Part 9

135 4 0
                                    

5 tahun yang lepas...

"Aduh.."

"Eh sorry awak tak apa apa?" Kata Melia ke seorang lelaki yang baru sahaja dia langgar.

"Eh tak apa saya okey." Balas lelaki itu sambil mengambil buku yang berada di lantai disebabkan pelanggaran itu.

"Biar saya tolong." Balas Melia yang sudah duduk mencangkung untuk membantu lelaki itu. Selepas itu, dia memberikan buku itu ke dia.

"Terima kasih." Balas lelaki itu.

"Sama sama, awak budak baru ke sebab tak pernah nampak, baju pun lain?" Soal Melia sambil melihat baju lelaki itu atas bawah.

"Ya, saya budak baru. Saya dari sekolah batu 3 ke sini." Balas lelaki itu.

"Ooh." Kata Melia sambil menganggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu awak nak kemana dan kelas apa?" Soal Melia lagi.

"Saya nak jumpa cikgu nak tanya kelas saya yang mana tapi saya tak tahu pejabat kat mana." Balas lelaki itu.

"Ooh, Mari ikut saya. Saya tunjukkan jalan." Ajak Melia kepada lelaki itu.

"Okey, tapi kelas awak macam mana?" Soal lelaki itu ke Melia takut kalau mengganggu masa gadis itu.

"Ooh takpe, nanti waktu balik kelas cakaplah tolong budak baru." Balas Melia selamba sambil berjalan menuju ke bilik guru.

"Okeylah kalau macam tu." Balas lelaki itu.

Sampai saja mereka di pejabat, Melia menunjukkan bilik penolong kanan kepada lelaki itu.

"Awak kelas 3 Dinamik." Kata cikgu ke lelaki itu.

"Kamu dari kelas mana?" Soal cikgu ke Melia apabila terperasan dia duduk dekat tepi pintu.

"Saya dari kelas 3 Dinamik cikgu." Balas Melia.

"Hah bagus, kamu tolong bawa dia ke kelas kamu dan nanti bagitahu kepada guru kelas dia adalah budak baru. Okey." Kata cikgu itu ke Melia.

"Baik cikgu." Balas Melia sebelum meminta izin untuk meninggalkan bilik itu.

"Weh kita dari kelas samalah." Kata lelaki itu.

"Kan tak sangka pulak. Jap sebelum tu apa nama awak?" Soal Melia kepada lelaki itu.

"Ooh saya Zakrul. Awak ?" Soal Zakrul ke Melia.

"Saya Melia." Balas Melia. Mereka menuju ke kelas Melia yang berada ditingkat 3.

"Aduh kenapa kelas ni kena ada kat tingkat 3 juga, sekolah lama pun macam ni tingkatan 3 je tingkat atas. Boleh kurus aku." Ngeluh Zakrul apabila menaiki tangga bersama Melia.

"Hahaha bersabarlah dah nak sampai dah lagi 2 tangga je lagi." Gurau Melia ke Zakrul.

"HAH! Lagi 2 tangga, aduh." Balas Zakrul sedikit tinggi suaranya.

Melia menertawakan Zakrul yang sudah mahu pingsan di tepi tangga, Zakrul terikut gelak. Habis saja mereka bergelak, mereka menuju ke kelas mereka yang berhadapan dengan tangga yang mereka naik tadi.

Tok...tok...

"Assalamualaikum cikgu ni ada budak baru." Kata Melia ke cikgu yang tengah mengajar kelas mereka.

"Ooh cikgu lupa kita ada budak baru.  Okey terima kasih Melia kamu dah boleh duduk." Arah cikgu kepada Melia.

Melia berjalan menuju ke tempat duduknya yang berada di tepi pintu.

"Okey semua ni Zakrul budak baru kelas kamu jadi berbaiklah antara satu sama lain ye, jangan membuli dan tunjukkan akhlak yang baik ke dia okey." Kata cikgu sambil memperkenalkan budak baru ke satu kelas.

"Baik cikgu." Kata satu kelas.

" Baik Zakrul kamu boleh duduk dekat belakang sekali tu, okey." Arah cikgu ke Zakrul menunjukkan jari ke arah tempat duduk yang kosong berada di tepi tingkap.

"Baik cikgu." Balas Zakrul.

"Baik semua sambung balik pelajaran kita." Balas cikgu ke pelajar yang berada di dalam kelas itu.


Ring...ring...

Loceng berbunyi menandakan sekarang adalah waktu rehat.

"Hah... Habis pun." Ngeluh Zakrul selepas cikgu yang mengajar tadi sudah keluar. Zakrul memandang ke arah Melia yang sedang bercakap dengan kawannya. Zakrul berjalan ke arah mereka.

"Melia." Panggil Zakrul.

"Ye?" Balas Melia sambil memandang kearah Zakrul yang sudah berdiri di hadapan mejanya. Kawan yang berada di sebelahnya pun ikut memandang kearah Zakrul.

"Awak tak pergi rehat ke?" Soal Zakrul.

"Oh saya tak pergi, nanti saya suruh kawan saya yang belikan." Balas Melia.

"Lah, kenapa?" Soal Zakrul pelik.

"Sebab saya kan pengawas, jadi saya kenalah jaga tingkat ni." Balas Melia.

"Ooh patutlah." Balas Zakrul sambil menganggukkan kepalanya menandakan dia faham. Dia memandang kearah tepi Melia.

"Awak siapa ye?" Soal Zakrul.

"Ooh saya Tina." Balas Tina ke Zakrul.

"Ooh saya Zakrul." Balas Zakrul.

"Hihihi tadikan dah bagitahu." Kata Tina sedikit tawa, lucu dengan kata kata Zakrul yang lupa akan dia sudah memberitahu namanya tadi.

"Ooh yelah saya lupa." Balas Zakrul sedikit malu dengan perangainya tadi. Aduh macam mana aku boleh lupa, buat malu je. Bisik hatinya.

"Dah korang baik pergi rehat sekarang sebelum aku catat nama korang kat buku ni nanti, sebab tak turun bawah." Kata Melia sambil menunjukkan buku nota kecil di tangannya.

"Alamak akak pengawas dah marahlah, lari." Kata Tina sedikit mengejek ke Melia. Dia sudah keluar dari kelas sebelum mengajak Zakrul keluar sekali.

"Eh... Tina jangan lupa beli makanan aku." Jerit Melia ke arah Tina.

"Bye Melia jumpa nanti." Kata Zakrul kearah Melia sebelum turun ke bawah bersama Tina.

"Bye." Balas Melia.




Guys terkejut tak yang Tina dan Melia tu sebenarnya kawan baik. Sorry sebab update lambat. Saya dah kekurangan idea sorry sangat.😭🙏. 

Tapi jangan risau saya akan tetap update walaupun lambat. Terima kasih menunggu.😅




My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now