Part 20

92 4 0
                                    

Assalamualaikum semua, harini saya guna nama betul ye... Selamat membaca.

Kai- Sero
Mia-liya
Qila- Nisa
Razif- Arthur
Haqif- Dave.

Di tempat Leon...

Leon mengemas bilik dan bajunya. Harini mereka balik ke Kuala Lumpur selepas menyambut hari lahirnya Dua hari lepas. Selepas itu dia memasukkan barangnya didalam kereta. Sebelum pulang Leon bersalaman dengan neneknya.

"Nek, Leon balik dulu." Ujar Leon ke nenek.

"Hah elok2 bawak kereta tu kalau mengantuk tidur dulu baru sambung okay?" Pesan nenek.

"Baik nek." Balas Leon sebelum mengucup tangan neneknya sekali lagi.

Selepas tu Leon ke kereta mama papanya pula. Leon mengetuk tingkap pemandu. Papanya menurunkan tingkap sedikit untuk menyenangkan Leon untuk bercakap dengannya.

"Kenapa Leon?" Soal papanya.

"Mama papa harini Leon mungkin balik lambat." Jelas Leon.

"Kenapa?" Soal mamanya pula.

"Ada urusan kejap ma." Jelas Leon lagi.

"Hah yelah." Balas papanya.

"Oh satu lagi, kalau Dion ikut mama dengan papa boleh? Leon takut kalau dia kacau Leon." Jelas Leon ke mama papanya lagi.

"Boleh je takde masalah." Balas mamanya.

"Terima kasih mama papa." Balas Leon sebelum ke keretanya.

Dia membuka pintu di mana Dion duduk.

"Dion kau ikut mama papa." Ujar Leon.

"Lah kenapa?" Soal Dion tak puas hati.

"Aku ada urusan kau ikut mama ye." Pujuk Leon ke Dion.

"Hah, yelah." Dengan malas dia keluar dari kereta dan mengambil barangnya lalu menuju ke kereta mama papanya.

Selepas itu mereka keluar dari perkarangan rumah neneknya. Leon dan papanya hon sedikit menandakan mereka gerak dulu.

Di tempat Sero dan gengnya...

"Sero bila bos nak sampai?" Soal Arthur ke Sero yang berada di sofa yang tengah bermain telefon.

"Kejap lagi lah tu." Balas Sero acuh tak acuh.

"Haih, bos cepatlah sampai kami lapar." Keluh Liya sedikit kuat menandakan mereka tengah lapar dan bosan. Harini mereka tak belajar sebab cuti. Yelah mana tak lapar kalau dari pagi mereka tak makan. Mereka tunggu dah lebih dari 3 jam.

Selepas itu mereka terdengar ada suara tapak kaki menuju ke bilik mereka sebelum suara itu berhenti dan membuka pintu.

"Assalamualaikum bos." Serentak mereka memberi Salam sejurus bos masuk ke dalam.

"Waalaikumussalam, semua ada?" Soal Leon selepas masuk ke dalam dan duduk disebuah sofa. Haih penat.

"Semua ada bos." Balas Sero.

"Bagus, sebelum tu korang dah sarapan belum, tak nampak bertenaga pun?" Soal Leon ke anak buahnya.

"Bos macam tahu je. Kami minum air je makan tak." Balas Dave polos.

"Hah baguslah, teman aku makan tengah hari." Ujar Leon sudah bangun dari duduk.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now