Part 46

32 2 0
                                    

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

"Assalamualaikum." Salam Irfan selepas masuk ke rumah.

"Waalaikumussalam. Hah kamu kata balik pukul 2 tapi ni dah pukul 9 baru balik, ke mana?" Soal puan Airin kepada anak terunanya itu.

"Maaf ibu tadi along ke balai sebab ada urusan tapi tak sangka pulak boleh sebanyak tu. Hehe maaf ibu." Jelas Irfan kepada ibunya.

"Hmm yelah. Kamu dah makan?"

"Sudah ibu." Balas Irfan sebelum meminta diri untuk masuk ke biliknya.

Setelah selesai membersihkan diri, Irfan duduk diruang tamu bersama ibu dan abah.

"Ibu macam mana petang tadi? Adik jawab apa?" Soal Irfan.

"Dia tak terima." Balas abahnya.

"Oh... Kenapa?" Soal Irfan lagi.

"Sebab..."

Flashback...

"Maaf tapi saya tak terima." Balas Melia.

"Tapi kenapa?" Soal puan Amirah.

"Sebab saya... Menerima pinangan orang lain." Balas Melia.

"Ada orang sudah pinang kamu?" Soal encik Syami.

Melia menganggukkan kepala.

"Boleh saya tahu siapa?" Soal Farish pula dengan nada biasa.

"Namanya Leon." Ujar Melia.

Farish menggenggam tangannya kuat. Menahan geram di dalam hati.

"Hmm... Kalau macam tu takpelah. Bukan jodoh nampaknya." Ujar puan Amirah dengan nada kecewa.

End flashback...

"Ohh.... Macam tu." Ujar Irfan sebelum memandang sekeliling.

"Um... Ibu, mana adik?" Soal Irfan apabila perasan akan ketiadaan adiknya. Selalu waktu macam ni dah tengok drama dengan ibu.

"Dia ada dalam bilik. Katanya penat." Ujar puan Airin.

Irfan berkerut dahi. Penat?

Irfan bangun dari duduk dan berjalan menuju ke bilik adiknya.

Pintu diketuk.

"Ye." Balas Melia yang berada di dalam bilik.

"Adik ada dekat dalam ke?" Soal Irfan.

"Ye long. Kenapa?" Balas Melia pula.

"Boleh buka pintu ni jap?" Pinta Irfan.

"Jap." Jawab Melia sedikit lama.

Tak sampai beberapa saat Melia membuka pintu bilik.

"Adik dah tidur ke?" Soal Irfan.

"Dah nak terlelap." Ujar Melia.

"Oh sorry ganggu." Balas Irfan.

"Takpe. Kenapa along?" Soal Melia.

"Oh takde apa. Selamat malam." Ujar Irfan seraya ingin meninggalkan bilik adiknya tapi tertahan.

My Overprotective Mafia Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon