Part 19

89 4 0
                                    

Assalamualaikum harini saya guna nama betul terima kasih dan selamat membaca...

Mia-liya
Qila- Nisa
Kai- Sero

Pukul 2 pagi...

"Ish, mana Nisa ni. Asal lambat sangat. Ni dah pukul berapa... Dah pukul 2! Dah 15 minit aku tunggu!" Rungut Liya menunggu kawannya dari tandas.

Liya meronda kawasannya berulang alik sambil dia menjenguk kawasan bawah.

Sewaktu Liya menjenguk di kawasan bawah, dia ternampak ada sebuah lembaga hitam berjalan memasuki apartment. Liya mengecilkan mata untuk melihat siapa gerangan lembaga itu.

Liya bersembunyi disebalik dinding sebaik lembaga itu sudah tiba ditingkat Liya. Lembaga itu menuju ke rumah Melia, dia ingin membuka kunci rumah dengan sebuah klip kertas. Nampak bijak tak.

Lembaga itu bergelut ingin membuka kunci pintu itu.

"Ish asal susah sangat nak buka benda ni!" Rungut lembaga.

Nak ceroboh pun tak tau nak diam, tak berpengalaman betul. Bisik hati Liya.

Belum sempat lembaga itu membuka pintu Liya dengan cepat menekup mulut dan hidungnya dengan kain. Kain itu sudah diletakkan dengan ubat tidur.

Lembaga itu bergelut dahulu sebelum badannya kendur perlahan lahan dan selamat tidur.

Di tempat Sero...

"Boss, saya nak melaporkan sesuatu." Kata Sero ke bosnya melalui telefon.

"Apa dia?" Soal boss selaku Leon.

"Kami dapat mengesan ada seseorang mengintip kami di universiti." Balas Sero.

"Dia intip siapa?" Soal Leon lagi.

"Kami tak pasti lagi boss tapi kami dapat rasa dia mengintip puan Melia." Balas Sero lagi jelas.

Kenapa mereka menggelar Melia puan? Kerana arahan boss mereka. Sero pun tak tahu kenapa tapi diikutkan saja. Kalau tak nanti ada yang kena potong gaji. Jangan risau sejahat mereka pun, mereka tak makan duit Haram dan mereka tak bunuh orang pun sekadar cederakan dan hantar polis je.

"Kenapa kau fikir macam tu?" Soal Leon tak puas hati.

"Sebab sewaktu kami duduk disebuah bangku di taman, Dave dapat menangkap seorang lelaki ditepi pokok tengah mengintip. Kami juga tak pasti kenapa tapi dari cara dia intip, dia seperti mencari ruang untuk melihat puan Melia." Jelas Sero lagi jelas.

"Dah dapat tangkap?" Soal Leon tak puas hati.

"Itu..." Sebelum Sero menjawab soalan boss datang kawannya. Siapa lagi kalau bukan Nisa dan Liya.

"Assalamualaikum!" Liya memberi Salam dengan agak kuat sampai mengejutkan kawan kawannya yang sedang tidur. Ye si Arthur dan Dave.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now