Part 14

106 5 0
                                    

Assalamualaikum semua, harini saya akan gunakan nama palsu Sero sebagai Kai tau. Okay sambung...

Keesokan harinya di Universiti...

Melia berjalan memasuki kelas dan dia ditemani oleh Kai. Bukan dia tak boleh pergi sendiri tapi sejak dia menceritakan kisah lampaunya dekat dia, semakin lama dia merasakan benda pelik dekat Kai ni. Bukan apa, kalau nak pergi cafe ke atau nak pergi perpustakaan ke bolehlah ajak sekali tapi kalau nak pergi tandas pun nak kena teman ke. Bukan tu je, jangan nak kata pergi universiti nak kena teman, kadang kadang nak pergi jogging pukul 6.30 pagi pun dia dah ada dekat depan pintu, dengan alasan nak pergi tapi takde kawan. Melia jadi rimas dengan Kai sebab tak bagi sedikit privasi dekat dia. Kadang2 Melia rasa yang Kai ni bodyguard dia.

Sewaktu memasuki kelas, Melia nampak Hanis sedang duduk dekat tempat duduknya tapi dia tak seorang ada orang yang tak diundang duduk sekali dengan dia. Ye kalau bukan Tina and the geng dan Zakrul tengah kacau Hanis. Melia dengan pantas ke arah mereka manakala Kai, dia nak ikut tapi dia ada panggilan dan dia kena uruskan dahulu, jadi dia suruh Melia pergi dulu. Melia mempercepatkan langkahnya bila dia perasan yang Tina mengangkat tangannya ingin menampar muka Hanis. Dengan sepantas boleh Melia menahan tangan Tina daripada meneruskan perbuatannya.

"Kau dah kenapa Tina, pagi pagi dah buat hal." Kata Melia sedikit marah. Tina merentap tangannya daripada dipegang oleh Melia.

"Kau yang dah kenapa, tiba tiba datang tahan tangan aku apahal. Babe tengok dia." Rungut Tina ke boyfriendnya yang berada ditepi dirinya. Ye siapa lagi kalau bukan Zakrul. Dia terus menampar wajah Melia. Kuat.

"Kau tak payah ikut campur, ni urusan kami dengan perempuan ni. Faham!" Tengking Zakrul ke Melia sebelum menolak kepala Melia ke tepi.

"Melia!" Terkejut Hanis dengan tindakan Zakrul. Hanis terus menahan badan Melia daripada terjatuh.

"Kau okay?" Soal Hanis dengan perasaan yang risau.

"Aku okay." Balas Melia sambil memegang kepalanya yang terasa pening, ni mungkin disebabkan tamparan Zakrul.

"Kau apahal hah! Jangan libatkan Melia dalam urusan ni, kita je. Faham!!" Marah Hanis ke mereka yang tengah menggelakkan Melia.

"Eleh dia yang cari pasal." Ejek Tina.

"Ish ka-.." Terpotong kata kata Hanis selepas ada suara yang mencelah mereka.

"Melia!" Jerit Kai selepas melihat adegan itu. Dia meluru ke arah Melia.

"Melia kau okey?" Tanya Kai ke Melia dengan perasaan cemas. Mampus aku kalau bos tahu. Bisik hatinya.

"Aku okay." Balas Melia. Hanis yang melihat hanya memandang pelik ke arah lelaki itu. Siapa lelaki ni? Bisik hati Hanis.

Kai terus memandang kearah mereka dengan mata tajam. Gigi diketap kuat menampakkan urat kepalanya. Mereka yang melihat muncul perasaan takut melihat wajah Kai yang kelihatan seperti ingin membunuh.

"Korang ni memang tak puaskan, takpe aku dengan geng dah buat game untuk korang, okay nanti kita tengok siapa yang menang." Kata Kai dengan senyuman penuh misteri terselit sedikit senyuman mengejek. Mereka yang mendengar dan melihat menaik bulu roma.

"G-game apa hah!" Kata Zakrul sedikit gagap.

"Tengok jelah." Balas Kai acuh tak acuh. Dia mengalihkan pandangannya kearah Melia dan Hanis. Dia memberikan senyuman Manis ke Hanis. Hanis hanya balas.

Zakrul yang nampak peluang ingin dia menumbuk belakang kepala Kai tapi situasi tak memihak ke Zakrul kerana lecturer sudah masuk kelas.

