dυα ρυℓυн тιgα

8K 338 10
                                    


Mikhail terbaring di atas katilnya. Sejujurnya dia tidak boleh terlelap. Jika dia menutup matanya wajah Amelia memenuhi ruang fikiran. Dia suka senyuman gadis itu walaupun dia jarang dapat melihat senyumannya. Jika dia jumpa Amelia sebelum Rayyan mungkinkah gadis itu akan memberikan senyuman yang sama diberikan kepada Rayyan?

Mikhail teringat ketika zamannya dan Rayyan di University dulu. Ketika itu dia hanya kenal Rayyan kerana Rayyan adalah satu-satunya pelajar melayu selain dia. Oh ya lupa beritahu, Rayyan dan Mikhail belajar di UK.

Dua tahun lalu,

Mikhail seperti biasa berjalan dengan tangannya memeluk Cassie Ember, perempuan yang paling hot di dalam University itu. Mukanya masih lelaki memakai senyuman bangga kerana berjaya mendapatkan perempuan itu. Walaupun sejujurnya dia bukannya cinta ataupun sayang pada perempuan itu.

Semua perempuan di University itu tergilakannya. Walaupun budak yang boleh digelar nerd pun berangan itu mendapatkannya sebagai boyfriend. Namun sejak akhir-akhir ini perhatian beralih pada seorang pelajar melayu, Rayyan Haikal.

Katanya dia baik, bijak dan cool kerana berkerja sambil belajar membuatkan Mikhail berasa cemburu dengan semua spotlight  yang diterima Rayyan. Mata Mikhail terhenti di sekelompok perempuan yang sedang membuat bunyi bising 'Kyahhhh'. Mikhail melepaskan pelukannya membuat Cassie rasa tidak puas hati.

Mikhail merapati sekumpulan perempuan.

" Hey girls what's going on? " soal Mikhail membuat perempuan-perempuan mat saleh itu tersenyum mesra.

" Nothing much but Rayyan is teaching us some malay words. He sound so hot saying it! " salah satu perempuan itu.

Mikhail berdengus kecil. Takat cakap bahasa melayu dia pun boleh. Mata yang jatuh pada Rayyan yang sedang berbual.

" Yo bro, Kau dari Malaysia juga kan? Aku Mikhail Qairul. Nice to meet you. "  Mikhail menghulurkan tangannya pada Rayyan.

Rayyan berdiri dan salam Mikhail.

" Me too. Aku ada dengar pasal kau. Well siapa tak kenal kau, I'm sure the whole University know you. " Rayyan memberikan senyuman mesra pada Mikhail.

Perempuan-perempuan disekeliling sudah bagaikan kena heart attack. Bayangkan putera University dengan transfer student yang misteri menjadi kawan dan berbual dalam bahasa asing tapi hot.

Mikhail tergelak kecil sebelum berkata,

" Aku pergi dulu. Kalau kau perlukan apa-apa kau boleh cari aku. Goodbye Nerd. " gurau Mikhail.

Rayyan tersenyum sinis.

" Oh sure, Goodbye Mr. Casanova " balas Rayyan.

Mikhail pergi ke arah Cassie dan memberikan perempuan itu ciuman kecil di bibir. Membuatkan perempuan disekeliling Rayyan membuat bunyi 'aw'.

Rayyan membuat muka sedikit geli dengan apa yang disaksikan. Benda seperti ini dikira normal memandangkan ketika dia di Malaysia pun ada pasangan begitu namun dia masih tidak selesa. Baginya perkara itu tidak patut dan tidak wajar bagi seseorang yang beragama Islam berbuat begitu.

Dan dari situ perkenalan mereka. Walaupun mereka kelihatan baik namun masing-masing tahu mereka tidak. Mikhail dulu sangatlah liar namun entah apa yang jadi tiba-tiba Mikhail meminta Rayyan mengajar bagaimana untuk solat dan bertaubat sejak dari situ. Rayyan tidak bertanya tapi dia percaya pasti Mikhail sedar disebabkan teguran seseorang.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now