Part 12

123 4 0
                                    

Kereta laju menembusi jalan raya, Leon memandu kereta dengan penuh hemat manakala Dion tidur di tempat penumpang. Mereka gerak selepas solat subuh pada pukul 6.30 di masjid.

Brr...

Bunyi perut Leon menandakan minta diisi oleh empunya badan. Leon memberhentikan keretanya di RNR berdekatan.

"Dion, bangun. Kita breakfast dulu." Kata Leon sambil membangunkan adiknya yang sedang diulit mimpi.

"Ish kacaulah. Kau pergilah dulu nanti aku keluarlah." Kata Dion menyambung tidurnya yang diganggu oleh abangnya.

"Takde jangan ngada-ngada bangun sekarang, aku takkan belikan apa apa untuk kau." Kata Leon.

" Ish kau ni... Woi Leon! Woi! Beraninya kau. Kau dah kejutkan aku pastu kau tinggalkan aku macam ni je! Woi!" Jerit Dion apabila ditinggalkan oleh Leon. Bukan apa kalau ditinggalkan tu biasalah ni bukan sekadar tinggal siap kunci kereta lagi, mana tak sakitnya hati.

"Dah kau lambat, aku kuncilah." Balas Leon selamba selepas membuka keretanya semula. Dion yang baru keluar dari kereta terus mengejar abangnya yang berada jauh di hadapan.

"Hihihi bang tunggulah." Balas Dion ke Leon selepas dapat mengejar abangnya.

Leon hanya menggelengkan kepala dengan perangai adiknya yang kekadang macam budak budak.

Selepas saja mereka bersarapan, mereka menyambung semula perjalanan mereka balik kampung yang berada di ******. Kalini Dion yang memandu manakala Leon duduk di tempat penumpang sambil bermain telefon.

"Amboi bang tersenyum nampak, apa yang happy sangat tu dah ada girlfriend ke?" Soal Dion yang ternampak Leon tersengih apabila melihat telefonnya.

"Sibuklah kau pandu je kereta ni." Balas Leon. Dia sebenarnya tengah membaca mesej anak anak buahnya sudah berada di Malaysia.

* Bos kami dah sampai.* Kata kawannya dalam mesej itu.

*Bagus. Balik rumah aku bawa 2 kereta sahaja. Terus ke Teluk Intan aku kat sini. Faham.* Balas Leon ke anak buahnya.

*Faham bos.* Balas dia.

Leon menutup telefonnya dan memejamkan mata. Dia nak tidur sekejap. Mata ditutup dengan perlahan sebelum...

"Bang dah sampai." Kata Dion ke abangnya yang hampir nak lena.

"Hah, dah sampai cepatnya." Balas Leon tak puas hati.

"Yelah aku kan pecut." Balas Dion sebelum mematikan enjin kereta. Dion dan Leon keluar dari kereta. Dion meregangkan uratnya yang terasa lenguh, manakala Leon menggosokkan matanya. Mereka keluarkan barang mereka dan terus menapak ke rumah neneknya.

"Assalamualaikum nek." Salam Dion.

"Waalaikumussalam, dah sampai pun cucu cucu nenek yang hensem ni. Lama nenek tunggu tau." Puji nenek sambil memeluk cucu cucu kesayangannya. Dion dan Leon membalas pelukan nenek sebelum meleraikan pelukannya.

"Dah makan ke cucu cucu nenek ni?" Soal puan Tika Aka neneknya Dion dan Leon.

"Sudah nenek kat RNR tadi." Balas Leon.

"Ye baguslah, kalau macam tu pergi naik atas mandi pastu boleh rehat. Mesti penatkan cucu cucu nenek." Arah puan Tika ke cucu cucunya. Dion dan Leon mengangkat beg pakaian mereka dan bawa naik atas. Selepas saja mengemas beg mereka, Dion mengambil keputusan untuk mandi manakala Leon mengambil keputusan untuk tidur tapi...

Breet...breet...

Bunyi telefon Leon menghentikan niatnya. Leon terus mengambil telefonnya dan melihat siapakah gerangan yang telefonnya pada waktu itu. Melihat sahaja nama yang tertera di atas skrin telefon dia terus mengangkat telefon.

"Helo ada apa apa berlaku ke Sero?" Soal Leon ke anak buahnya.

"Tiada apa apa bos, tapi saya nak Tanya boleh bos?" Soal Sero ke bosnya melalui telefon.

"Hah apa dia?" Kata Leon.

"Bos ada hantar orang lain untuk ikut Melia ke?" Soal Sero. Leon yang mendengar terus bangun daripada pembaringan.

"Aku mana ada hantar orang. Mereka pun tak sampai lagi. Kenapa Sero?" Maksud mereka tu adalah anak anak buahnya Leon dari luar negara. Pelbagai perasaan Leon bercampur. Rasa curiga, rasa geram, rasa marah semua bercampur. Siapa yang berani spy Melia aku hah.

" Bukan apa bos, tadi saya dengan dia tengah berjalan dekat taman Universiti ni lepastu saya nampak ada orang ikut kami dari belakang, tu saya nak tanya bos kalau bos ada hantar orang ke." Jelas Sero ke bosnya. Leon sudah tak senang duduk.

"Dia pakai baju apa?" Soal Leon.

"Dia pakai hoodie hitam, seluar trek hitam dengan topi warna hitam. Boleh dikatakan semua hitam." Jelas Sero lagi.

"Ramai ke?" Soal Leon lagi.

"Dalam 2 orang pakaian yang sama. Cuma sorang dekat belakang satu lagi dekat depan waktu kami berjalan berselisih. Saya nampak dia pandang Melia macam nak bunuh." Jelas Sero lagi ke bosnya. Leon yang mendengar perkataan bunuh terus mengumpalkan tangannya. Perasaan marah datang.

"Aku tak hantar orang, kalau mereka kata aku yang hantar mereka jangan percaya sebab aku akan bagitahu kau dulu. Faham." Arah Leon.

"Lepastu kau ketatkan lagi penjagaan Melia. Dan aku nak kau pergi bunuh 2 c*laka tu dulu." Arah Leon lagi.

"Baik bos." Balas Sero sebelum menamatkan panggilannya.

Leon mencampakkan telefon diatas katil. Dia masih lagi tak puas hati. Siapa yang berani kacau Melia. Leon mengambil keputusan untuk mandi tapi niatnya terbatal selepas ada bunyi panggilan dari telefonnya. Selepas membaca nama yang tentera di skrin, Leon terus mengangkat  telefonnya.

"Hello, bos kami dah sampai *******." Kata salah satu anak buahnya.

"Bagus aku share alamat yang nanti korang akan duduk. Nanti malam pukul 9.30 kita meet. Semua kena ada kalau lambat aku denda, bagitahu yang lain faham." Kata Leon sebelum menamatkan panggilannya dengan Salah satu anak buahnya. Ada sesuatu yang Leon nak anak buahnya buat.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now