Bab 21 - Karnival

Start from the beginning
                                    

"papa tak kira, Haris kena juga kahwin dengan anak kawan papa tu. Papa dah janji dengan dia" tidak tertahan lagi Dato Hasyim dengan anak bongsunya itu. Hanya dengan permintaan terakhir Shamsul dia dapat membalas budi kawan lamanya itu.

"Papa yang janji, kenapa Haris yang kena tunaikan. Haris tak kenal perempuan tu papa" ah tak pernah-pernah Dato Hasyim memaksanya membuat keputusan.

"Tak cukup lagi papa izinkan kamu sambung belajar dalam negara walaupun abang kakak kamu wajib belajar di luar sana ? Tak cukup lagi papa relakan kamu belajar IT yang kamu minat sangat tu walaupun tak ada kena mengena dengan syarikat papa ataupun lebih tepat papa rela je kamu tak kerja dengan papa tapi pilih kerjaya pensyarah. Ke kamu nak suruh papa ungkit pasal cinta supermodel kamu tu?" Panjang lebar Dato Hasyim berkata.

"Papa maksud Haris bukan macam tu.."

"Cukuplah papa penat. Apa-apapun kamu kena Kahwin juga dengan Saffiya Aliya. Itu je papa mintak dengan kamu Haris" terus Dato Hasyim bangun menujur ke bilik. Penat ingin bertengkar lidah dengan anak bongsunya itu.

Pertama kali mendengar nama bakal isterinya itu hatinya tertanya tanya kenapa papa ingin saja menjodohkan mereka. Sungguh hatinya ingin sahaja kenal siapa gadis itu.

Tersenyum Haris mengingati peristiwa hampir 6 bulan lepas. Bagaimana hatinya menolak paksaan papanya tetapi bila terpandang wajah Saffiya Aliya hatinya terus terpauk lagi-lagi semasa Saffiya dengan sopannya mencium tangannya bersama air mata. Sungguh menghantui dirinya ketika itu. Sejak hari itu juga matanya selalu merindui muka kemerah merahan Saffiya. Tidak kiralah selepas menangis ataupun menahan marah, penat dan malu mesti wajahnya bertukar kemerah merahan.

"Weh dah sampai mana berangan? Senyum-senyum. Kerbau betul" jerkah Haikal apabila melihat Haris senyap membatu dan tiba-tiba boleh senyum dengan sendiri.

Habis haiwan disebutnya. Memang suka haiwan kawan Haris ni.

"Aku pergi dulu. Thanks maggie tak sedap kau ni. Nanti aku ganti. Bye" terus Haris menyambar kuncinya dan keluar dari kondo Haikal.

"Buat macam rumah sendiri. Ni rumah akulah lembu" jerit Haikal geram. Tadi bukan main kata nak lepak rumah Haikal ni.


------------------------------------------


"Fiyaaa jomlah join karnival ni. Aku lama tak tengok kau menyanyi atas pentas. Join ah" macam-macam pujukkan dah Ashraf ajurkan kepada Saffiya.

"Alaaa kalau kau ada takpela. Masalahnya kau tau kan aku tak suka sorang-sorang" bukan dia tidak mahu menyanyi. Ah tipulah kalau cakap dia taknak. Dia suka sangat menyanyi.

"Aku tak boleh masuk. Aku ni penolong presiden. Ajk karnival mana boleh join plus aku budak Musik" itu alasannya dari tadi tapi Saffiya buat-buat tak faham.

Sungguh Ashraf rindukan kenangan dulu. Kenangan di bangku sekolah dimana apabila ada sahaja majlis di dewan mesti dia dan Saffiya menyertai. Apa lagi menyanyilah tapi bahagian menyanyi tu Saffiya jela, dia tukang mainkan gitar untuk Saffiya.

"Alaa lepas tu siapa nak main gitar untuk aku? Aku mana reti main gitar dan aku taknak lah naik pentas sorang-sorang. Kekok" aku mana ada keberanian naik pentas sorang-sorang untuk menyanyi. Sebab itu Saffiya begitu salute kepada sesiapa yang berani tunjukkan bakat di atas pentas secara solo.

Nampak je hebat Saffiya ni tapi emm

Haa hina akulah tu. Alah semua manusia ada kekurang kan.

"Alah takkan lah kau tak kenal mana-mana orang yang pandai main gitar Fiya weh?" Tanya Ashraf lagi. Dia sangat berharap Saffiya sudi menyertai karnival yang dianjurkan kelabnya itu. Dia amat sukakan suara Saffiya tapi dia tahu Saffiya tidak akan pernah naik pentas dengan manusia yang tidak dikenalinya.

