20 | Peringatan Musuh

826 37 9
                                    

"Aku bukan makhluk hina! Kekuatan ku melebihi mu, manusia lemah! Ingatlah Daiyan, amaran ku bukan main-main. Kau dan Humaira tak akan dapat bersatu!"- 'Niyaz'

***

"kau dan Humaira kena sihir"

Nafas Daiyan tersekat. Kenyataan apakah ini. "Sihir?"

"Sihir tu untuk kau, tapi Humaira yang terkena."

Terduduk Daiyan. Satu jawapan yang tak pernah dijangka.

"Aku tak tipu," beritahu Amsyar. Sorotan mata Daiyan itu seakan tidak percaya dengan omongannya.

Buat apa Amsyar menipu? Tak beri apa-apa manfaat pun baginya. Daiyan yang tidak percaya itu ditatap.

Mereka berdua sedang berlepak di halaman rumah Amsyar. Terperanjat Amsyar bila Daiyan menanti kepulangannya di pagar rumah. Disangka Daiyan sudah menghilang dan tak akan muncul kembali.

Daiyan muncul meminta maaf atas tuduhan melulu kepadanya. Tamat sketsa-sketsa kecil persahabatan, mereka kembali berteman semula. Daiyan kata tak sanggup tunggu di akhirat untuk menerima huluran tangan Amsyar. Persahabatan terlerai, bercantum semula.

Bersantai, mengambit memori lama sebelum Daiyan tiba-tiba mengasak Amsyar tentang rahsia yang disimpan Humaira. Tertekan dengan soalan yang tak henti-henti ditanya. Amsyar membuka mulut, menceritakan kisah yang mereka sekeluarga alami dalam jangka masa 4 tahun yang lalu.

Dan sekarang, Daiyan meragui ceritanya pula.

"Siapa? Siapa yang hantar?"

"Aku tak tahu." Bahu Amsyar mengendur. Mereka tak pernah tahu gerangan manusia yang sanggup mensyrikkan Allah demi kepuasan nafsu.

Daiyan bersandar lemah pada kerusi kayu yang diduduki. Akhirnya Allah menjawab doanya, tapi kebenaran yang diterima benar-benar berat.

Dia tak pernah menyangka punca penceraian mereka kerana gangguan ghaib, tak pernah tertulis dalam kamus kehidupan. Kenapa perlu serang secara batin kalau boleh secara fizikal?

Datang dan bersemukalah dengannya seandainya ada masalah. Kenapa mesti Humaira yang perlu tanggung semua ini, kenapa bukan dia saja?

Daiyan menampung kepala dengan tangan, sakit kepala menyerang. Rumit betul, kisah mereka macam drama.

"4 tahun yang lalu, Humaira balik ke rumah ayah dan umi dalam keadaan tak terurus. Humaira berkurung dalam bilik tak keluar hampir 2 minggu. Umi dan ayah risau dan suruh aku balik."

Amsyar bersuara, bersedia menceritakan kisah yang disimpan rapi.

"Puas kitaorang pujuk Humaira, suruh ceritakan apa yang terjadi tapi dia tak mahu. Dia simpan semuanya sendiri, sampailah satu hari Humaira nangis-nangis, tak tahan tanggung sakitnya dan dia minta ayah carikan perawat."

Amsyar menjeda lalu mengerling Daiyan yang kini tekun mendengar kisah yang disampaikan.

"Bermula dari situ, hampir 4 bulan kami bawa Humaira berubat dari satu perawat ke satu perawat yang lain, keadaan Humaira makin parah hinggalah kami jumpa sorang perawat ni, Alhamdulilah Humaira beransur sembuh."

"Alhamdulilah." Terlafaz kata syukur dari Daiyan sekaligus menghentikan penceritaan Amsyar.

"Sambunglah," pinta Daiyan. Tersedar yang dia telah mencelah Amsyar.

"Masa berubat dengan perawat yang terakhir, baru kami tahu yang Humaira sebenar tengah mengandung. Itu pun jin yang rasuk Humaira beritahu. Esoknya kami bawa Humaira pergi check up. Betul Humaira mengandung, usia kandungannya 9 minggu."

[C] DAIYAN HUMAIRAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt