Part 3

228 10 0
                                    

" Aduh perut aku,nyesal aku tak makan tadi." Kata Melia dengan kaki melangkah ke satu kedai yang berhampiran dengan dorm yang diduduki.

Jadi waktu tu kan waktu rehat dan Melia kan tidur jadi dia tak makan apa apa lah dari tadi, bangun je Melia dari tidur dia sudah nampak ada lecturer lain yang sedang mengajar.

Dia menunggulah waktu balik dengan keadaan perut yang lapar dan cadangnya selepas tu dia nak terus ke kedai tapi nasib tak menyebelahi Melia bila waktu itu turun hujan dan dia terlupa untuk bawa payung jadi terpaksalah Melia meredah hujan pergi ke bilik dorm dia.

Melia menunggu hujan reda dan nasib tidak menyebelahi Melia lagi bila hujannya reda pada waktu malam. Melia dengan pasrah keluarlah pada waktu malam, dia memakai baju t-shirt lengan panjang, seluar tidur dan tudung sarung tanpa memakai jaket dengan harapan malam ini tidak terlampau sejuk. Tapi sangkaannya meleset bila waktu itu sejuk yang teramat.

"Haih kenapalah aku tak pakai jaket tadi aduh." Keluh Melia.

Sampai saja di kedai itu Melia mengambil bakul dan mengisi bakul itu dengan stok makanan berat dan ringan tidak lupa juga dengan keperluan harian dia. Sesudah itu dia beratur untuk membayar barangnya.

Di barisan itu ada 3 orang sedang termasuklah Melia menunggu orang dihadapan untuk menghabiskan bayarannya. Sewaktu beratur Melia mendengar makian dari orang dihadapannya.

"Maafkan saya tapi kenapa encik memaki orang itu?" Soal Melia kepada seorang lelaki dihadapannya.

"Itu hah orang yang dekat depan tu lama sangat bayarnye saya dah lama beratur kat sini tak gerak gerak." Kata lelaki itu dengan nada sedikit marah.

Dengan keadaan itu Melia mengintai sedikit untuk melihat siapa yang membayar terlalu lama sangat tu, dan dia melihat ada seorang lelaki yang memakai baju hoodie hitam tengah meletakkan kad debitnya dekat tempat letak pembayaran kad banyak kali. Melihat keadaan itu Melia berfikir mungkin lelaki itu ingin membayar menggunakan kad kreditnya tapi tidak diterima.

Melia mengambil keputusan untuk membantu lelaki tersebut, lagipun boleh juga dia membayar sekali. Melia ke depan sambil membawa bakul yang berisi barangnya dan meletakkan di atas meja kaunter. Mereka yang lain berasa hairan termasuk lelaki yang mahu bayar guna kadnya.

"Kira sekali ye." Kata Melia santai kepada orang kaunter.

Orang kaunter tu pun buat sajalah yang disuruh oleh Melia daripada menunggu lama lelaki ni nak buat bayaran.

"Tak pe ke?" Soal lelaki itu ada nada bersalah.

"Eh takpelah saya belanja, lagipun ramai lagi kat belakang tu tengah tunggu." Kata Melia dengan menunjukkan jarinya sedikit  ke belakang.

Lelaki itu melihat dengan wajah bersalah dan menyusun 10 jari keatas sebagai tanda maaf🙏.

"Semuanya RM37.30sen." Kata orang kaunter.

Melia mengeluarkan duit RM50 kepada orang kaunter tersebut lalu dia mengambil dan memberikan baki kepada Melia sekaligus dengan plastic bag Melia dan lelaki itu.

Mereka berdua keluar dari kedai itu.

"Terima kasih sebab menolong saya tadi." Ucap lelaki itu kepada Melia.

"Sama sama, kalau saya tanya awak sesuatu takpa kan?" Soal Melia kepada lelaki itu.

"Tanyalah." Jawabnya.

" Kenapa awak tak guna cash je tadi?" Soal Melia.

"Ooh saya tak biasa pakai duit cash, saya biasa guna kad dan inilah kali pertama kad ni buat hal, tulah pasal jadi macam ni." Jawab lelaki itu sambil menggaru kepalanya yang tersarung baju hoodie.

"Ooh lain kali siapkan duit cash sebab takut jadi macam ni lagi okey." Kata Melia dengan wajah yang ceria. Ceria saja diluaran tapi sakit di hati, iyelah terpaksa keluarkan duit untuk orang yang tak dikenali, nasib barangnya sikit sekadar air 4 botol dan 2 roti. 

"Okey." Balas lelaki itu dengan senyuman walaupun tak nampak sebab dia memakai mask tapi boleh nampak dia punya lesung pipit.

"Nampaknya saya kena pergi, takut hujan lagi. Bye" Kata Melia.

" Tunggu." Kata lelaki itu. Terhenti gerakan Melia apabila dipanggil begitu.

"Boleh saya tahu nama awak." Soal lelaki itu.

Melia tersenyum dan menundukkan sedikit badannya.

"Melia Trisya. Panggil Melia je." Kata Melia sambil sambung lariannya.

"Ooh Melia." Kata lelaki itu sambil memerhatikan Melia dari jauh. Kaki di bawa ke tempat letak kereta yang jauh dari pandangan orang.

Lelaki itu masuk dalam kereta dan berikan bag plastic ke orang orang kanannya.

"Ceih..., bos bersembang dengan perempuanlah tak pernah lagi kita tengokkan, Sero." Kata Vian kepada rakan sebelahnya yang duduk di tempat memandu ada nada perli sikit di situ.

"Kan, setan apa yang rasuk bos kita ni weh." Perli Sero kepada kawan sebelahnya.

"Korang diam sebelum aku humban korang dekat sungai sana." Balas Leon kepada orang kanannya.

" Baik bos." Serentak orang  membalas. Enjin dihidupkan dan kereta mereka laju membelah jalan raya.

"Melia Trisya ye. Cantik namanya seperti empu punya badan." Bisik Leon hanya untuk pendengarannya sahaja. Leon berfikir sekejap sebelum memanggil Vian dihadapan.

"Vian aku ada kerja untuk kau." Kata Leon kepada orang kanannya.

"Ada apa bos? "Soal Vian.

"Cari tahu pasal perempuan tu, dapat maklumat terus bagitahu aku." Kata Leon kepada Vian.

"Ceih.. bos." Perli Vian.

"Kau faham." Balas Leon dengan nada yang serious aura Mafianya sudah keluar.

"Faham bos." Balas Vian sedikit gerun.

Kalau dah diberi arahan tu jangan tak buat. Nanti naya, bukan boleh percaya sangat bos tu.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now