambat sedar. Saya harap pakcik dan makcik tak letak semua kesalahan dekat Amelia. Kami cuba lupakan perasaan kami tapi dia tak hilang. Saya tahu bunyinya kelakar tapi mungkin ini takdir kami. " kata Rayyan.

" Dan saya tahu makcik dan pakcik hanya mahukan kebahagiaan Amelia jadi... Saya serahkan cincin ni pada makcik dan pakcik untuk membuat keputusan untuk Amelia. " Rayyan menghulurkan sekotak cincin yang sepatutnya diberi kepada Amelia ketika dia melamar di airport hari itu.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now