19 | Jin Cinta

827 35 0
                                    

"Cuba angah scan. Kot-kot ada jin cinta dalam badan bang Daiyan." – Niyaz.

***

Daiyan tersengih-sengih. Selesai menunaikan yang wajib, Daiyan merebahkan badan di ruang tamu bersama talefon pintarnya. Telatah dua beradik yang sedang menonton talevisyen sedikit pun tidak menganggu. Dia tenggelam dalam penceritaan.

Di hujung talian, ada si ibu yang rancak membaca pesanan whatsapp yang panjang berjela dari Daiyan. Daiyan menceritakan segalanya kepada ibu. Reunion kecil bersama Amy, pertemuan antara dia dan Humaira, yang paling tak sangka dia dah pegang title  ayah kepada bidadara kecil, Haidar.

Terkekeh-kekeh Daiyan membaca balasan ibu. Indah dunia, bodohnya dia membawa rajuk. Humaira masih lagi mencintainya. Macam mana dia tahu? Humaira sendiri yang memberitahu. Cincin kahwin mereka masih lagi tersarung di jari Humaira, membuktikan dia masih lagi mempunyai peluang untuk untuk merebut Humaira, kembali membina mahligai cinta.

Mereka serupa masih belum move on.

Cuma satu sahaja yang menggangu Daiyan, mengusutkan fikiran. Dan itu hanya Daiyan saja yang tahu, dia tidak mahu memberitahu ibunya lagi.  Alasan dia dan Humaira berpisah belum cukup kukuh bagi Daiyan, Humaira berkias dan dia perlu mengorek lebih detail.

"Balik ke rumah Umi. Dekat situ kau akan dapat jawapan kepada persoalan kau selama ini."

Mahu atau tidak dia mesti ke rumah umi. Tapi sebelum itu, Daiyan ingin berjumpa Amsyar terlebih dahulu dan menyelesaikan salah faham di antara mereka.

"Jangan ke mana-mana, kami akan kembali selepas ini."

Daiyan yang masih lagi kuak lentang menambahkan tanda tanya dua beradik yang sedang menonton rancangan hiburan. Daiyan masih tidak menghiraukan mereka berdua. Namun, kata-kata sumbang dua saudara tu kadang-kadang menyapa telinga.

"Bang Daiyan kenapa?" Khafi, Abang Kedua Niyaz bersuara setelah rancangan yang ditonton mereka direhatkan seketika, iklan yang terpampang tak menarik untuk dilihat berbanding Daiyan yang seakan orang dilamun cinta.

Kekehan Daiyan kadang-kadang menampar cuping telinga Khafi, hinggakan Khafi tak kekal diam. Dia ingin mengetahui apa yang Daiyan lihat dari layar talefon.

"Tak tau la, lepas jumpa Kak Humaira jadi macam tu." Niyaz angkat bahu, tak tahu menahu pasal Daiyan yang berubah dari galau ke girang. Mungkin abang sepupu malang itu dah berjumpa dengan cahaya kebahagian setelah berjumpa Humaira.

Atau cahaya kegelapan, itu yang sewel.

Niyaz tenung belakang Daiyan, risau bertandang.

"Kena sampuk kot," beritahu Niyaz was-was.

Mungkin Daiyan disampuk jin. Mustahil Daiyan si galau bertukar ceria sekelip mata. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tadi pun Daiyan mendiamkan diri, ketika Niyaz mengambil alih memandu kereta, Daiyan pula jauh termenung. Mesti ada sesuatu tak kena yang dah racun pikiran Daiyan sampai happy terlajak!

"Cuba angah scan. Kot-kot ada jin cinta dalam badan bang Daiyan." suruh Niyaz. Takut keadaan Daiyan bertambah parah.

Sudahlah malam ni dia tidur dengan Daiyan, buat Daiyan betul-betul terkena? Mampus dia atas katil nanti. Tambah lagi, firasat dia buruk, Daiyan mungkin disampuk Jin Cinta semasa mereka melalui jalan Karak.

Khafi mengambil nafas dalam-dalam lalu menghembus. Adiknya bab mengarut nombor satu. Namun begitu, dia turutkan arahan Niyaz, andai apa yang Niyaz cakapkan itu benar.

Khafi cuba fokus, dia menilik segenap inci tubuh Daiyan yang sedang meniarap. Tiada apa-apa yang pelik, Daiyan bersih dari aura ghaib lalu Khafi berkalih pula kepada Niyaz.

[C] DAIYAN HUMAIRAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz