Part 38

64 2 0
                                    

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Posisi Irfan...

Irfan sedang mengisi peluru di senjatanya. Selepas saja bermesyuarat dengan pengawai dan anggota polis yang lain tentang kejadian itu, semua bersiap untuk melakukan pencarian.

"Irfan." Panggil Zharef iaitu kawan baik kepada Irfan.

Irfan menoleh ke belakang. Dia tersenyum hambar.

"Sabar Irfan. Insya Allah dengan pertolongan Allah, kita pasti akan jumpa adik kau. Jangan risau okay." Ujar Zharef untuk menenangkan sahabat baiknya.

Irfan mengangguk kepalanya. Zharef meninggalkan Irfan berseorangan memberi ruang kepada dia untuk bertenang.

Irfan merenung senjatanya. Perasaan amarah datang apabila wajah Leon terbayang di dalam kepala.

"Kau tunggu Leon. Aku akan pastikan kau merempat dalam penjara." Gumam Irfan sebelum bangun dan menuju keluar dari bilik senjata.

Posisi Leon...

Lelaki itu diikat di kerusi kayu. Luka yang masih berdarah dibiarkan. Leon menyuruh orang kanannya menyimbah air ke lelaki itu.

Dengan terkejut, lelaki itu bangun dan gelabah. Di pandang di kiri dan kanan, melihat keadaan sekeliling yang tidak dikenali. Pandangannya sekarang tertumpu dihadapan. Wajah Leon ditumpukan. Nampaknya misi gagal.

"Kau siapa?" Soal Leon.

"Entah." Balas lelaki itu. Selamba.

Dengan geram, Leon menyuruh Dave untuk menggenggam Luka yang berada di bahunya.

Lelaki itu menjerit kesakitan. Perit.

"Siapa kau?" Soal Leon sekali lagi.

Masih tiada jawapan.

Sekali lagi bahu lelaki itu digenggam kuat.

"Siapa kau?!" Soal Leon hampir kehilangan sabar.

"Zen... Zen nama aku." Balas lelaki itu tidak tahan perit yang berada dekat bahunya.

"Zen... Siapa hantar kau?" Soal Leon lagi.

"Dilan." Balas Zen lagi.

"Kenapa?" Soal Leon lagi. Dia tidak terkejut dengan jawapan pemuda itu. Dilan iaitu bekas kawannya yang sekarang berubah menjadi musuh.

"Sebab dia ada bagi pesanan dekat kau." Balas Zen.

"Pesanan? Pesanan apa?"

"Dia kata kalau aku tak dapat b*nuh kau, dia suruh aku bagi pesanan dekat kau." Jelas Zen lagi. Bahunya sudah kurang sakit. Mungkin tiada yang mengusiknya lagi.

"Apa dia?" Soal Leon penasaran.

"Kalau kau nak jumpa buah hati kau, pergi dekat *****. Kami tunggu kau." Jelas Zen lagi memberikan pesanan itu.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now