"Haaa Mira. Mira pandai main gitar" yes macam mana aku boleh lupa kawan aku yang kuat membebel tu.

"Kawan kau yang pakai tudung tu eh" tanya Ashraf ingin kepastian.

"Yela dia laa. Dia pandai main"

"Kira cantiklah tu. Minggu depan jom lepak bilik music. Kau bawak kawan kau tu. Boleh kita nyanyi sama-sama macam dulu-dulu" kata Ashraf lagi.

"Eh boleh ke budak lain masuk? Kena halau nanti. Buat malu je"

"Alah siapa berani halau. Ni akulah weh. Janji tau minggu depan jumpa sana. Nanti kita sound check sekali" Ashraf terus membuat perjanjian sendiri. Saffiya ni kena janji baru buat. Masak sangat dengan peragai dia.

"Kau ni..tengoklah macam mana dulu. Aku takut Mira tak nak join je" aku bukan taknak janji tapi kena tanya Mira dulukan.

"Okey. Apa-apa pun kau wajib datang minggu depan. Aku gian sangat ni nak mainkan gitar untuk kau dan kau kena lontarkan suara kau yang merdu tu okey. Dah aku nak cauw. Banyak lagi risalah aku kena tampal ni. Ni aktiviti terbesar aku dekat kolej  yang aku handle. Jangan lupa join pula. Banyak aktiviti kali ni tau" terang Ashraf panjang lebar. Budak ni kalau bercakap macam bertih jagung betul. Banyak la benda nak dibualnya.

Em nak join ke tak nak? Tapi aku lama tak naik pentas nyanyi. Masa sekolah dulu selalu sangatlah naik pentas untuk nyanyi. Heh aku ni jenis aktif tau kalau aktiviti melibatkan pentas. Sebab tu aku rapat dengan Ashraf. Dan salah satunya lagi Ashraf pun kawan baik kepada Danial. Secara tak langsung dia juga rapatlah dengan aku.

Sebut pasal danial lama juga aku tak nampak dalam kolej ni. Mana dia hilang ? Hari tu berapa kali terserempak ? Ada ilmu ke apa lelaki tu?

Ah perlu ke fikir pasal lelaki tu ? Baik aku fikir pasal Haris. Emm rindunya nak bersembang dengan Haris. Sebut pasal Haris, kenangan minggu lepas terus teringat.

"bie nak saya urut sekarang ke?" Tanyaku takut-takut. Ah kenapa aku nak kena takut ni ? Haris bukanya nak makan aku. Dia suruh urut je pun.

"Habis tu bila sayang? Sekaranglah. Sakit ni kepala" bisik Haris betul-betul di cuping telinganku. Bisikannya membuat bulu romaku naik mendadak. Ah gelilah.

"Okey fine. Lepas dulu. Saya nak bangun dulu" kataku dan cuba bangun dari paha Haris yang dari tadi menjadi tempat punggungku melabuh.

"Urut dari depan tak boleh ke sayang? Bie nak tengok muka sayang masa sayang urut bie" kata Haris betul-betul di bibirku. Seakan akan berbisik kepada mulutku.

Wajahnya kini melekat di wajahku. Dahinya di lekatkan di dahiku. Hidungnya di lagakan dengan hidungku. Hanya mulut kami berdua sahaja mempunyai jarak. Itupun tidak sampai 2 inci.
Tangannya dari tadi yang diletakkan di pinggangku makin diketatkan. Tubuh kami kini begitu rapat. Dadanya bertemu dengan dadaku.

"Bie..jaraklah sikit. Tak boleh nak bernafaslah saya" kataku dengan suara perlahan. Aku tak mampu memandang matanya. Takut tergoda. Dahlah keadaan sekarang cukup mengoda tubuhku.

"Suara sayang tu lagi buatkan bie tak cukup nafas mendengar tau. Goda bie eh" katanya lalu mencium bibirku lembut. Sebentar sahaja ciumannya itu dan menyambung kata-katanya lagi. " bie tak tahan tengok bibir sayang. I addicted with your lips sayang. Lagi-lagi kalau sayang buat suara macam tu. Buat bie ghairah"

Mendengar sahaja ayatnya itu terus aku mengigit bibir bawahku. Ah jantungku berdengup kencang sangat mendengar kata-katanya itu.

Tiba-tiba Haris membenamkan wajahnya ke leherku. Habis leherku di hidu dan diciumnya merata.

"Bie. Tak. Boleh. Tahan." Kata-katanya bersama ciuman di leherku. Aku tidak mampu bersuara tetapi hanya mampu mendesah.

Sumpah aku tergoda.

×××××××××××××××××××××××××××××

Sorry lambat..

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now