Part 28

72 4 0
                                    

Assalamualaikum semua. Harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Sedikit maklumat chapter kalini banyak mencarut ye. Jadi saya ingin meminta maaf terlebih dahulu. Maaf.😅🙏

Di rumah Leon...

Leon mengemas katilnya dan berbaring di atas. Harini adalah hari yang paling penat bagi Leon. Kenapa? Jadualnya penuh dengan mesyuarat, ada dari kalangan dato, ada dari kalangan tan Sri, sampai kan waktu rehatnya pun diambil. Haih pening melayan pelbagai karenah mereka. Mata dipejamkan. Sudah sedia untuk memasuki alam mimpi.

Tak sampai 10 minit, matanya dibuka semula kerana telefonnya menjerit ditepi katil. Leon mendengus. Waktunya berehat ada je orang nak kacau. Telefon diambil dan menjawab panggilan dari anak buahnya.

"Waalaikumussalam, kenapa?" Soal Leon dengan nada tegas menandakan dia tidak suka masanya diganggu.

"Maaf mengganggu waktu tidur bos tapi ada benda yang kami harus bagitahu bos." Jelas Sero dengan nada yang panik. Dia sekarang berada didalam kereta bersama Arthur dan Dave. Manakala Liya dan Nisa mengikuti dari belakang. Mereka sekarang mencari kereta yang menculik Melia tadi.

"Apa yang kau nak bagitahu aku? Esok tak boleh ke?" Nada yang Leon guna memang menunjukkan yang dia tiada mood dalam melaksanakan kerja keduanya itu.

"Tapi ini tentang puan Melia bos." Ujar Sero.

"Hah?! Kenapa?" Soal Leon risau dan bangkit dari pembaringan terus duduk.

"Puan Melia..." Terhenti percakapan Sero apabila Arthur menegurnya.

"Sero kereta tu. Itulah keretanya cepat weh!" Ujar Arthur yang berada disebelah. Sero dengan pantas mempercepatkan kelajuan keretanya.

"Sero apahal! Bagitahu aku apa yang berlaku sekarang!" Ujar Leon yang dari duduk terus bangkit turun dari katil dan melangkah ke almarinya untuk mengambil jacket.

"Puan Melia kena culik Dan kami tengah mengejar pelakunya, bos!" Jelas Sero memberitahu. Kelajuan kereta lagi dipercepatkan sehingga bumper kereta menyondol kereta lelaki yang menculik Melia.

"Apa!" Dengan tenaga yang berbaki Leon mencapai kunci kereta lalu dia berlari menuju ke keretanya yang berada di garage bawah.

"Kami akan cerita kemudian bos. Tengah mengejar pelaku." Jelas Sero sambil melakukan perbuatan yang sama, menyondol kereta dihadapannya.

"Aku nak korang selamatkan dia sekarang kalau tak aku yang turun, faham! Selepas itu bawa dia ke Vila aku, faham!" Arah Leon sebelum menamatkan panggilan. Dirinya dibawa ke kereta dan injin dipasang. Dia kisah apa jauh ke tak, asalkan buah hati Selamat. Baju yang dia pakai pun dia tak layan, baju tidur pun takpe sampai sana dia tukarlah.

Sebelum dia memandu keluar dari perkarangan rumah keluarganya ada seseorang mengetuk cermin tingkap kereta. Leon menurunkan tingkap kereta dan kelihatan susuk tubuh adiknya berdiri dihadapan pintu kereta.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now