Part 16

109 4 0
                                    

Di bilik Leon...

Leon mencampakkan telefonnya di sebelah, dia masih terkejut dengan maklumat yang disampaikan oleh anak buahnya tadi. Kenapa Vian tak dapat maklumat tu? Fikir Leon.

Leon mengambil telefonnya selepas dia mendengar ada mesej yang masuk. Dia membuka Whatsapp dan ada beberapa video yang dihantar oleh anak buahnya.

Dia memainkan kedua dua video itu. Dia melihat dengan penuh tekun dan fokus, dia tak mahu ketinggalan satu bab pun.

Habis saja kedua dua video itu, Leon membuat kesimpulan. Untuk video pertama, orang lain akan nampak perlawanan itu biasa saja tapi bukan pada Leon. Dari gerak tumbukkan hingga tendangan itu bukan calang calang, nampak biasa tapi kuat. Ditambahkan lagi dengan ketangkasannya yang sentiasa fokus pada pihak lawannya.

Bagi video kedua, anak panah yang dipanah oleh Melia sentiasa kena sasarannya. Kepantasan anak panah itu bukan biasa biasa. Leon terpegun dengan kedua dua video itu tapi bila dia fikir balik buat apa nak terkejut, Melia ni adik kepada poliskan. Mesti abang dia yang ajar semua tu.

Leon mencampakkan telefonnya disebelah dan dia memejamkan mata. Otaknya hanya memikirkan Melia sahaja ketika itu. Hati Leon berdetak kencang, dia memikirkan semula video tu.

" Sihir apa yang kau bagi dekat aku ni Melia." Kata Leon seorang diri sebelum...

"Cantiknya siapa ni bang?" Soal Dion yang berada disebelah dirinya. Leon yang terkejut dengan kehadiran adiknya terus menelengkan kepala dan merampas telefonnya yang berada di genggaman adiknya.

"Woi, sejak bila kau masuk?" Soal Leon.

" Dah lama dah aku masuk cuma kau je tak perasan. Ni ceritalah siapa tu, Melia eh namanya?" Balas Dion sambil mengajukan soalan kepada Leon.

" Ish sibuklah kau, pergi main jauh sana." Balas Leon menghalau adiknya.

" Ala ceritalah siapa tu, kalau tak Dion bagi tahu papa pasal hal ni." Ugut Dion.

" Jangan berani." Arah Leon tegas.

"Hah kalau macam tu bagitahulah." Pujuk Dion.

" Ish kenapa kau nak tahu pun?" Soal Leon.

" Takde lah nampak cantik je perempuan tu manalah tahu boleh ngorat ke." Balas Dion selamba.

" Ish banyak cantik muka kau. Dia abang punya." Balas Leon sambil menjentik dahi adiknya.

"Aduh, sakitlah bang. Ala gurau pun tak boleh." Kata Dion mengusap dahinya yang terasa kebas dengan jentikkan abangnya.

"Tak boleh." Balas Leon selamba.

" Okey takpe takpe." Balas Dion sebelum keluar dari bilik abangnya.

"Hah pergi pun, lepasni aku kena letak passwordlah jawabnya." Kata Leon. Dia mengaktifkan sistem password dalam telefonnya sebelum dia mencampak telefon itu ke sebelah.

Dia memejamkan mata ingin dirinya dihayut mimpi, sebelum...

"Leon kesini sekejap!" Panggil mamanya diluar.

Leon terjaga dari lena, dia terus turun dari katil dan keluar dari bilik. Dia nampak diruang tamu ada nenek, papa, mama dan adiknya.

" Aik sejak bila mama dengan papa sampai?" Soal Leon ke mama dan papanya sebelum menyalam tangan mereka.

"Baru tadi." Balas mamanya.

"Ooh." Balas Leon.

"Leon mama nak tanya kamu sekejap boleh?" Soal mamanya.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now