Part 45

42 1 0
                                    

Assalamualaikum guys harini kita guna nama betul tau. Okay tu je. Selamat membaca.

Sero- Kai
Liya- Mia
Nisa- Qila
Dave- Haqif
Arthur- Razif

Melia berjalan menuju bilik selepas dia mencuci mukanya di tandas. Jam dinding dilihat. Dia masih ada 1 jam 35 minit lagi. Dia membaringkan badannya diatas katil. Dia tak tahu macam mana lagi dia nak fikir. Kalau di tolak mesti kena ada sebab tapi dia tak tahu sebab apa. Takkan dia nak ceritakan pasal tadi. Tak cukup alasan tu.

Sedang Melia memikirkan masalah itu secara tiba tiba Melia teringat akan sesuatu. Perkara yang Melia tak jangka akan lalu kat otaknya ketika dia sedang sibuk memikirkan masalah. Dia teringat akan kata kata Leon sewaktu melawat dirinya di penjara. Melia mengeluh lalu menepuk pipinya agak kuat bagi menyedarkan diri supaya tidak memikirkan hal lain.

Melia melihat jam tangan yang berada diatas meja. Tak perlu tanya lagi siapa yang bagi kalau bukan Leon kawannya si Kai atau pun nama sebenarnya Sero.

Seketika dia perasan akan satu benda dekat jam itu. Melia bangun berjalan menuju ke meja itu. Kerusi ditarik dan duduk. Jam tangan itu diambil dan dibelek belek. Terdapat satu lubang yang sangat kecil di sisi jam itu. Melia mengambil pen dan cuba cucuk dan akhirnya cermin jam itu terbuka. Melia mengambil cermin itu dan diletakkan ketepi. Masih tiada apa apa yang mencurigakan bagi Melia. Mungkin itu lubang untuk membaiki cermin.

Ingin Melia memasang semula cermin itu tiba tiba perhiasan yang berada di sekeliling jam itu dapat dipusingkan. Selama Melia pakai tidak dapat berbuat demikian tapi tiba tiba boleh. Melia memusingkan perhiasan bulat itu dan seperti biasa tidak ada apa apa berlaku. Setelah memusingkan perhiasan itu berulang kali kedepan dan kebelakang alangkah terkejutnya Melia apabila perhiasan itu tercabut tapi bukan itu yang buatkan Melia terkejut melainkan benda yang ada dekat dalam jam tu.

Dalam jam itu, bukan sahaja ada peranti jam melainkan ada satu lagi peranti yang agak asing bagi Melia. Tak nampak macam salah satu dari peranti jam. Kerana peranti itu berlampu, kecil dan nampak seperti bentuk cip.

Melia mengambil dan membelek belek cip tu. Cip masih bernyala. Melia meletakkan cip tu di atas sehelai kain lalu diperhatikan. Melia tak tahu nak buat apa. Dia bukannya tahu tentang cip cip bagai ni. Telefon diambil dan pencarian dilakukan.

Hampir 25 minit dia mencari maklumat tentang cip itu dan akhirnya dia dapat menyimpulkan kesimpulan. Melia mengeluh dalam kekecewaan. Dia tak dapat tangkap tujuan mereka meletakkan cip itu dalam jam tangannya. Cip pengesan lokasi namanya. Melia melihat jam dinding. Dia mempunyai 1 jam sahaja lagi. Melia menghentakkan kepalanya di atas meja perlahan. Dia sudah menghabiskan 35 minitnya dengan perkara lain. Melia geram sendiri.

Melia bangun dari duduk dan berjalan menuju ke katil ingin berbaring tapi terhenti apabila dia teringat akan sesuatu. Melia duduk semula di kerusi dan melihat balik cip tadi. Benda yang dia teringat ialah apabila dia kena culik. Dia ada rasa hairan seketika. Macam mana mereka tahu tempat aku berada time aku kena culik? Bisik hatinya. Setelah merenung cip itu baru Melia faham.

"Jadi mereka kesan aku dengan benda ni lah." Gumam Melia perlahan dengan mulut berbentuk 'o'. 

Tak lama selepas itu kata kata Leon terlintas di fikirannya. Melia melihat jam dinding. Masih berbaki 50 minit. Melia melihat balik cip tu.

' Harap aku buat keputusan yang betul. ' bisik hati Melia.

Di balai...

Irfan duduk di kerusi tempat meja kerjanya. Dia datang ke balai sebab ada kes besar tu yang dia datang bawak kereta macam nak berlumba. Dia menghembus nafas lega selepas dapat menyelesaikan kes itu. Mata dipejamkan ingin tidur seketika apabila dia rasa dirinya diserang kantuk.

Tok... Tok... Tok...

Bunyi ketukan meja itu membuatkan Irfan sedar dari terlelap. Mata di dikelip beberapa kali sebelum melihat siapa gerangan yang mengacau tidurnya.

Terlihat Zharef sedang berdiri tegak di sisi mejanya.

"Ada apa?" Soal Irfan.

"Takde apa cuma aku nak tanya kau?" Pinta Zharef.

"Tanyalah."

"Kau okay ke? Aku tengok kau macam tengah stress kenapa?" Soal Zharef.

Irfan mengeluh dan keluhan itu didengari oleh kawannya.

"Macam berat je." Ujar Zharef lagi.

"Tak aku tengah fikir sesuatu ni." Balas Irfan.

"Fikir apa?"

Irfan tidak membalas soalan kawannya melainkan memikirkan sesuatu. Tak lain tak bukan pasal adiknya.

Tiba tiba satu idea melintas otaknya.

"Zharef aku nak minta tolong kau kejap boleh?" Pinta Irfan.

"Boleh. Apa dia?"

"Tolong carikan aku maklumat tentang mamat ni." Ujar Irfan seraya mengeluarkan sekeping gambar.

"Oh okay. No problem tapi kenapa?"

"Aku rasa ada benda tak kena dengan dia." Balas Irfan.

"Oh okay. Aku akan cuba." Ujar Zharef.

"Thanks bro." Balas Irfan sebelum menyambung kerjanya.

Di sisi lain...

Melia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan semua sudah berada situ kecuali Irfan.

"Ibu mana along?" Soal Melia.

"Along kata ada urusan nanti dia balik." Balas puan Airin.

Melia duduk bersebelahan dengan ibunya.

"Jadi kamu sudah fikir?" Soal puan Amirah.

Melia menarik nafas sebelum mengangguk kepala.

"Jadi apa jawapan kamu?"

Melia menarik nafas panjang sebelum mengungkapkan jawapannya.

Sorry for the late update and thank you for reading.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now