Author's Note.

41.7K 727 2
                                    

Hai dan Assalamualaikum. Terima kasih kerana memilih untuk membaca cerita ni dan saya amat hargai tindakan anda.

Tarikh mula - 21 August 2016.

Warning ahead, this story was written when I'm a 16 years old baby so bear in mind that there will be cringe here and there. If there's time, I will edit and proofread but no promises.

Enjoy the story!

Sinopsis.

Amelia Katrina bagai digam dengan senior di tempat kerjanya. Dia gemar dengan sikap lelaki itu. Ada sesuatu pada lelaki itu yang Amelia sendiri tidak pasti. Mungkin lelaki itu sempurna baginya? Sikapnya baik , wajahnya kacak, misteri dan cukup perfect. Rayyan Haikal, dengar je namanya cair hati Amelia dibuatnya.

" Rayyan, Amelia.. Sukakan Rayyan lebih dari rakan sekerja. "

Bagi Rayyan , Amelia adalah gadis yang baik, comel dan juga kelakar. Dia kadang kala terhibur juga dengan kerenah Amelia yang lucu itu. Dia juga suka berada berhampiran Amelia. Namun apabila gadis itu jujur tentang perasaannya dia tidak tahu jika hatinya akan terbuka untuk Amelia atau tidak.

" Amelia, perasaan bukannya sesuatu yang boleh dipaksa tapi andai satu hari nanti terbuka hati saya untuk Amelia lebih dari adik, InsyaAllah. "- Rayyan Haikal.

Kehadiran seorang lelaki membuatkan Amelia seakan - akan gila. Tetapi kali ini gila itu bukannya gila suka tapi gila yang membuatkan dia kusut. Lelaki itu annoying as hell bak kata Amelia. Mikhail Qairul, lelaki itu mampu membuat hari indah Amelia bertukar menjadi cerita hantu. Lelaki itu yakin, periang dan menpunyai senyuman yang menawan. Namun Amelia tidak tertawan. Lelaki itu mungkin bossy dan pembuli namun lelaki itu baik tanpa disedari.

" Saya rasalah kan? Daripada awak suka lelaki nerd tu baik awak suka je kat saya, Cat"-Mikhail Qairul

Apa agaknya kesudahan ceritanya ini? Terbukakah hati Rayyan untuk Amelia? Atau Amelia terima sahaja Mikhail Qairul dalam hidupnya? Ataupun Amelia memilih lelaki lain?

" Dunia kita bukan seperti novel. Dimana heroin akan sentiasa dapat apa yang diingini dengan lancar dengan sedikit dugaan. Lagi kuat dugaan lagi kuat semangat kita itu berusaha. "

Cerita ini belum lagi dalam proses mengedit maka maaf andai ada tersalah ejaan atau pun penggunaan. Sebarang teguran amat dihargai namun sebaiknya mengunakan bahasa yang tidak kasar. Budi bahasa amalan mulia. Selamat membaca :)

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now