Part 7

161 5 0
                                    

Tok..tok..tok..

"Maaf sir, saya lambat." Kata Melia memasuki kelas. Kalau tak disebabkan pelanggaran tadi takde ye aku lambat habislah aku. Bisik hati Melia.

"Takpe saya lepaskan kamu kalini, lepasni saya takkan biarkan, faham. Masuk." Kata Sir Rehan.

Sir Rehan adalah lecturer yang mengajar mereka tentang kimia. Seorang yang tegas dan garang. Kalau tak siap kerja kena hukum, masuk lambat kena hukum dan lain lain lagi. Okey tu je ooh dan dia adalah ketua kelas mereka. Okey dah sambung.

"Baik sir." Kata Melia sambil berjalan ke tempat duduknya dengan rasa malu dan hairan. Rasa malu sebab satu kelas tengok dia. Rasa hairan sebab lecturernya tak marah. Haih tak marah pulak selalunya kena, dia good mood ke atau harini birthday dia ahh lantaklah asal aku tak kena marah. Fikir Melia.

"Okey semua harini saya nak bagitahu yang kalian akan ada pelajar baru. Dia dari Kuala Lumpur." Kata sir Rehan kepada pelajarnya.

"Hah pelajar baru."

"Laki ke perempuan."

"Dia orang kaya ke."

Melia mendengar banyak bisikan dari  kawan sekelasnya. Bukan kawan sangat tapi bolehlah panggil kawan sebab Melia tak rapat sangat dengan yang lain, lagi lagi geng Tina yang kat belakang tu. Bisik bukan main kuat. Tak kisahlah laki ke perempuan kalau dah berkawan dengan geng si Tina tu memang kesianlah.

"Sir dia lelaki ke perempuan?" Tanya Tina ke lecturernya.

"Lelaki." Jawab sir Rehan.

Ooh lelaki. Bisik hati Tina.

Melia pandang ke belakang sedikit mahu tengok geng belakang tu macam mana. Melihat mereka sedang berbisik antara satu sama lain. Hah dah agak dah, kalau lelaki hah menggediklah diorang tak sedar diri dah berboyfriend lagi nak menggatal. Bisik hati Melia tanpa sedar dirinya diperasan Tina, apalagi Melia teruslah pandang depan selepas dapat tatapan tajam dari si pemilik badan.

Tok..tok..tok..

"Masuk." Arah sir Rehan.

Dengan langkah yang perlahan lelaki itu masuk, sewaktu lelaki tu masuk dia mendengar banyak bisikan dari yang lain macam mengumpat. Hah dasar budak budak. Kutuk lelaki itu di hatinya.

"Okey semua pandang sini, ini pelajar baru tu saya ingatkan kamu akan datang esok." Kata sir Rehan kepada lelaki itu.

"Hehe saya dah tak sabar sangat nak belajar sir, sebab tu saya datang harini." Kata lelaki itu kepada sir Rehan dengan tangan menggaru kepala sambil wajah tersengih.

"Okey pandang depan dan perkenalkan diri kamu." Kata sir kepada lelaki itu.

"Baik." Kat lelaki itu sambil badan menghala ke hadapan.

Sewaktu lelaki itu pandang ke depan alangkah terkejutnya dia bila terperasan Melia dekat situ. Eh satu kelas, bagus. Bisik hatinya.

Eh lelaki tu bukan Kai ke. Teka hati Melia.

"Assalamualaikum semua saya Kai. Kai Ahmad panggil Kai sahaja." Kata Sero yang menyamar sebagai Kai sambil melambaikan tangan ke seluruh kelas.

Yang lain bukan main mengutuk, nama je hensem tapi muka. Kai yang mendengar mendengus lembut. Kalau diorang tahu muka aku ni hensem baru tahu. Ni baru nama palsu kalau diorang dengar nama betul aku mahu tercengang mereka. Kutuk Sero yang menyamar sebagai kai. Ye sekarang Sero menyorokkan muka sebenarnya dengan memakai rambut palsu berwarna coklat sedikit serabai dan memakai kaca mata. Mukanya ditampal dengan plaster baru nampak macam nerd sikit.

"Emm maaf kalau kata kata aku ni menyakitkan hati kau. Kau ni kaya ke?" Kata Tina sedikit mengejek. Yang lain gelak apabila mendengar soalan yang diajukkan oleh Tina.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now