Part 23

71 2 0
                                    

Assalamualaikum semua harini saya guna nama samaran tau... okay itu saja Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Keesokan harinya...

Ring... Ring...

Telefon Melia berdering, Melia lantas dari dapur terus ke ruang tamu lalu mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum, ye Kai. Kenapa?" Salam Melia ke Kai.

"Waalaikumussalam, Melia busy tak harini?" Soal Kai.

"Tak kenapa?" Soal Melia pula.

"Kalau kita berjumpa kejap boleh? saya nak cakap sesuatu." Kata Kai melalui panggilan telefon.

"Boleh tapi kalau nak cakap sahaja, boleh je cakap sekarang." Balas Melia pelik. Kalau nak bercakap kenapa tak cakap sekarang.

"Sebab saya nak bagi sesuatu kat awak." Balas Kai.

"Hurm yelah. Pagi ke?" Soal Melia.

"Petang boleh kan?" Balas Kai.

"Boleh je. Pukul berapa?" Soal Melia lagi.

"Dalam pukul 5 macam tu." Balas Kai.

"Okay." Balas Melia sebelum menamatkan panggilan.

Keesokan harinya...

Melia memasuki sebuah kedai makan yang diberi tahu oleh Kai. Dia melihat Kai sedang minum minuman yang di order tadi. Melia berjalan kearahnya.

"Assalamualaikum." Salam Melia ke Kai.

"Eh waalaikumussalam, duduklah." Balas Kai.

Melia duduk di hadapan Kai.

"Ada apa Kai?" Soal Melia.

"Order air dulu." Balas Kai.

Selepas air yang di order oleh Melia sampai, mereka memulakan perbualan.

"Ada apa Kai?" Soal Melia sekali lagi.

"Sebenarnya Melia, saya nak tanya awak boleh?" Balas Kai.

"Boleh tanyalah." Balas Melia.

"Kenapa awak mula jauhkan diri dari kami?" Soal Kai serious.

"Hah? Apa awak cakap ni?" Soal Melia pula. Dia tak faham kenapa di Soal macam itu.

"Jangan pura pura Melia. Saya tahu awak dah mula jauhkan diri dari kami." Kata Kai lagi membuatkan Melia lagi confuse.

"Tak saya tak faham." Kata Melia.

"Kenapa awak dah tak selalu keluar dengan Hanis bila ada kami? Kenapa waktu awak nak pergi tandas tak bagi Mia ikut? Kenapa awak tak jogging sama dengan Hanis bila dia dengan kami? Kenapa? Kami ada buat sesuatu yang awak tak suka ke?" Soal Kai bertubi tubi.

"Bukan macam tulah." Marah Melia. Tapi dia tak nafikan memang betul dia jauhkan diri dari mereka. Sebab apa? Sebab rimas!

"Habistu?" Soal Kai serious.

"Sebab saya busy." Balas Melia.

"Busy dengan apa?" Soal Kai tapi tak serious macam tadi.

"Yelah, busy dengan homework, dengan kerja, lagi lagi sekarang musim exam lagilah saya stress dan busy nak study. Takkan awak tak tahu." Jelas Melia. Maaf Kai aku tipu kau.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now