31| Day 3: Cinta Mati

660 32 2
                                    

"Cincin yang tersarung pada jari tak dapat menipu perasaan kita."- Daiyan
***

Humaira membuang pandang ke luar jendela, mengagumi bangunan-bangunan tinggi yang pesat menumbuh di sekitar kawasan Klang Valley.
Bangunan-bangunan itu seakan saling bersaing dan mahu menjadi yang paling tinggi, dengan tujuan mereka akan dikagumi dan akan dikenang oleh sesiapa yang melihat.

Akan dikenang.
Humaira mengulang di dalam hati. Tanpa diminta satu persatu memori yang berlalu menyinggah.

"Minggu depan aku akan pergi tinggalkan Haidar lagi dan mungkin selepas itu Haidar akan perlahan-lahan lupakan aku."

Daiyan ingin dikenang.

"Tapi tak apa, sebab dia lagi sayangkan papa dari babah. Papa is most precious than Babah."

Daiyan ingin dikagumi.

"Aku bapak gagal dan tak guna."

Dan Humaira patahkan sayap Daiyan untuk terus terbang menuju tujuannya.

"Humaira terimalah segala usaha Daiyan dengan baik dan jika tak sudi, tolaklah dengan cara yang baik."

Humaira menarik dirinya yang lemas dalam lautan fikiran. Membawa kembali jiwa tersesat ke dalam raga yang berada dalam kenderaan yang melaju.

Dia menoleh ke tempat duduk belakang, Haidar kelihatan tertidur pulas sambil memeluk mainan yang dibeli oleh Daiyan tadi.

"I am only a father who never knew the existence of my child."

Tanpa dipinta, Humaira dilanda sebak. Selama ini, Humaira ingatkan Haidar tak memerlukan Daiyan dalam hidupnya kerana sudah ada Abbas dan Amsyar yang senantiasa memastikan Haidar mendapatkan perhatian dari seorang insan bergelar ayah.

Selama ini Humaira ingatkan tanpa adanya Daiyan, Humaira boleh menjadi ibu dan ayah buat Haidar dan mengenyangkan Haidar dengan kasih yang dia limpahkan sepenuhnya.

Rupanya Humaira khilaf.

Haidar tetap dahagakan kasih seorang ayah.

Kehadiran Abbas dan Amsyar hanya sebagai tempat teduh untuk Haidar menunggu kedatangan Daiyan.

Tak perlu Humaira sangkal, dia sudah jelas dengan perilaku Haidar semasa berada dekat dengan Daiyan. Anaknya tersenyum memanjang, gembira tak terkata dan sungguh menyayangi Daiyan walaupun mereka berdua baru sahaja bertemu.

"Bapak yang tak tahu apa-apa pasal anak dia."

Humaira kembali menoleh ke hadapan.

"Kamu dan dia sama-sama terluka."

Cincin bertahtakan permata biru itu diusap sambil menahan gelojak rasa segan. Humaira seakan mahu menyorok di ruang kecil yang tak dapat dilihat oleh Daiyan, kerana tanpa sengaja dia menyarungkan lagi cincin yang menjadi saksi cinta mereka.

Kadang-kadang Humaira keliru. Dia masih cintakan Daiyan atau dia sudah melepaskan Daiyan pergi.

Humaira sendiri tak mengerti dengan dirinya, tikala Daiyan jauh dia rasa sangat rindu akan lelaki itu. Dunianya bagai tiada erti dan kosong selama 4 tahun kebelakangan. Bukan Humaira tak cuba mencari keberadaan Daiyan, dah sudah mencuba tetapi Daiyan hilang tanpa jejak dan Humaira menyerah.

Bila Daiyan kembali, rasa rindu itu seakan layu. Tak mengembang dan memutikkan rasa cinta yang telah lama dia pendam. Daiyan yang cuba mendekat buatkan Humaira ingin menjauh.

Dia mahu lari dari Daiyan. Menutup pintu hatinya dan melangkah pergi seperti yang Daiyan lakukan dahulu.

Atau sebenarnya Humaira kecewa? Kecewa kerana setelah 4 tahun, Daiyan baru datang kembali? Setelah Humaira melepasi waktu kritisnya, Daiyan tanpa rasa bersalah datang bersemuka dengannya.

[C] DAIYAN HUMAIRAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant