28| Day 3: Demi Haidar

552 29 0
                                    


Tabir ditarik, menjemput cahaya semula jadi masuk ke dalam bilik yang malap. Membawa sebuah semangat baharu kepada sang pemilik bilik yang masih lagi bergulung di dalam selimut tebal yang sedang mengisi hari minggu dengan tidur hingga mentari mencacak di atas kepala.

Hifza mendekati katil bersaiz Queen itu, menarik selimut sekuat tenaga dan melemparkan ke bawah katil.

Humaira berguling-guling tidak selesa, sebelum dengan gerakan yang teramat perlahan ia membuka pancaindera kecoklatannya itu.

"Bangun Humaira, Haidar pun dah bangun lagi awal dari kamu. Tak malu ke?" bebel Hifza. Ditepuk-tepuk lengan Humaira.

Humaira menguap luas lalu mengerling jam digital yang tersangkut di dinding. Satu hembusan nafas yang agak panjang terhasil.

"Awal lagi umi. Baru pukul 1130. Pukul 1 nanti gerak lah," kata Humaira.

Ia menelekupkan tubuhnya ke atas katil, memerlukan rehat yang cukup. Beberapa hari lepas tidur Humaira terganggu, jadi peluang hujung minggu ini akan dia guna sebaik mungkin.

Pap!

Satu tamparan lembut dihadiahkan di pinggang Humaira. "Tak ada. Bangun cepat, Daiyan dah tunggu dekat bawah tu."

"Biarlah dia dekat bawah, tak ada kena mengena dengan Humaira pun," gumam Humaira. Masih lagi mencari posisi yang sempurna untuk menyambung tidur.

Lantak lah siapa pun nak datang. Humaira tak peduli. Dia penat dan perlukan rehat. Full stop.

"Dia nak ajak kamu keluar-"

Tak sempat Hifza menyudahkan ayatnya, satu jeritan nyaring nan panjang mencelah. Haidar berlari memasuki bilik ibunya bersama cengiran panjang sebelum terbeliak. "Ibu!"

Humaira menoleh, dengan mamai terasa katilnya bergoyang-goyang hebat.

"Ibu tak siap lagi?" soal Haidar. Haidar berdiri di atas katil sambil mencekak pinggang.

Humaira pandang anaknya yang sudah bersiap lengkap dan bersedia untuk keluar. Satu kerutan terhasil di dahi mulusnya. Nak ke mana pula si cilik ni?

"Ibu cepat mandi. Babah dah tunggu," arah Haidar dia menarik lengan Humaira, memaksa ibu bangun.

"Pergi mana?" Hairan Humaira. Rasanya dia tak ada pula kata nak keluar.

"Mall with babah."

Humaira melirik Hifza, meminta penjelasan namun Hifza sengaja merewangkan pandangannya ke sekitar bilik Humaira.

Sekali lagi Humaira mengeluh, tanpa berfikir panjang Humaira berikan kata putus. "Ibu tak pergi sayang."

Humaira terlalu malas untuk keluar, tambahan lagi nak keluar dengan bekas suami. Rasa berat sangat.

Haidar mencebik. Punah harapan. Dia memandang sang ibu dengan mata berkaca-kaca. Baru sahaja tadi, dia teruja bila si babah mengajaknya keluar ke mall. Saking gembiranya dia terus mandi dan menyuruh neneknya menyiapkan dia.

Tapi sekarang dia dikecewakan dengan balasan sang ibu.

Haidar nak keluar dengan ibu dan babah!

"Ibu jom la." Haidar mencuba, berharap si ibu mengubah fikiran.

Humaira bangun dari baringnya lalu menyandar pada kepala katil. Haidar yang sudah merajuk itu membuatkan Humaira gundah.

"Pergi lah Humaira, kesian dekat Haidar," sampuk Hifza, tak tergamak melihat cucunya yang hampir kecewa itu.

"Tapi umi Humaira tak selesa lah nak keluar dengan Daiyan. Humaira rasa janggal," adunya. Humaira mengharap Hifza akan mengerti dan memberitahu Daiyan yang dia tak boleh turut serta.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now