02 | Humaira

1.1K 45 1
                                    

"Miss...hati-hati"- Hud
***

Padat dan sesak keadaan di dalam gerabak LRT. Penumpang memenuhi ruang hinggakan mereka terpaksa berhimpit tanpa mempedulikan jantina dan umur yang penting mereka selamat sampai ke destinasi.

"Stesen... berikutnya KL Sentral, stesen...sambungan ke MRT laluan..."

Earbud ditanggalkan, berkerut dahinya mendengar maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna kenderaan awam tersekat-sekat dan tenggelam dengan suara-suara penumpang.

Humaira seakan tersedar situasinya sekarang bertukar panik. Leher dipanjangkan mencari paparan informasi elektronik di atas pintu. Dalam hati mula berdebar, risau kalau dia dah terlepas perhentian yang sepatutnya diturun.

"Nasib, masak aku kalau terlepas," luahnya lega.

Stesen yang harus dia turun ialah stesen KL Sentral. Nasib dia teringat, kalau tak, mahu dia terlepas sampai ke Gombak. Parah kalau Humaira dah ralit dengan dunia angannya, semua benda akan terlepas pandang.

Tambah-tambah, ini kali pertama dia menaiki LRT seorang diri. Selalunya dia akan bersama-sama rakan sekerja  jika mereka malas menempuh kesesakan lalu lintas semasa waktu makan tengah hari.

Jadi, dia hanya melayan perasaan di dalam tren hinggalah si rakan menarik lengannya apabila tren berhenti di destinasi yang ingin mereka tuju. Tapi hari ini, dia terpaksa menaiki tren seorang diri disebabkan kereta kesayangannya mogok. Nak menumpang kawan rasa segan, mahu tak mahu Humaira terpaksa naik kenderaan awam.

Tak mahu ambil risiko terlepas stesen, cepat-cepat dia berdiri apabila gerabak mendekati platform.

"Tepi sikit."

Pintu terbuka luas. Beberapa orang cuba Humaira elak dari terlanggar, mereka yang sibuk memasuki gerabak tanpa menunggu penumpang yang ingin keluar terlebih dahulu sungguh membuatkan Humaira muak.

"Auch."

Perkara yang dia tak inginkan berlaku sekelip mata, beg Humaira terjatuh ke lantai.  Dengan hati yang sebal, dia terbongkok-bongkok mengambil barangnya semula. Nasib isi di dalam beg tidak terkeluar dan bertaburan ke lantai. Jika tidak, jadi satu masalah kena kutip.

Dia menegakkan semula tubuh lalu menoleh ke belakang, mencari orang yang telah melanggarnya namun yang bersalah sudah lesap. Hati Humaira membara, dah la dengan cuaca panas lagi, ada pula orang cari pasal pulak!

"Dah langgar tak reti nak minta maaf, menyusahkan hidup aku je," rungutnya.

Dia kembali meneruskan langkah yang tergendala. Escalator yang menyambungkan KL Sentral dan NU Sentral menjadi tujuannya.

Berdiri di sebelah kiri, menunggu escalator yang bergerak lambat itu sampai ke tingkat atas. Sungguh menguji kesabaran, nak tunggu rasa buang masa, nak panjat tangga escalotor kaki dah lenguh. Humaira mampu pasrah aje lah.

Tangan kiri diangkat separas mata, lengan baju disingkap sedikit, ingin melihat jam di pergelangan tangan.

"Sempat lagi ni," gumamnya. Tangan diturunkan ke sisi semula.

Ada lagi setengah jam sebelum angka enam. Masa setengah jam ini akan dia gunakan untuk membeli jiwa di NU Sentral, hilangkan bebanan otak sebelum kena menghadap tekanan maha dahsyat di rumah nanti.

Melilau Humaira mencari kedai yang menjadi sasaran sejak dia melangkah keluar dari tempat kerja. Hari ini Humaira nak self reward, hiburkan hati.

Bau wangian kedai itu, menenangkan Humaira yang tadi seperti singa yang ingin membaham mangsa. Botol lotion tersusun kemas menarik perhatiannya. Tester yang tersedia dibelek.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now