Bab 19 - Getback

Magsimula sa umpisa
                                    

"Amboi mulut kau. Sesedap rasa je cakap. At least ada juga cerita aku. Ni Fiya first time baru nak buka" balas Fatin.

Aish tak habis-habis gaduh budak dua ekor ni.

"Dahlah tu gaduh. Aku dengan dia time form 4" kataku mulakan cerita.

"Makk ai gatalnya kau. Form 4 dah bercinta" potong Mira.

"Dari Fatin, time darjah 6 dah couple kau taknak kutuk" balasku kepada mira pula.

"Dah aku hot nak buat macam mana" kata Fatin buat muka bangga.

Aish apa gedik sangatlah masa darjah 6 dah start bercinta cinta ni.

"Sekarang ni aku nak dengar cerita kau Fiya. Kau Mira senyap. Takyah nak kencang sangat" Kata Fatin.

Aku pun berceritalah macam mana aku kenal dan putus dengan Danial. Dan sebab tu lah aku sampai sekarang tak melebih lebih dengan lelaki.

"Oh sebab tu kau tolak semua lelaki yang try kau eh? Kes tak percaya lelaki ah sekarang?" Tanya Fatin. Aku hanya angguk.

Em aku bukan tak percaya lelaki sebenarnya tapi aku tak nak percaya janji manis lelaki. Aku serik.

"Sakit juga eh kena macam tu. Memang betul ah monyet. Tapi handsome do" kata Fatin.

Ah cakap dengan Fatin ni handsome je dia faham.

"Eh tu bukan Sir Haris ke?" Tiba-tiba Mira bersuara.

Aku terus memandang tepat ke arah yang ditunjukkan Mira tadi. Haris sedang berjalan sambil memengang kepala. Gaya seperti sedang menahan sakit.

"Dia nak balik ke weh ? Pelik. Biasanya dia paling lambat keluar dari kolej ni" kata Mira.

Amboi siap tahu aktiviti Haris. Aku yang isteri ni takde lah tahu sangat. Tapi memang Haris jenis balik rumah time lewat petang sikit. Sekarang baru pukul 11 setengah. Dia nak pergi mana ?

"Alah dia sakit tuh. Biarlah dia. Weh Fiya jom ah lepak bilik. Petang ni takde kelas kan ? Tak payah balik awal lah" kata Fatin.

"Haah Fiya. Jomlah. Lama tak lepak bilik" Mira terus menyokong Fatin.

"Aku rasa tak boleh kut. Aku kena balik ni. Ada hal. Nanti jumpa. Bye" terus aku bangun.

"Weh mende ni. Kau ni busy je. Macam ada laki dekat rumah" kata Fatin.

Sebab ada laki lah aku nak balik ni. Plus laki sakit. Hati aku jadi tak sedap ni.

"Lain kali okey"






Sampai rumah aku terus turun dari moto dan menuju terus masuk ke rumah. Yes Haris memang balik rumah. Sakit sangat kut. Demam ke eh ?

"Bieeee... bie dekat mana?" Oh mengada pula rasa kali ni.

Tapi bukan okey. Aku risaukan Haris sekarang ni.

Dekat ruang tamu takde. Dalam bilik kut.

Haaa betul lah dalam bilik.

"Biee kenapa ni" aku terus menyoal Haris sambil cepat-cepat memanjat katil.

Haris hanya baring di katil sambil tangan kanannya di sisi dan tangan kirinya diletakkan di dahi.

"Biee.." panggil ku lagi apabila aku tepat berada di sisinya.

"Mmm" hanya itu balasan Haris. Matanya masih ditutup rapat.

Aku mengangkat tangan kiri Haris sedikit untuk merasa dahinya. Tak panas.

Aku letakkan tanganku pula di lehenya. Tak panas juga.

Aik kenapa ni ? Pelik je.

"Bie kenapa ni?" Tanya ku ingin kepastian.

"Sakit kepala sikit" balas Haris.

Em akhinya bersuara juga. Ingat ada mutiara dalam mulut tu.

"Nak sayang urutkan ? Ke nak makan ubat ? Sayang masakan eh. Nak makan bubur tak ? Ke bie na..-"

Belum sempat aku bertanya lagi Haris memotong.

"Awak boleh diam tak ? Bingitlah kepala saya. Saya taknak apa-apa. Jadi awak boleh pergi sekarang" kata Haris marah sambil bangun dari pembaringannya. Habis sahaja ayatnya terus Haris baring semula.

Terus terdiam aku apabila di tengking Haris tadi. Apa salah aku ?

Aku hanya membatu dia sisinya. Aku terlampau blur untuk bertindak sekarang. Nak bersuara takut di tengking lagi. Nak bergerak kaki aku macam takut untuk bergerak. Yang aku tahu aku terasa sangat dengan Haris sekarang.

Beberapa minit berlalu aku hanya mampu duduk dan memandang sekeliling bilik aku dan Haris.

Okey mungkin aku kena pergi sekarang juga. Haris mungkin tak ada mood.

Tapi bolehkan cakap elok-elok dengan aku ?

Hah pergi matilah. Malas nak layan perasaan sekarang.

Aku terus bangun dan berjalan turun dari katil. Aku sebenarnya berharap Haris memanggil aku tapi bila aku keluar dari bilik ini tiada juga suara Haris memanggil. Aku pun terus menuju ke arah bilikku di sebelah bilik kami berdua.

Em mungkin Haris betul-betul tak mahu di ganggu sekarang ni.

-----------------------------×××------------------------------

"Ah kenapa aku kena tengking Saffiya pula ni? Dia tak salah apa pun. Ni semua sebab mesej gila Melina"

baby im really sorry but i still love you baby. Kita getback ya

"Ah mudanya kau guna ayat getback tu. 5 tahun lepas aku terseksa sebab kau. Sekarang aku lepaskan kepada saffiya. Saffiya tak salah apa pun"












××××××××××××

Mudahnyaa perkataan getback tu kan? Aish kalau hati mudah macam tu emmm

Haaa sorry lambat update. Terlebih tngok Hafizd Rosdi tadi hehehe

Masih Aku CintaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon