Part 11

131 4 0
                                    

Okey harini saya akan gunakan nama asal Kai ye iaitu Sero. Okey😉👌. Jom sambung.

Kembali ke masa sekarang...

"Macam tu ceritanya, bos." Jelas Sero ke bosnya melalui panggilan telefon.

"Hm, kalau macam tu kau sentiasa dekat dengan dia jangan biarkan dia seorang diri. Faham." Arah Leon.

"Faham bos, tapi kalau dia nak ke tandas macam mana? Tina tu perempuan dia boleh je buli Melia kat tandas." Soal Sero bila teringat jantina dia dan Melia berbeza.

Betul jugak. Fikir Leon.

" Jangan risau aku ada plan." Balas Leon bila terfikir sesuatu.

"Bos-... bos bukan nak suruh saya menyamar sebagai perempuan kan." Gelabah Sero bila bos kata ada plan.

"Bukanlah b*doh, aku takdelah sekejam tu, plus takde gunanya kau menyamar sebagai perempuan, orang masih nampak kemaskulinan kau." Balas Leon. Kenapalah orang kanannya fikir yang aku nak bagi kerja macam tu, sejahat jahat aku pun, still waras lagi untuk bagi orang kerja macam tu.

"Ooh habistu?" Soal Sero lega sebab bosnya berfikir lain.

"Adalah kalau diorang dah sampai aku bagitahu, aku pergi dulu ingat kalau ada apa apa bagitahu terus faham." Kata Leon sebelum menamatkan panggilan Sero.

Selepas menamatkan panggilan itu, Leon terus membuat panggilan dengan beberapa orangnya di luar negara.

"Understood boss."

"Ostav' zadachu mne boss. (serahkan tugasnya ke saya bos)."

"capisci capo. (faham bos)."

"Chef verstehen. (faham bos)."

" Serahkan saja tugasnya ke saya."

Selepas melakukan beberapa panggilan, Leon terus keluar dari bilik pribadinya menuju ke bilik tidur. Leon merebahkan badannya diatas katil, mata cuba dipejamkan.

"Hah." Ngeluh Leon sebelum menuju ke balkoni biliknya. Badan disandarkan ke pemegang sambil memandang ke laman rumah sebelum mendongakkan kepala ke atas untuk melihat bulan dan bintang.

"Hah tak sangka itu yang kau lalui Melia. Takpe aku akan pastikan dua beruk tu takkan lakukan perkara yang buruk ke kau lagi. Aku janji." Kata Leon dengan tekad untuk menjaga gadis itu walau dia harus berkorban.

"Ya tuhan kau permudahkanlah urusan gadis itu." Doa Leon. Dia memandang kawasan laman rumahnya tanpa disedari ada yang memerhatikannya di belakang.

"Hah berangan apa tu?" Sergah Dion ke abangnya.

"Ish sibuklah budak ni, tak reti nak ketuk pintu dan bagi salam ke!"  Marah Leon ke adiknya yang muda setahun.

Dion adalah adik kepada Leon yang muda setahun darinya. Dion berumur 25 dan bekerja di syarikat bapanya sebagai CEO. Okey itu je sambung.

"Hihihi. Assalamualaikum Leon abang kesayangan ku yang paling hensem dan macho ni." Usik Dion sebelum tawanya meletus.

"Waalaikumussalam, hah bila kau balik?" Tanya Leon ke adiknya. Dion pergi outstation dan akan balik Dua minggu lagi. Kenapa dia balik harini. Fikir Leon.

" Hihihi mama call suruh aku balik awal sebab nak sambut birthday boy nilah." Ucap Dion sambil menepuk bahu abangnya. Kuat.

"Ye ke bukan sebab kau rindu mama." Usik Leon ke adiknya yang muka sudah berubah masam.

"Mana ada sampai hati." Ujar Dion dengan wajah yang disengajakan masam bertujuan pura pura merajuk.

