тιga pυℓυн ℓιмα

7.7K 322 17
                                    

Pandangan Amelia kabur. Kepalanya berdenyut sakit. Setelah matanya betul-betul fokus dia mengalihkan pandangannya pada Rienna yang sedang bersandar di katilnya.

" Ri..en..na " suara tersekat-sekat.

Tangan Amelia cuba mencapai Rienna tapi gagal kerana dia tak dapat mengangkat tangannya. Dia dekat mana? Dia cuba memerhatikan sekeliling namun terhenti apabila pintu biliknya terbuka.

Puan Aisah dan Encik Hamid kelihatan terperanjat dan sedikit lega.

" Amelia! "

Amelia mengerutkan dahinya sebaik sahaja mak nya menjerit. Kepalanya sakit.

" Jangan jerit, pening budak tu nanti " pesan Encik Hamid pada Puan Aisah.

Air mata mengalir di pipi Puan Aisah. Lega sungguh dia lega. Akhirnya Amelia bangun juga dari tidur yang panjang.

Puan Aisah merapati Rienna dan cuba membangunkan dia perlahan. Rienna bangun dan kelihatan terkejut dengan Amelia yang sudah membukakan mata itu.

" A..melia dah sedar, saya pergi panggil doktor " Rienna berlari keluar dadi bilik itu.

Puan Aisah dan Encik Hamid merapati Amelia. Tangan Puan Aisah mengusap pipi anaknya. Dia memandang ke arah anaknya dengan kasih.

" Mel okay? Nak ayah ambilkan air kosong? " soal Encik Hamid.

Amelia mengelengkan kepalanya. Mel.. Lama dia tak dengar orang panggilnya itu. Panggilan yang digunakannya dengan keluarga.

" M..el de..kat m..ana? " soal Amelia.

" Hospital Kuala Lumpur " jawab Encik Hamid dan Puan Aisah serentak.

" Mak.. mak pergi call Ratna dengan lain-lain ya? " kata Puan Aisah dan keluar dari bilik itu.

Tinggal dia dan ayahnya. Mata Amelia memerhatikan Encik Hamid yang memandangnya tenang.

" Ber..apa lama? " soal Amelia dengan payah.

Tekaknya sakit. Mungkin jika diberi masa sejam-dua baru suara dia kembali seperti asal.

" Lima hari, sudah lima hari Amelia tak jaga. "

Amelia mengerutkan dahinya. Lima hari? Tapi kenapa dia rasa bagaikan baru sekejap?

" Semalam kawan sekerja Amelia ada datang. Mikhail dengan Rayyan pula, tak pernah sehari dia orang tak datang " beritahu Encik Hamid.

Amelia diam. Sejujurnya kepalanya masih berdenyut-denyut. Mikhail... Rayyan? Belum sempat dia mahu fikir doktor sudah datang dengan Rienna.

*******

Dua hari kemudian,

Mikhail melangkah laju. Dia tidak dapat melawat Amelia sebaik sahaja Puan Aisah memberitahu Amelia sudah sedar kerana dia terdapat beberapa kerja terpaksa diselesaikan. Hatinya sedikit lega Amelia sudah sedarkan diri.

Mikhail terhenti di hadapan bilik Amelia. Mata memadang Rayyan yang berdiri betul-betul di luar bilik.

" Kenapa kau tak masuk? " soal Mikhail.

Rayyan yang bersandar di dinding itu memberi muka tenangnya.

" Mungkin bukan sekarang. " pendek sahaja jawapan Rayyan.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now