Part 41

92 2 0
                                    

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Pertarungan pun bermula.

Leon mengambil langkah perlahan berjalan menuju ke Dilan. Pisau yang berada di belakang diambil. Langkah dibuka untuk menyerang Dilan tetapi...

"Bro how about we fight without weapons. You agree?" Tawar Dilan.

Leon yang sedang berjalan kearah Dilan berhenti. Memikirkan tawaran itu. Leon menarik nafas panjang dan mencampakkan kesemua senjata yang ada pada badannya.

Sama yang dilakukan oleh Dilan. Kesemua senjata yang ada di badannya di letak ke tepi.

Masing masing membuka gaya berlawan.

Sebenarnya ada tujuan kenapa Dilan membuat tawaran sebegitu. Dia mempunyai senjata canggih seperti pistol tapi dia tahu Leon lagi mempunyai senjata yang lebih canggih dari Dilan. Tengoklah apa yang dia keluarkan. Pistol, bom, dengan shuriken pun dia keluarkan! Dilan juga tahu yang Leon mempunyai bakat berlawan menggunakan pisau yang hebat. Jadi tidak hairan kalau tadi dia keluarkan berlambak jenis pisau macam tadi shuriken. Sebab tu Dilan mengambil langkah jaga jaga.

Dilan berlari kearah Leon untuk menumbuk mukanya tapi Leon berjaya mematahkan serangan tersebut.

Dilan yang geram sebab tidak dapat menumbuk Leon mengambil langkah untuk menendang. Kaki diangkat untuk tendang perutnya tetapi masih sama. Leon dapat mematah serangan itu.

Kemudian Dilan dengan perasaan amarah membuka gaya lain. Dia menyerang Leon bertubi tubi. Tetapi Leon masih lagi boleh mengelak serangan tersebut.

Dengan amarah yang melampau Dilan berfikir untuk main kotor. Pisau yang dia tidak campakkan tadi berada di kaki diambil dan tuju ke Leon. Kalini Leon tak dapat elak dan terkena pada lengannya.

Leon meringis kesakitan.

Tak hanya itu, pisau itu di hanyun kebahagian perut tapi Leon sempat menghalang dan terkena pada pehanya pula.

Leon jatuh terduduk disebabkan terkejut dengan serangan itu.

Dilan mengambil keputusan untuk mengakhiri bekas kawannya itu.

"Bye bye Leon." Ujar Dilan sebelum ingin menikam Leon tapi sempat ditahan oleh Rafael dari belakang.

"What are you doing?!" Jerit Dilan terkejut dengan tahanan itu.

"I need to stop you!" Ujar Rafael sebelum ditolak kebelakang.

"Why?!"

"Now I realize what your motive is. You captured Melia for your own use only!" Jerit Rafael sebelum menyerang Dilan.

"So what?! I don't care about that girl!" Ujar Dilan sambil membalas serangan Rafael.

"She's my cousin!" Tumbukan Rafael berjaya kena pada perut Dilan menyebabkan dia jatuh kebelakang.

"Argh!" Jerit Dilan menahan sakit pada belakangnya.

Rafael ingin sambung gaduh dengan Dilan tapi ditarik lari dari kawasan itu oleh Leon.

"Kita perlu pergi! Melia risau tentang kau!" Ujar Leon berlari mencari jalan keluar.

Rafael hanya ikut. Perasaan bersalah menyerbu hatinya.

Setelah beberapa minit berlari satu pintu dirempuh kuat dengan harapan itu adalah jalan keluar dan ya itu adalah jalan keluar. Kelihatan semua orang orang kanannya berada disitu termasuk Melia dan Irfan.

"Bos!" Jerit orang orangnya apabila melihat Leon berjalan keluar dari bangunan itu bersama Rafael.

Leon terduduk disebabkan penat. Rafael pula masih berdiri dan membuat keputusan untuk menuju kearah Melia dan Irfan yang sedang berehat.

"Bang. Melia." Panggil Rafael perlahan.

Melia dan Irfan pula sudah tertunduk. Tidak tahu ingin kata apa pada Rafael.

"R-rafael nak minta maaf. Rafael... tahu Rafael salah." Tersedu sedu Rafael meminta maaf pada Irfan dan Melia.

"Melia. Rafael tahu Melia akan bencikan Rafael sebab tinggalkan Melia, makcik Airin, pakcik Faiz, mama dan papa Rafael sendiri." Ujar Rafael lagi.

"Jadi Rafael tak meminta untuk Melia dan bang Irfan maafkan Rafael tapi tolong bagi Rafael peluang untuk bersama kalian semula." Pinta Rafael sambil mengelap air mata.

Keadaan menjadi sendu seketika sebelum...

"Rafael. Melia dah lama maafkan dan Melia harap Rafael tak akan buat semua benda tu lagi. Okay?" Ujar Melia.

Rafael mengangguk kepala.

Sebelum Rafael membuka mulut ingin berkata kata lagi Irfan dengan selamba menumbuk wajah Rafael.

"Pengajaran untuk kau. Jangan buat lagi kalau tak ni!" Ujar Irfan sambil menunjukkan kakinya yang terangkat sedikit mengatakan sekiranya Rafael buat lagi memang kaki dia dapat.

Rafael ketawa kecil sebelum Irfan menariknya kedalam pelukan.

"Jangan buat lagi ingat tu." Pesan Irfan kalini dengan nada perlahan.

Mereka yang lain melihat keadaan begitu hanya tersenyum. Bahagia melihat abang dengan adik berjumpa semula dengan saudaranya yang dianggap sudah mati.

Tak lama kemudian kedengaran siren polis dari jauh. Leon dan orang orangnya terkedu dan memandang pada Irfan.

"Maafkan aku tapi Mafia tetapi Mafia. Kau pun sama Rafael akan ikut mereka." Ujar Irfan sebelum mengeluarkan gari di pinggangnya.

Orang orang Leon memandang bosnya dengan harapan ada jawapan dari situasi itu. Leon pula hanya tersenyum.

"Takpe dah sampai masanya pun." Ujar Leon sambil tersenyum lemah. Dia tahu masa mereka untuk duduk penjara memang akan tiba. Orang orangnya pula sudah mengeluh. Mereka kembali duduk. Pasrah sudah.

Rafael pula sudah tersenyum. Sudah ini akibat berbuat jahat dia akan terima seadanya.

Seramai 5 buah kereta polis sampai disitu. Kesemua Mafia ditangkap. Dilan hanya memandang Leon yang tersenyum apabila digari.

Leon yang perasan terus memandang Dilan dan tersenyum kearahnya.

Perasaan bersalah menyerang diri Dilan.

Sekarang kesemua Mafia sudah ditangkap dan menuju kearah penjara.

Melia dan Irfan pula pergi ke hospital berdekatan. Setelah itu mereka pulang ke rumah.

Thanks for reading!😁

Agak agak apa yang berlaku ye lepas ni?🤔

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now