"Sudah duduk semua." Arah lecturernya berjalan menuju ketempat duduknya diikuti beberapa orang budak. Mereka yang mendengar arah lecturer terus duduk, pergaduhan mereka tadi ditangguhkan dahulu. Mereka duduk ditempat masing. Kai duduk disebelah kiri Melia manakala Hanis duduk disebelah kanan Melia.

Hanis pandang ke Melia,

"Melia siapa dia?" Soal Hanis ke Melia menanyakan tentang lelaki itu.

"Oh ini Kai. Dia budak baru." Balas Melia.

"Bila dia masuk?" Soal Hanis lagi.

"Dia masuk seminggu lepas, waktu tu kau tak datang." Balas Melia memandang kedepan melihat lecturer mereka tengah bercakap dengan beberapa orang budak.

"Ooh patutlah. Hai Kai saya Hanis." Kata Hanis memandang ke Kai yang memerhatikan budak budak yang berada dihadapan. Kai yang terkejut terus memalingkan kepalanya kearah Hanis.

"Oh hai Hanis." Balas Kai sambil melambaikan tangannya kearah Hanis. Hanis yang nampak membalas lambaian Kai.

Mata mereka terus dihala kehadapan selepas lecturer menyuruh mereka fokus ke arahnya.

"Okay semua harini kamu akan ada beberapa budak baru. Okay perkenalkan diri kamu." Kata lecturer ke satu kelas sebelum menyuruh  beberapa budak baru untuk berkenalan.

"Assalamualaikum, nama saya Razif." Kata Arthur yang menyamar sebagai Razif di situ.

" Assalamualaikum semua, nama saya pula Haqif." Kata Dave yang menyamar sebagai Haqif.

"Assalamualaikum, nama saya Mia." Kata Liya yang menyamar sebagai Mia.

"Assalamualaikum, nama saya Qila." Kata Nisa yang menyamar sebagai Qila.

Selepas sesi perkenalan, lecturer mengarah mereka untuk duduk di barisan hadapan. Razif, Haqif, Mia dan Qila memandang antara satu sama lain sebelum salah seorang dari mereka bercakap dengan lecturer.

"Umm, tapi sir boleh kami duduk kat belakang?" Kata Haqif mewakili mereka, yang lain hanya mengganguk.

"Kenapa?" Soal lecturer pelik.

"Sebab mereka yang duduk depan nanti kena pindah belakang, kami taknak ambil tempat mereka. Lagi satu kami tinggi takut yang lain tak nampak pula." Kata Mia memberi alasan ke lecturer yang membuatkan dia terfikir sejenak.

"Baiklah kalau macam kamu boleh duduk di barisan 3 belakang sekali, boleh?" Kata lecturer ke mereka. Razif, Haqif, Mia dan Qila melihat tempat yang ditawarkan oleh lecturer mereka dan mereka berpuas hati lagi senang kerana tempat mereka adalah diatas tempat duduknya Melia, Kai dan Hanis. Mereka mengganguk tanda boleh. Mereka pergi ke tempat mereka dan duduk di situ.

Mia menepuk bahu Melia.

"Hai saya Mia, apa nama awak?" Soal Mia ke Melia.

"Oh saya Melia." Balas Melia ke Mia sambil memberikan dia senyuman.

"Oh Melia, yang ni Razif. Manakala yang tu Haqif dan ini Qila." Kata Mia sambil menunjukkan kawan kawannya. Mereka yang lain melambaikan tangan mereka ke Melia. Melia hanya membalas sambil memberikan senyuman ke mereka.

"Alright everyone, open the exercise that I gave you last week. I want to check." Kata lecturer mereka menandakan kelas sudah bermula. Perhatian mereka tadi sudah ke lecturer mereka.

Kai sempat menoleh ke belakang dimana Razif, Haqif, Mia dan Qila duduk sebelum memberikan senyuman penuh makna ke mereka. Mereka yang nampak senyuman Kai, membalas senyuman itu sebelum mengintai di tempat duduk belakang. Penghuni belakang terdiri daripada Tina, Zakrul dan geng mereka. Tina yang terperasan akan itu terkedu sekejap sebab dapat melihat wajah mereka yang tersenyuman kearahnya. Senyuman penuh makna yang Tina sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan sebelum mereka melihat kehadapan semula. Tina yang melepaskan nafas lega terfikir sejenak. Apa tu? Bisik hatinya. Hati Tina mempunyai firasat yang buruk selepas ini.


Assalamualaikum semua. Sorry lambat update idea takde. Harap boleh bersabar ye. Walau lambat tetap update tau. Okey itu je bye.


My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now