33| Mengakhiri gangguan

814 35 6
                                    

"Kau tak mahu tahu, siapa yang hantar aku untuk musnahkan kau?"
****

Daiyan semakin menekuk ke lantai. Tangan yang bergementar menekan kepala yang terasa ingin meledak. Dunianya terasa berputar, bagaikan seseorang sedang mengoncang kepalanya hebat.

Alunan merdu petikan ayat Surah Yunus yang dibacakan oleh Abbas tenggelam timbul dengan bunyi bingit dan bising yang entah dari mana. Seakan rumah Abbas ada keramaian, riuh-rendah.

Keringat bertengek di pelipis dahi dan mencurah turun ke sekitar wajah tampannya. Daiyan sedikit panik tikala telinganya tidak lagi menangkap butir bacaan Abbas, sistem pendengaran yang tadi berfungsi dengan baik, perlahan-lahan menjadi tuli dan melenyapkan semua bunyi di sekitarnya.

Dunia Daiyan bertukar bisu.

Tiba-tiba punggungnya yang berlabuh selesa di permaidani berbulu, terasa dingin. Telapak tangan yang menahan tubuh di permaidani juga terasa seperti berpasir.

Dengan gerakan perlahan, Daiyan mendongak. Abbas yang berada di belakang sudah lenyap begitu juga Niyaz dan Amsyar.

Kepalanya teroleng, melihat ruang rehat yang ditempatinya berubah. Dia bukan lagi berada di dalam rumah Abbas tetapi seakan-akan dibawa ke dalam satu dimensi berbeza.

Mengurungnya sendirian tanpa ada sesiapa di situ.

Bau tanah lembap dan hanyir darah bersatu dan merewang di udara, awan berarak perlahan dan menutupi cahaya mentari dan yang tinggal hanya sisa-sisa cahaya oren yang makin gelap.

"Daiyan." Suara itu mengegarkan dunia ilusi tersebut. Diselangi dengan bunyi rantai besi terseret pada permukaan tanah, seakan memberi tahu seluruh alam bahwa dia telah tiba.

Kalimah-kalimah suci yang disebut di dalam hati tak mampu dilanjutkan lagi. Jantungnya seakan terhenti apabila terpandangkan sebuah pemandangan yang tidak pernah ia bayangkan sebelumnya.

Di hujung sana, satu makhluk hitam besar setinggi 7 kaki, bermata merah darah yang bersinar tajam, mempunyai tanduk seakan tanduk kerbau dan kaki yang terikat dengan rantai besi itu melangkah megah.  Dia tersenyum menyeringai, seolah senang yang akhirnya dia dan Daiyan bisa bertemu secara depan.

Tanpa berkata, makhluk itu mengangkat satu tangannya ke hadapan.

Sontak Daiyan menekup telinganya,satu bacaan asing seolah-olah mantra serapah kuno yang tak dapat dia fahami dan melodi seruling aneh menujah-nujah gegendang telinga secara paksa.

"Mati!" Dia mencengkam angin.

Daiyan terbelalak, lehernya seakan dicekik dan tubuhnya terangkat ke udara.

"Allah." Daiyan meronta-ronta berusaha melepaskan diri dari sesuatu yang tak terlihat.

"'Mati sono!"

"Arghh!"

Tak cukup dia sengsara kerana tak cukup nafas, tubuhnya pula terasa bagai dibelit dengan dawai besi yang panas dan membakar seluruh tubuhnya.

"Mati kau! Mati kau malam ini!" Bagaikan kaset rosak. Dua kata jahanam itu diulang-ulang dan diselangi dengan tawa besar dari si dia.

"Ampunkan aku Ya Allah." Hanya itu sahaja yang mampu Daiyan ucapkan. Matanya sudah berpinar-pinar, tubuhnya semakin lemas. Daiyan tak mampu lagi melakukan apa-apa. Hanya pasrah dan menunggu malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.

Saat dia redha dengan pengakhirannya.

Tiba-tiba angin berpusar mengelilingi mereka. Dan menelan si makhluk tersebut, dawai yang membelit Daiyan terputus dan Daiyan terjelupuk ke bawah.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now