тιga ρυℓυн ѕємвιℓαn

Start from the beginning
                                    

Adresia menganggukkan kepalanya.

" Tapi saya ingat Adre lelaki sebab dia pakai baju lelaki... "

Pipi Adresia menjadi merah.

" Masa saya kecil saya tomboy, Mama saya pun suka dress up saya macam lelaki untuk cosplay... "

Rayyan memandang gadis yang memakai gaya rambut wavy ponyyail lalu mengangguk faham.

" Okay, kalau macam tu saya harap kita dapat berkerjasama " kata Rayyan dengan senyuman sambil menhulurkan tangannya.

Adresia menyambut tangan Rayyan. Tanpa Rayyan sedar saat itu jantung Adresia sedang berdegup kencang.

Sejak dari situ mereka menjadi rapat. Adresia sedikit mengingatkan Rayyan pada Amelia namun mungkin Amelia lebih lemah lembut dan pemalu? Entah Rayyan pun tidak tahu kenapa dia memandingkan kedua gadis itu.

Mereka mula menjadi girlfriend dan boyfriend sejak dua bulan lepas. Itupun kerana Adresia tidak membenarkan Rayyan meninggalkan LA. Akhirnya gadis itu mengakui perasaannya dan memutuskan dia akan mengikut Rayyan pulang ke Malaysia. Rayyan sendiri tidak mahu pulang ke Malaysia tanpa jaminan dia tidak akan menganggu hubungan Amelia dan Mikhail jadi dia bersetuju dengan Adresia. Sejujurnya Rayyan berasa sedikit bersalah dengan Adresia... Bagaikan dia mengunakan perempuan itu.

" Rayy! Are you even listening? Saya kata apa tadi? " uji Adresia.

Rayyan tergelak kecil. Sedikit sebanyak meredakan rasa sakit hati Adresia.

" Saya tak dengar. Saya minta maaf okay? " lembut sahaja suara Rayyan.

Adresia hanya diam di talian panggilan itu.

" Yelah, yelah. Esok kita jumpa.. Okay? Esok kalau awak tak dengar cerita saya.... Saya merajuk! " ugut Adresia.

Sekali lagi Rayyan tergelak kecil.

" Okay janji. Dah lah saya nak drive balik rumah kita jumpa esok okay? "

Adresia turut tergelak kecil.

" Okay, bye! Love you " kata Adresia.

" O..okay.. " kata Rayyan sebelum mematikan talian.

Rayyan mengerutkan dahinya. Dia mengeluh. Dia.. Benarkan dia mencintai Adresia. Ataupun dia hanya menggunakan gadis itu sebagai jalan keluar dari masalahnya.

********

Mikhail melangkah keluar dari Indaman Sdn Berhad. Dia keluar lunch sedikit lambat memandangkan dia terpaksa berbincang dengan CEO syarikat lain. Amelia pun sudah keluar pergi lunch.

Mikhail mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Amelia. Beberapa minit kemudian Amelia menjawab.

" Hello, Mel kat mana? " soal Mikhail.

" Hello.. Saya dekat satu cafe ni dah nak balik. "

Mikhail tersenyum. Siapa tidak gembira dapat berbual dengan tunang sendiri?

" Dah makan? "

Kedengaran seperti Amelia sudah keluar dari cafe dengan bunyi kereta dan orang lalu-lalang.

" Saya belum makan lagi. Mikhail dah habis berbincang dengan CEO dari syarikat Kesandra? " soal Amelia.

" Dah. Kita jumpa dekat restoran biasa okay? "

Amelia diam, mungkin sedang berfikir.

"Okay. "

" Okay sayang. " kata Mikhail.

Darah menyerbu ke muka Amelia tatkala mendengar. Walaupun Mikhail kedengaran tenang sejujurnya dia pun sudah merah.

" Ken..kenapa awak panggil macam tu? " soal Amelia malu.

Mikhai tergelak dengan nada romantis.

" Tak salah kan saya panggil tunang saya sayang? " soal Mikhail.

" Tak.... Ish okay lah kita jumpa nanti. Kalau Mel cakap dengan Mikhail nanti merah lagi muka Mel! " marah Amelia lalu mematikan talian.

Mikhail tersenyum. Amelia sudah boleh membahasakan dirinya Mel. Itu sesuatu yang baru. Mungkin Amelia sudah mula membuka hati untuknya? Hm mungkin.

Telefon pintar Mikhail tiba-tiba berbunyi. Mesej dari Adrian...

Tadi aku nampak seorang lelaki macam Rayyan..

Berderau darah Mikhail tatkala membaca. Rayyan dah balik? Apa yang patut dia buat jika Amelia akan berubah hati? Mikhail mengelengkan kepalanya sekaligus menghilangkan fikiran negatif. Buat masa sekarang ni apa yang dia patut buat ialah percaya pada Amelia. Dua tahun adalah masa yang lama untuk sesorang berubah hati...bukan?

Apa yang penting, Amelia dan dia bahagia. Itu sudah cukup baginya. Mikhail terus bergerak ke arah tempat letak kereta.

✿✿✿✿✿

Holla! Nampaknya konflik makin rumit. Habislah happy ending lambat lagi. :p

Sebenarnya dah tak sabar nak post bab Ratna Special. Tapi nampaknya masih kurang 100 followers!

" Alamak author ni dia nak aku buat 100 acc agaknya "

Okay, okay saya tahu itu apa yang korang fikir tapi kalau dah bertambah sekurang-kurangnya lagi 50 saya janji saya post. Yelah kalau awak follow maksudnya dah satu orang, lepastu satu demi satu orang lain. Goodluck!

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now