Part 25

66 2 0
                                    

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama samaran tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Dalam kelas...

Harini adalah hari paling kelam kabut bagi Melia. Tadi dahlah bangun lambat nasib sempat sampai kalau tak extra homeworklah jawabnya. Melia melihat tempat duduk hadapannya. Kai tak datang ke harini? Soal hatinya. Dia nak tanya pasal jam ni.

Melia melihat ke sisinya pula. Kelihatan Hanis tengah fokus akan kerjanya. Melia pelik. Dari dia datang sampai sekarang tak bertegur sapa. Mungkin taknak kena marah kut.

Di cafe...

Melia cuba mencari kelibat Hanis tapi tiada. Dia keluh. Mana perempuan ni. Sewaktu Melia mencari Hanis, dia terlihat ada satu kumpulan yang besar di satu papan tanda. Dia pergi ke sana dan terlihat ada satu berita tentang jamuan hari akhir tahun. Melia teruja.

Ia dianjurkan pada minggu depan petang di tepi pantai. Melia teringat sesuatu.

"Hanis suka pantai." Gumam Melia.

Tanpa sedar Tina dan Zakrul pun sekali melihatnya. Fikiran jahat sudah mengambil alih. Mereka beredar dari situ.

Melia berlalu dari situ untuk mencari keberadaan Hanis. Tapi tiada. Loceng berbunyi. Melia keluh. Dia bergegas ke kelasnya.

Di kelas...

Melia duduk di tempatnya sambil menunggu kedatangan lecturer. Tanpa Melia sedar Hanis berada disisinya.

"Hi Mel." Sapa Hanis.

"Eh Hanis. Kau pergi mana aku cari tak jumpa." Marah Melia.

"Oh aku jumpa lecturer jap, ada urusan." Jelas Hanis.

"Oh okaylah. Eh Hanis minggu depan ada jamuan kat tepi pantai, jom kita pergi." Ajak Melia.

"Boleh je." Hanya itu saja yang di balas oleh Hanis sebelum lecturernya masuk.  Mereka tekun belajar tanpa sedar Tina tersengih di belakang.

"Nampaknya berjaya. Kau tunggu Mel." Gumam Tina seorang diri.

Bab ni kita guna nama betul okay.

Posisi Leon...

Leon tekun membuat kerja di pejabatnya.

Tok...tok...

Satu ketukan pintu membuat Leon hilang akan fokusnya.

"Masuk." Arah Leon. Mata masih melihat kertas kerja.

"Bos. Ni adalah fail yang bos perlu sign." Ujar Vian sambil menghulurkan beberapa buah fail.

"Letak sana." Arah Leon menunjukkan tempat yang harus Vian letak fail itu.

"Baik." Balas Vian.

Tok... tok...

Satu ketukan lagi membuatkan Leon mengeluh.

"Masuk." Arah Leon.

"Bos." Panggil Sero sambil memasuki pejabat bosnya diikuti geng dia.

"Asal korang kat sini?" Soal Leon tegas lagi serious.

"Macam ni bos." Kata Vian sambil berdiri tegak bersama yang lain.

Leon bersandar sambil memeluk tubuh. Mata memandang tajam ke arah mereka.

"Apahal?" Soal Leon lagi apabila tiada respon dari mereka.

"Macam ni bos, kami dapati ada musuh pecah masuk apartment puan Melia tadi." Jelas Liya.

"Macam mana?" Soal Leon dengan nada dan wajah yang kerisauan.

"Sebenarnya bos, tadi saya dengan Nisa lalu di hadapan apartment puan Melia. Kami tak curiga apa apa pun sehingga ada satu pergerakan di bilik tu." Jelas liya lagi.

"Betul kami ingat itu puan Melia tapi kami peliklah sepatutnya puan Melia berada di university waktu tu. Itu baru kami pergi tengok. Bila kami masuk bilik puan Melia nah bukan sorang tapi lima orang kat dalam tu." Jelas Nisa pula.

"Lima orang?! Jadi dapat tangkap tak?" Soal Leon lagi dengan nada yang lagi risau.

"Tak dapat, sebab mereka ada senjata api waktu tu kami tak bawa sebab nak masuk universiti mana boleh bawa. Tu kami terus ke sini nak bagi tahu kat bos." Jelas Nisa lagi.

Leon mengeluh keras nampaknya bukan saingannya saja Leon kena perhatikan tapi musuhnya juga! Aduh kacau bulu betullah diorang ni!

"Macam mana bos?" Soal Dave.

"Okay macam ni, Liya dengan Nisa mulai sekarang tidur di apartment Melia." Arah Leon tegas ke Liya dan Nisa.

"Baik bos." Balas mereka berdua.

"Dave dengan Arthur, korang jaga kawasan luar. Faham!" Arah Leon lagi.

"Baik bos." Balas mereka berdua.

"Sero kau terus cari maklumat pasal mereka. Faham!" Arah Leon lagi.

"Baik bos." Balas Sero.

"Vian kau standby untuk jalankan misi." Arah Leon ke Vian pula.

"Baik bos." Balas Vian.

"Sudah bersurai." Arah Leon. Mereka bersurai. Leon menyandarkan dirinya semula di kerusi. Jarinya mengurut kepala yang mula untuk pening.

Leon mengeluh. Dia pening hendak menguruskan semuanya. Dulu dia perlu perhatikan saingan dan buah hatinya sahaja, dan sekarang? Dia perlu perhatikan musuhnya pula. Musuhnya pun satu, waktu tengah lapang takde pulak nak kacau ni tengah busy bukan main aktif diorang. Aduh!

Sedang Leon sibuk memikirkan keadaannya sekarang...

Tok... tok... tok...

Ketukan pintu pejabatnya membuatkan Leon tersentak dan mengeluh kasar.

"Masuk." Arah Leon sambil memicit pelipisnya.

"Tuan Leon kan?" Soal pemuda itu.

"Ya saya." Balas Leon masih tidak memandang lelaki dihadapannya.

"Izinkan saya duduk boleh?" Soal pemuda itu lagi.

"Silakan." Balas Leon masih dalam keadaan yang sama.

"Tuan, izinkan saya perkenalkan diri." Kata pemuda itu dengan nada yang biasa.

"Silakan." Balas Leon sebelum memandang wajah pemuda itu dan dia terkedu. Lelaki ini...

"Saya Rafael Nicky. Boleh panggil saya Rafael. Apa Khabar Leon?" Jelas Rafael memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan dengan tujuan dapat bersalaman dengan saingan dihadapannya.

Leon tersenyum sinis. Well well what do we have here.

Guys mungkin bab ni antara bab paling pendeklah. Saya kekurangan idea ye. Maaf sangat. By the way thank you for reading. 😁😁











My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now