36| Day 7: Keputusan Humaira

653 34 12
                                    

"Forget the billions, I only see you. You are my everything, the only one who gives meaning to my every breath." - Daiyan.

***

"Kirim salam dekat mak dan Nek Su. Abang mintak maaf tak boleh hantar hang balik sana," titip Daiyan kepada Niyaz yang sedang menyalaminya.

Selepas Asar mereka terus bergegas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ingin menghantar Niyaz yang akan pulang ke Alor Setar.

"Yang tu ja?" soal Niyaz dan masih menempelkan punggung tangan Daiyan di dahinya.

"Abang minta maaf sebab susahkan hang," sambung Daiyan.

Niyaz masih tak melepaskan. "Lagi?"

"Abang minta maaf sebab abang, hang jadi mangsa." Dengan tulus, Daiyan pohon kemaafan dari Niyaz. Kalau dipikir-pikirkan, Niyaz banyak terseksa selama dia bawa remaja itu ke sini. Rancangan untuk berjalan-jalan dengan Niyaz dan healing bersama terkandas bila dia sibuk dengan acara memikat Humaira dan Niyaz yang mental diganggu jin sihir.

"Lagi?" Niyaz tak puas hati, bukan kemaafan yang dia nak dengar.

Daiyan mengeluh. Makin lama makin geram dengan Niyaz. Dah tak ada rasa bersalah melainkan terpaksa. "Abang minta ..."

Niyaz lepaskan tangan Daiyan lalu mencekak pinggang. "Haish bosan la duk minta maaf ja dari tadi." Niyaz berdecit disertai riak jengkel, meluat dia dengar ucapan maaf dari Daiyan dari tadi.

Daiyan pula silangkan tangan ke dada. "Habistu hang nak apa sekarang ni?" Pening dibuatnya dengan pe'el si Niyaz ni. Apa yang si kecil mahukan pun dia tak tahu.

Niyaz tersengih.

Dia hampiri Daiyan lalu berdiri tepat di tepi bahu Daiyan. Dia yang hanya separas bahu Daiyan terpaksa berjengket untuk berbisik di cuping lelaki itu. "Abang tak lupakan janji kita haritu? Saya nak abang tunaikan dan... saya nak makan nasi minyak abang dengan Kak Humaira."

Daiyan menghadap Niyaz, bahu Niyaz ditepuk. "Insya Allah kalau jadi abang jemput. Hang doalah Kak Humaira nak kahwin dengan abang." Bibir Daiyan tersungging. "Pasal janji tu abang tak lupa, nanti abang tunaikan."

Niyaz naikkan jempol tanda berpuas hati. Kemudian, dia meraih tubuh Daiyan, memeluk buat kali terakhir. Sayu pula rasa nak berpisah dengan Daiyan, bersama dengan Daiyan sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya pada si abang sulung yang jauh diperantau. Dan perpisahan ini, akan buatkan Niyaz kembali menjadi anak tunggal di kampung nanti.

Pelukan antara Niyaz dan Daiyan terlerai.

Niyaz melangkah pula ke Khafi yang santai berdiri tak jauh dari mereka.

Khafi seolah tak ada perasaan. Riaknya kosong dan hanya melamun jauh hinggakan Niyaz yang merentangkan tangan di depannya diacuhkan.

"Angah tak nak peluk adik ka? Adik nak balik dah ni."

Pak!

Bukan menerima pelukan hangat malah Khafi menyakiti Niyaz pula dengan tepukan kelajuan sedang yang mengenai kepala Niyaz, diikuti oleh telapak tangan Khafi yang melekat erat di kepala Niyaz.

"Apa angah ni." Niyaz tolak tangan Khafi tapi Khafi eratkan cekalan.

Khafi mendekatkan mukanya ke muka Niyaz. Ingin mengamati Niyaz lebih dekat. "Siapa kau?"

Aneh.

Tak ada yang pelik dan tiada aura mistik dari Niyaz. Tapi kenapa Niyaz tiba-tiba bahasakan dirinya, adik, setelah sekian lama?

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now