42| Akhir Kisah Kita

1.4K 46 4
                                    

"Mencintai Humaira merupakan hal yang terbaik aku pernah ada, Humaira bidadari aku. Hanya Humaira dalam hati aku dan aku harap kisah cinta kita akan tetap berlangsung hingga kita dibangkitkan semula di sana."- Daiyan

Plak!

Terbuntang biji mata Daiyan. Berderu nafasnya kerana terjaga dalam keadaan yang begitu mengejutkan. Pipi kanannya nyeri dan seakan ingin membengkak.

Lambat-lambat Daiyan mengiringkan tubuh ke sebelah kanan.

Humaira di sebelah sedang bersila dengan muka garang seakan singa yang mahu menerkam dirinya.

Aaaaa sudah. Tak ada angin tak ada ribut, si pujaan hati dah berubah rupa, kena sampuk ke isterinya di subuh-subuh hari ni?

"Apa awak buat dalam bilik saya ni?" Teriak Humaira. Dia berdiri di atas katil lalu menendang perut Daiyan.

Daiyan terbelalak, perutnya senak kerana terkena serangan mengejut dan tak semena-mena dia terguling ke belakang dan terjatuh ke lantai.

Bruk!

Susuk lemah Daiyan terkulai di lantai. Daiyan berpinar-pinar, nyawa seakan di hujung tanduk dan menanti sakaratul maut, hingga dia perlu menenangkan diri buat seketika, menarik separuh nyawanya yang terkeluar ke dalam raga kembali sebelum ia berpaut pada almari lampu di tepi katil.

"Sayang ni kenapa?" Lirihnya. Dah la tidur terganggu dek tamparan maut Humaira, belum sempat sedar sepenuhnya perut kosongnya pula ditendang tanpa belas ihsan dan berakhir dengan tubuh lesunya tergeletak di lantai bagai nangka busuk.

"Saya yang patut tanya awak Encik Daiyan?" Humaira meraih bantal peluk lalu diacu kepada Daiyan yang seakan mahu merapat.

Daiyan susah payah berdiri. Sedikit membongkok bersama lengan yang menekan-nekan perut, menahan perih. "Sayang ni kena sampuk ke?" Serius dia. Daiyan tak main-main, Humaira memang nampak macam kena rasuk, dengan rambut mengerbangnya dan mata terjojol dah macam cosplay mak limah.

"Haaa memang pun kena sampuk! Dah bersalah sibuk lagi dekat sini kenapa? Keluar sekarang!" Humaira semakin menyinga. Dia lempar bantal peluk pada Daiyan.

Tangan yang kosong cekap menyambut bantal peluk lalu dibuang ke tepi. Dengan sebal terbuku, Daiyan menerpa ke katil.

Nak kena Humaira ni. Memang kena buang jin subuh yang menempel di raga isterinya ni, makin parah.

Tidak pedulikan perut yang mencucuk sakit, Daiyan melompat tinggi sebelum dia tangkap dan menjatuhkan Humaira, menindih tubuh isterinya di atas katil.

Daiyan mencekal kepala Humaira, mulut dah terkumat-kamit membaca Bismillah, baru baca ayat pertama ayatul kursi, Daiyan terteleng menerima satu daya yang lebih kuat dari tadi.

Plak!

Bulat mata Humaira, berona pipinya dengan aksi diluar tabii Daiyan. Tak adanya dia nak tunggu Daiyan baca sampai habis terus dipotong dan pipi Daiyan ditampar sekali lagi lalu Humaira menolak dada Daiyan.

Daiyan hampir meluruh, siku yang menampung berat terasa longgar. Tekanan pada dada menyakitkan tapi lebih sakit hati kerana layanan Humaira. Dia beralih ke tepi.

Apa masalah dengan Humaira ni?

Nasib lah kesabaran dia pagi ini masih menebal, kalau tak dah dibelasah Humaira cukup-cukup.

"Apa masalah awak ni Humaira? Apa yang Humaira tak puas hati sangat dengan aku sampai halau aku keluar?" Keras suara Daiyan. Dia bersandar di kepala katil sembari menggosok pipi. Mantap! Sempurna rasa kesakitan yang dia tanggung pagi ni.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now