Part 43

71 2 0
                                    

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Malamnya...

Melia duduk diruang tamu sambil menonton televisyen.

"Ahem ahem."

Melia menoleh ke belakang apabila terdengar suara deheman abangnya.

Irfan mengambil tempat duduk disebelah adiknya.

"Adik tengok apa?" Soal Irfan membuka suara.

"Tengok kartun." Balas Melia.

"Tadi ibu kata bakal suami adik datang?" Gurau Irfan. Tujuannya untuk menghiburkan keadaan tapi lain yang didapat.

"Ish dia bukan bakal suami adiklah!" Ujar Melia menafikan kata kata abangnya itu.

Irfan terkedu. Nampaknya semakin teruk ye.

"Adik cuba bagitahu apa yang buatkan adik rasa dia tak layak jadi suami adik?" Pinta Irfan.

"Sebab adik tak kenal dia." Balas Melia.

"Takkan itu je."

"Okay adik bagitahu along jangan beritahu pada sesiapa... Okay ini pendapat adik jelah. Sebab dia mencurigakan." Balas Melia selepas abangnya mengangguk kepala.

Irfan berkerut dahi.

"Maksud adik?"

Melia menceritakan kejadian yang berlaku petang tadi pada Irfan.

"Wow! Ini mencurigakan." Ujar Irfan selepas mendengarkan cerita adiknya tadi.

Melia menganggukkan kepalanya.

" Dia mungkin gila." Balas Irfan. Melia berkerut dahi.

"Gila?"

"Ye gilakan adik! Hahaha!" Gurau Irfan seraya bangkit dari duduk.

Melia yang dengar akan gurauan abangnya mencampakkan bantal yang ada disisi.

Bantal dicampak selamat mendarat di muka Irfan yang tidak bersedia menerima serangan kecil adiknya.

"Orang tengah serious dia main main." Rajuk Melia.

Irfan berhenti ketawa. Dia berjalan menuju ke sofa adiknya duduk.

"Dahlah. Jangan fikir bukan bukan. Kalau dia ada buat apa apa dekat adik bagitahu je along. Dia pukul adik, 2 kali ganda along pukul dia." Ujar Irfan untuk menenangkan hati adiknya yang sudah tidak tenang.

Melia menganggukkan kepala.

Selepas saja mengungkapkan kata kata itu, cadangnya Irfan ingin berlalu pergi masuk bilik, tapi panggilan adiknya membuatkan dia terhenti semula.

"Along kalau esok kita melawat Rafael boleh?" Pinta Melia.

Tujuannya untuk menghilangkan rasa tekanan didalam otak dan hati, walaupun sekejap.

My Overprotective Mafia Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt