Part 30

80 3 0
                                    

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Sudah 2 jam dia berada di dalam bilik itu tanpa makan dan minum. Dia pula masih terikat di kerusi. Tangan dan kakinya juga sudah lenguh. Dia sudah tidak tahan, dia ingin keluar dari tempat ini. Dia harus memikirkan sesuatu.

Sedang Melia memikirkan rancangan, suara tapak kaki kedengaran laju menuju ke bilik itu. Melia bertambah gelisah. Apa yang harus aku lakukan sekarang?

Pintu bilik dirempuh kuat. Kelihatan lelaki tadi sedang panik akan sesuatu.

"Tolong lepaskan aku." Pinta Melia lembut.

"Kau diam!" Tengking lelaki itu.

Ingin sahaja Melia membalas tapi terhenti kerana ada suara tembakan diatas. Melia gelisah dan takut tapi pada masa yang sama dia gembira. Kemungkinan itu adalah polis.

Melia melihat lelaki itu. Kelihatan dia sedang panik dan tidak tahu ingin melakukan apa. Melia dengar lagi suara tapak kaki laju menuju ke bilik itu.

Tanpa disedari, lelaki itu memotong tali yang mengikat tangan dan kakinya lalu menarik dirinya memasuki dakapan lelaki itu. Selepas itu, dia keluarkan sebuah pistol yang berada di pinggangnya lalu dihalakan ke kepala Melia.

"Kau bergerak aku tembak dia!" Ugut lelaki itu.

Melia dengan perasaan bercampuran, takut dan terkedu dengan apa yang dia nampak di depan mata. Kai?

"Lepaskan dia!" Arah Sero setelah sampai di bilik itu bersama dengan Liya dan Arthur.

"Kalau aku tak nak?"

"Kau nak Mampus?!" Ugut Sero.

"Sebelum itu dia yang Mampus dulu!" Maksud lelaki itu adalah Melia.

"Kau jangan main main! Kau tak tahu bos kami macam mana orangnya!"

"Oh ya kalau macam tu mana dia? Suruhlah dia ambik buah hatinya sendiri!" Melia menjadi lebih takut.

"Kai t-tolong aku." Pinta Melia ketakutan.

"Diam!" Tengking lelaki itu tanpa sedar menghentakkan pistolnya ke kepala Melia.

Pening menguasai kepala Melia. Ingin sahaja dirinya pengsan disebabkan pening yang melampau.

"Lepaskan puan sekarang kalau kau tak nak kena balasannya nanti!" Ugut Arthur tidak tahan dengan keadaan begitu.

"Mana b*ngs*t tu! Aku nak jumpa dengan dia!" Lelaki itu tengking lagi seraya menguatkan pelukannya.

"Kalau dia tak nak tengok darah perempuan ni menghiasi bilik ni." Ugut lelaki itu lagi.

"Aku kat sini."

Suara tapak kaki menuruni tangga kedengaran kuat dari belakang Sero, Arthur dan Liya.

"Mana? Aku tak nampak kau, keluar!" Tengking lelaki itu lagi tidak puas jikalau dia tidak melihat lelaki itu.

My Overprotective Mafia Där berättelser lever. Upptäck nu