21 | Halau

779 37 7
                                    

"Saat jenazah kau diturunkan ke liang lahad, masa tu aku akan maafkan segala dosa kau."-Abbas
***

"Abang intai apa tu?" Hifza menegur sembari menghampiri suaminya yang berdiri di sliding door.

Tindak tanduk Abbas amat mencurigakan, tidak pernah si suami se kepo itu sebelum ini. Apa yang menarik? Ada artis datang atau ada jiran beli perabot baru? Sampai dah jadi pak cik bawang lagaknya.
Dari Hifza turun usung raga baju yang hendak dibasuh, hingga baju selamat berputar dalam mesin.  Suaminya masih tercongak depan pintu kaca yang memisahkan halaman dan ruang rumah.

Perasan akan kehadiran Hifza, Abbas berganjak ke tepi. "Awak ada pesan barang Shoppe ke?" soal Abbas  sambil menyelak langsir lebih luas. Secara tidak langsung mempelawa Hifza dalam aktiviti sekodeng.

"Tak ada." Hifza menghimpit Abbas, tercari-cari perkara yang membuatkan si suami ralit. Nol. Tiada yang menarik, hanya terlihat halaman rumah mereka.

"Humaira? Haidar? Amsyar?" Abbas bertanya lagi. Satu-persatu nama-nama yang disyaki disebut.

Hifza cuba mengingat. Selalunya yang suka membeli barang atas talian ialah Humaira. Setiap minggu akan ada abang J&T atau Poslaju menghantar parcel Humaira ke rumah, tetapi hari ini tak ada pula Humaira tinggalkan apa-apa pesan seperti sebelumnya. Amsyar pula jarang membeli, andainya dia membeli sekali pun, sudah tentu barang dikirim ke alamat rumahnya sendiri. Haidar? Cucunya sorang tu, nak membeli pun tak ada duit.

"Tak rasanya, kenapa abang?" yakin Hifza. Air muka suaminya yang berubah itu mengundang tanda tanya. "Kenapa abang?"

Lantas Abbas menunjuk pagar rumah."Awak tengok tu." Sontak Hifza menoleh ke pagar rumah.

Di luar pagar rumah mereka, kelihatan susuk tubuh seseorang sedang berdiri. Dek terlindung dengan jeriji pagar, wajah itu tidak dapat dikenal pasti. Hanya terlihat sipi-sipi sahaja. Yang pasti dia di luar sana ialah seorang lelaki.

"Dari tadi saya tengok dia dekat luar, sampai sekarang dia berdiri depan pagar rumah kita. Mula-mula saya ingatkan posmen tapi bila saya perati lama-lama dia makin aneh."

Hifza berkerut. "Aneh?"

"Aneh lah. Mana ada orang usha rumah orang lama-lama. Gila ke apa?" rungut Abbas. Makin lama dia perhatikan makin geram pula.

"Entah-entah perompak tak?" sampukan Hifza mendapat satu jelingan tajam dari Abbas.

Laju Abbas menjentik dahi isterinya. "Hish mulut awak tu jangan celupar sangat." Cabul betul mulut si isteri, dia bukan main berhusnuzon, si isteri pula cakap main lepas.

Hifza tayang giginya, dahi yang merah diusap. Bukan biasa-biasa jentikan Abbas, boleh bergegar otaknya. Nasib dah terbiasa, jika tidak boleh jadi perang dunia ke-3.

"Kawan anak kita kot abang, cuba abang pergi tegur."

"Kalau bukan?"

"Halau lah!" perintah Hifza tegas, dia menolak Abbas ke muka pintu. Menyuruh Abbas selesaikan teka-teki mereka segera. Dari intai lebih baik bersemuka, mana tahu ada seseorang ingin berjumpa dengan salah seorang penghuni rumah ini.

Abbas sarungkan selipar. Ingin berdepan dengan tetamu misteri mereka seperti yang disarankan oleh Hifza.

"Kalau lepas 10 minit saya tak datang semula, awak call polis," pesan  dititipkan.

"Awak bukan nak pergi berperang," acuh Hifza. Berdrama pula suaminya. Nak pergi sergah orang depan pagar je pun bukannya nak ke medan perang.

Hifza tinggalkan pintu rumah yang sengaja dibiarkan terbuka setelah Abbas mula melangkah ke pagar. Haidar yang sedang bermain seorang diri di ruang televisyen didekati, jaga cucu lagi bagus dari melayan Abbas. Tetapi, baru sahaja punggung Hifza mencecah lantai, jerkahan Abbas menyentaknya.

[C] DAIYAN HUMAIRATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang