"Upah dulu. Semalam lain. Pagi ni baru yang betul-betul. Cepatlah tak sabar nak rasa bibir rangup sayang tu" katanya sambil memeluk erat pinggangku dan menarik rapat tubuhku. Dadaku bersentuhan dengan dada bidangnya. Aishh tak tahan.

"Mengadalah. Yela-yela tapi janji kejap je" kataku sambil memandang tepat ke arahnya.

"Okey" dan aku terus mencium bibir Haris. Belum sempat aku memutuskan ciuman kami Haris terlebih dulu mengunci pergerakan aku dan meragut kembali bibirku. Ciuman Haris semakin rakus dan seperti tidak mahu dilepaskan.

"Ah" aku mengadu sakit akibat gigitan Haris di bibir bawahku.

"Sorry sayang tergigit. Geram sangat" Haris tersenyum. "Okey upah selesai. Jom" kata Haris sambil membuka pintu rumah dan tiba-tiba dia berhenti. Aku memandangnya pelik.

"Asal?" Tanyaku.

"Your lips is very wonderful. I start addicted with your sweet lips sayang"

Haa perlu ke aku ingat balik pasal pagi tadi. Sakit hati tau layan miang Haris. Makin hari makin menjadi jadi.

"Weh berangan apa?" Suara Fatin mula menerjah gegedang telinganku.

"Bagi salam tak boleh ke beb?"

"Eceh ayat..kau tu kenapa ? Hari tu macam mati laki je aku tengok. Ada masalah ke?" Tanya Fatin.

Walaupun Fatin ni kadang-kadang gila sikit tapi hati dia baik. Sebab tu sampai sekarang aku boleh kekal berkawan dengan dia.

"Takde apalah. Hari tu tak sabar nak jumpa ibu aku" dalihku. Takkan aku nak cakap aku nampak suami aku curang ? Dia pun tak tahu aku kahwin.

"Cacatlah kau ni. Weh kau ada dengar cita tak pasal Sir Haris?"

Dimana mana ada Haris. Biasakan diri jela Saffiya Aliya.

"Tak. Tak minat" ceh minat sebenarnya. Apa lagilah gosip pasal Haris ni.

"Sir Haris dah ada girlfriend"

Apa? Girldfriend ? Jadi betul lah apa aku nampak hari tu ?

"Betul ke weh?" Tanyaku ingin kepastian.

"Betulah. Ada ramai yang nampak awek tu datang kolej. Dah berapa kali dah" sambung Fatin lagi.

Oh kira hari yang aku nampak tu bukan kali pertamalah ?

"Betul ke awek dia Fat" tanyaku lagi. Aku masih ragu-ragu sebenarnya.

"Tu aku tak tahulah tapi takkan jumpa kawan sampai ke kolej kut. Bukan sekali budak budak ni nampak dia tau" kata Fatin.

"Kau pernah nampak dia tak Fat?" Tanyaku.

"Tak. Tapi mira pernah nampak. Kan mira kan?" Fatin terus memandang Mira dan mendapat anggukkan Mira.

"Ada budak ni cakap perempuan tu model tau. Model antarabangsa lagi. So negara kita tak popular sangatlah" kata Mira.

Oh model. So kira taste Haris ni model lah ? Aku pelajar kolej je kut ? Macam mana nak lawan ?

"Cantik sangat ke weh kau rasa mira?" Tanyaku lagi.

"Model cantik ah weh. Tapi seksi gila. Biasalah model kan. Tapi aku rasa kau cantik lagi kut" kata mira. Ceh panceng aku ke apa ni ?

"Aku budak kolej dia model. Apa bandingkan aku"

"Alaa body kau macam model juga kut. Kalau kau audition confem ah dapat. Suara sedap" kata Mira.

Ah pujian Mira tak dapat legakan hati aku lagilah. Model antarabangsa kut ? Aku ni apa je. Sebab tu Haris tak suka aku kut. Yela girlfriend dia model.

"Weh jomlah masuk dewan kuliah. Lambat nanti. Kejap-kejap lagilah gosip" suara Mira kedengaran.

Sampai dewan kuliah aku terus duduk. Sumpah aku takde mood bila dengar cerita Fatin dan Mira tadi. Aku ingatkan Haris tersempak je dengan perempuan tu. Tapi memang jumpa. Bukan kali pertama pula tu jumpa dalam kolej. Ah dalam kolej pun pegang lengan buka main. Dekat luar...

"Goodmorning semua" suara Haris memecah lamunanku. Oh lupa kelas dia sekarang ni.

"Morning sir" jawab kami serentak kecuali aku.

"Have a good today?" Tanya Haris.

"Tak sir. Penat. Nak cuti lama lama lagi" jerit salah seorang pelajar.

Siapa je tak nak cuti lama kan.

"Hahaha biasalah kamu student. Sabar je" kata Haris.

"Sir nak tanya sikit boleh" Alissa mula membuka mulut. Mungkin di suruh kawannya.

"Yes alissa. Teruskan"

"Betul ke sir dah ada girlfrien?"

Pertanyaan Alissa mendapat sorakkan dari pelajar lain. Tak tahulah diorang ni menyokong ke membantah pertanyaan alissa tu.

"Mana awak dengar cerita ni?" Tanya Haris sambil memandang Alissa.

"Gosip sir. Satu kolej gosip pasal ni" kata Alissa lagi.

"Nama lagi gosip. Tak payah gosip pasal sayalah" jawab Haris sambil memandang tepat ke arah mataku. Aku terus tundukkan pandangan. Aish dalam kelas pun aku tak berani nak lawan pandangan mata Haris ni.

"So kira sir single lagi lah?" Tanya Alissa lagi.

Laa alissa ni over pula aku tengok.

"Entahlah tapi saya not available right now"jawab Haris dan mendapat sorokan lagi sekali dari dewan kuliah ini.

Entah dia sebab status dia sekarang suami orang. Benda tu rahsia sebab tu jawab entah. Tapi not available maksud dia apa pula? Ke sebab dia dan model tu memang couple ?

Ahh kusutnya kepala aku

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now