"Yelah mana tahu kau balik sebab rindu kat mama ke. Kau kan anak mak. Bila outstation je call mama cakap rindu padahal asap kereta pun belum hilang." Balas Leon ke Dion yang wajahnya sudah masam. Leon mengekek ketawa melihat perangai Dion yang mengalahkan budak. Kanak Kanak riang sungguh.

"Biarlah diri aku bukan diri kau." Ujar Dion sebelum mengikut abangnya ketawa. Mereka ketawa bersama sebelum...

"LEON!! DION!!! BUAT APA KAT ATAS TU CEPAT TURUN!" Jerit mamanya yang berada di bawah. Leon dan Dion yang mendengar cepat cepat turun ke bawah.

"YE MAMA KAMI TURUN NI!" Balas Leon dan Dion serentak. Mereka turun ke bawah. Dion turun sambil berlari manakala Leon turun selamba. Dion dah sampai di 5 anak tangga terakhir sebelum dia melopat dari situ ke bawah.

"Ya Allah budak ni, patah kaki baru tahu." Marah puan Melati AKA mama kepada Leon dan Dion.

"Hihihi sorry mama sebab lambat turun." Sengih Dion dengan menampakkan giginya.

"Haih hah mana abang kamu?" Soal puan Melati ke Dion dengan kepala menjeguk kebelakang.

"Leon kat sini." Jawab Leon selamba.

"Okey semua dah turun. Awak." Kata puan Melati dengan kaki melangkah pergi ke tempat duduknya yang berada di sebelah suaminya.

"Okey, Leon minggu depan hari lahir kamu. Kami nak kamu dan Dion pergi  balik kampung dahulu, kami akan menyusul kemudian." Kata Vincent AKA papa kepada Leon dan Dion.

"Tapi kenapa?" Soal leon sedikit hairan tapi dalam hati rasa gembira. Kenapa? Sebab kampung kami berada di tempat tinggalnya Melia.

"Sebab nenek kamu dah rindukan korang, jadi kami berfikir untuk menyambut saja dekat sana." Balas Vincent ke anak anak lelakinya.

"Dion okey je, lagipun dah lama tak jumpa nenek." Kata Dion dengan tangan sudah berpaut dengan tangan Leon menunjukkan yang dia sudah lama rindu akan nendanya yang duduk jauh dari mereka.

"Leon pun okey je samalah dengan Dion dah lama tak jumpa nenek." Balas Leon sambil menepis tangan Dion.

"Baguslah kalau macam tu, Dion kamu dah makan?" Soal Vincent ke anak keduanya.

"Sudah." Balas Dion sambil tersengih sampai ternampakkan giginya.

"Baiklah. Kalau macam tu kami masuk tidur dulu, kamu berdua ingat esok pagi lepas solat subuh terus gerak faham." Arah Vincent.

"Faham papa." Balas mereka berdua serentak.

"Baik, Selamat malam." Kata Vincent dengan tangan sudah menarik tangan isterinya untuk menenangkan dia tidur.

"Okey boys Selamat malam." Kata puan Melati ke anak anak terunanya.

"Selamat malam papa dan mama." Balas mereka.

"Okeylah bang, Dion masuk tidur dulu Selamat malam." Kata Dion dengan tangan menutup mulutnya yang ternganga luas disebabkan kantuk yang melampau. Kaki sudah dibawa ke bilik tidurnya.

"Hmm, Selamat malam." Balas Leon sebelum mengikut jejak Dion untuk masuk ke biliknya tersendiri.

Masuk saja ke dalam bilik, Leon terus merebahkan badannya di atas katil sambil mata memandang ke siling.

"Tak sangka esok aku ke sana lagi." Gumam Leon.

"Melia tunggu ye, nanti kita jumpa." Gumam Leon hanya untuk pendengarannya saja. Ini akan menyenangkan tugasnya. Fikir Leon.

Tenung...tenung..ten-...

Mata yang ditahan sudah terkutup dan Leon sudah memasuki alam mimpi.





My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now