Part 44

51 3 0
                                    

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

2 hari kemudian...

Melia duduk di atas katil didalam biliknya sambil termenung. Dia sebenarnya berdebar tentang harini. Kenapa? Kerana harini dimana dirinya akan disoal sama ada terima minangan itu atau tidak. Dia tidak tahu dan tidak mempunyai jawapan lagi tentang hal itu.

Terhenti lamunan Melia apabila pintu biliknya diketuk dari luar.

"Melia? Kamu dah ready? Mereka dah sampai." Ujar puan Airin kepada anaknya yang berada didalam bilik.

Melia menghela nafas kecil.

"Melia keluar sekarang ibu." Balas Melia seraya bangun dari duduk dan berjalan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Tempat kosong sebelah abangnya di jadi tempat duduk.

"Jadi macam mana?" Soal puan Amirah kepada Melia.

Melia memandang puan Amirah seketika sebelum menunduk kebawah.

"Kalau saya perlukan lebih banyak masa boleh ke?" Pinta Melia dengan harapan dibenarkan.

"Tapi kami dah beri kamu masa, berapa banyak masa yang kemu perlu lagi?" Soal puan Amirah sekali lagi.

"Lagi 2 hari boleh kan?"

Puan Amirah mengeluh.

"Baiklah kal-.." belum sempat puan Amirah berkata ada yang menyampuk.

"No mama." Bantah Farish.

"Kenapa?" Soal puan Amirah.

"Sebab kita dah bagi banyak masa. Kenapa nak kena tunggu lama lama? Kita tak nak buang masa mama. Lebih baik sekarang." Ujar Farish membantah keputusan. Mata tajam diberikan kepada Melia.

Melia melarikan matanya apabila terperasan akan mata tajam itu.

"Tapi Farish kita tak boleh paksa dia. Urusan kahwin tak boleh terburu buru. Ni bukan mainan." Tegur puan Amirah tak suka akan kata kata anak terunanya.

"Okay apa kata kami bagi masa 2 jam untuk memikirkan balik. Macam mana?" Cadang encik Syami untuk menghentikan pentengkaran mama dan anaknya itu.

Melia menganggukkan kepala. Asalkan dia ada masa lagi untuk berfikir.

"But pa-..." Farish ingin membantah lagi tapi tidak sempat apabila dipotong oleh encik Syami.

"Farish 2 jam tu tak lama. Kalau kamu rasa lama baik kamu keluar jalan jalan dahulu. Sekarang pukul 12. 15 pagi, nanti pukul 2.15 petang kamu datang balik. Percayalah takkan lama punya." Ujar encik Syami lagi. Tidak mahu perkara kecil di panjangkan masalahnya.

Farish menarik nafas kecil sebelum menghembusnya perlahan.

"Okay. Kalau itu yang semua mahukan." Ujar Farish mengalah dengan keputusan papanya. Tatapan tajam diberikan kepada Melia.

My Overprotective Mafia حيث تعيش القصص. اكتشف الآن