Part 29

71 2 0
                                    

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

"Macam tulah ceritanya bos." Jelas Sero kepada Leon. Selepas terserampak dengan bos, mereka terus pulang ke villa Leon. Semua berada di ruang tamu untuk menjelaskan apa yang berlaku.

"Haih! Jadi korang dapat tahu siapa dalangnya?" Soal Leon tegas.

"Saya tak dapat maklumat tu lagi bos. Mereka punya sistem terlampau tinggi." Jelas Dave selaku pengodam sistem. Setelah sampai, dia terus membuka computer riba yang dipinjam oleh bos.

"Aku na-" Terhenti percakapan Leon apabila suara ketukan pintu bergema diruang tamu.

Tok... Tok... Tok...

"Masuk." Arah Leon.

"Bos, mereka buat hal lagi. Kalini dekat lombong bos. Habis semua barang kita mereka hancurkan dan semua hasil galian mereka curi." Jelas Vian berdiri dihadapan Leon.

"Lombong yang mana?" Soal Leon dengan nada geram.

"Lombong emas, bos." Jelas Vian.

BAM!

Hentakan meja itu membuatkan semua yang berada di ruang tamu terkejut. Nasib meja itu kayu kalau tak memang dah berkecai.

Leon menarik nafas seraya mengucap ingin menenangkan diri daripada amukan emosi.

Melia diculik.

Musuh buat masalah. Siapa tak rimas.

Leon meramas rambutnya kasar. Ingin mencari jalan penyelesaian bagi dua masalah yang dihadapinya.

Setelah beberapa minit keadaan senyap mengambil alih. Leon mendapat satu idea.

"Dave, aku ada suruh kau hafalkan kod cip tu?" Soal Leon mendadak ke Dave.

"Oh ada! Kenapa bos?"

"Bagus, cuba godam cip tu?"

Dave mencuba untuk menggodam cip yang diarahkan oleh bos. Setelah beberapa minit mencuba, akhirnya...

"Bos! Saya dah dapat!" Kata Dave riang bangga dengan usaha yang dilakukan.

"Dimana?" Soal Leon selepas mendengar kata kata Dave.

Dave memberitahu lokasi orang yang menculik Melia.

"Macam mana bos?" Soal Sero.

"Kita tak boleh main serang, mereka boleh buat apa saja yang mereka mahu dekat Melia. Lagi satu strategi tempat mereka bagus, rumah atas gunung tepi jurang. Hebat." Kata Leon memikirkan plan ingin menyelamatkan buah hati.

"Vian, kau kena ikut kami." Arah Leon kepada Vian disisi.

"Macam mana dengan musuh?"

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now