Part 34

68 2 0
                                    

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Keesokan harinya...

Selepas saja menunaikan solat subuh, Melia tidak boleh tidur semula. Dia teruja untuk balik ke rumah keluarganya. Dapat jumpa mak, abah, abang dan adik. Alahai rindu yang tak terkira.

Dan sekarang ini dia bosan. Yelah, telefon tiada, buku pun tiada. Apa yang nak dibuat sekarang. Melia memikir.

Melia melihat ke pintu.

"Boleh ke aku keluar?" Soal Melia seorang diri.

Melia berfikiran lagi.

"Boleh kut tak lama, cuma nak buat air je." Dengan langkah perlahan menuju ke pintu. Tombol dicapai untuk membuka. Dan...

" Selamat pagi puan. Puan sudah mandi?" Sapa Liya.

"Sudah." Balas Melia tenang. Tapi bahagian jantung macam nak pecah. Mana tak terkejut, tak dengar bunyi tapak kaki tiba tiba depan mata.

" Baguslah kalau macam tu mari kita sarapan bersama." Ajak Liya.

"Sarapan?" Melia hairan. Baru pukul 7 sarapan sudah siap. Wow.

"Jom semua dah turun."

"Oh takpelah saya duduk dekat atas ni je. Kalian saja yang sarapan saya tidak lapar." Bohong Melia. Sebenarnya dia lapar.

"Tak boleh."

"Kenapa?" Melia kehairanan lagi.

"Sebab bos yang suruh." Balas Liya.

"Takpe cakap dekat dia yang saya tak lapar." Melia menutup pintu semula. Perut dipegang. Sebenarnya dari semalam dia lapar, cuma ditahan saja.

Tak berapa lama kemudian pintu diketuk semula. Melia dengan malas bergerak ke pintu. Tombol dipulas dan kali ini bukan Liya dihadapan pintu melainkan bosnya.

"Kenapa tak turun?" Dengan suara garau tegasnya membuatkan Melia merinding seketika. Seram.

Melihat si buah hati yang membisu, sudah pasti rancangannya berjaya. Dia berbuat demikian untuk menakuti si pemilik hati yang degil dan keras kepala. Dia tahu sebenarnya si comel ni lapar cuma degil nak jugak kena pujuk.

"Aku tanya sekali lagi. Kenapa kau tak turun?" Kali ini Leon mendalamkan lagi suaranya dan mempertegaskan lagi intonasinya.

Melia merinding lagi. Huwaaa! Mak Melia takut!

"Saya tak lapar." Balas Melia menguatkan diri untuk mengeluarkan suara.

"Pasti?"

Melia mengangguk kepala. Tanpa sedar perutnya berbunyi.

"Kau dengar?"

Melia menahan malu. Kalau perlahan takpe juga tapi ni kuat. Haish perut perut.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now