00

2.4K 74 0
                                    

"Cerita hidup kita tetap berlangsung tetapi kisah Humaira dan abang biarlah terhenti di sini."

***

Kaki menginjak pedal brek kuat, kereta yang laju bergerak dipaksa berhenti mengejut hinggakan kereta tersentak dan meninggalkan kesan tayar pada jalan.

Jika bukan kerana kawalan stereng yang baik mungkin saja kereta berpusing di tengah jalan dan terbabas.

Sebaik sahaja kereta berhenti sepenuhnya, dalam keadaan tergesa-gesa Daiyan membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Kereta yang masih lagi hidup ditinggalkan begitu sahaja.

Daiyan mendekati pagar rumah. Kalut dia membuka pintu pagar utama, bunyi besi pagar dan gugusan kunci yang menyakitkan telinga menambahkan lagi kegusaran di hatinya.

Daiyan melangkah luas sambil mengerling kereta Humaira yang terpakir di garaj kereta dari hujung mata. Setiba di pintu masuk rumah, Daiyan memasukkan kunci ke tombol pintu dan dipusingkan.

"Humaira! Humaira! Humaira sayang,"  Daiyan melaung. Kasut dibuka dan dia masuk ke dalam rumah.

Satu persatu ruangan di tingkat bawah dia tuju, tetapi  Humaira tidak dijumpai.

"Humaira abang datang ni, Sayang dekat mana?"

Pintu surau dia buka, sosok Humaira yang selalu berada di situ sambil menantinya, tiada.

Daiyan menaiki anak tangga. Dilangkau dua anak tangga sekali naik, tangan kejap memengang rail, takut seandainya kaki silap melangkah.

"Humaira dalam bilik ya?"

Bilik tidur mereka Daiyan hampiri, pintu bilik diketuk terlebih dahulu sebelum masuk.

Mengucap Daiyan melihat keadaan bilik berantakan. Cadar terkeluar dari tilam, bantal bertaburan di atas lantai. Buku-buku di rak tepi katil jatuh di karpet.

"Sayang."

Daiyan tergamam melihat Humaira yang terduduk di tepi rak lampu. Mata isterinya sembab, tubuh kecil Humaira mengigil.

"Ya Allah isteriku."

Daiyan melutut di hadapan Humaira, perlahan-lahan Daiyan menyentuh kedua-dua bahu Humaira. Hatinya bagai dihiris melihat isteri yang dicintai seperti ini.

"Saya dah tak tahan Daiyan."

Humaira membuka mata, sosok tubuh Daiyan yang menyapa pandangan membuatkan Humaira kian sebak. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangisan.

"Sayang abang kenapa? Sakit ke?" soal Daiyan panik, tangan naik menyentuh pipi Humiara, air mata Humaira yang mengalir diusap lembut lalu tubuh kecil Humaira dibawa ke dalam pelukan.

"Ceraikan saya Daiyan"

"Apa yang..."

"Saya dah tak sanggup hidup bersama awak lagi!" nada Humaira meninggi, tubuh Daiyan ditolak. Namun Daiyan tidak mengendahkan, dia hanya membiarkan Humaira meronta-ronta dalam pelukan.

"Sayang..."

"Saya dah tak sanggup lagi Daiyan, Saya tak sanggup nak tahan sakit ini."

Daiyan memejam mata, kata-kata Humaira menusuk hatinya. Tetapi wajahnya cuba mempamerkan riak tenang. Tangan mengelus rambut Humaira lembut, cuba menenangkan Humaira yang dibaluti emosi.

"Abang ada Humaira, kita rawat sakit awak sama-sama ya," lembut nada Daiyan memujuk. Daiyan menolak Humaira ke belakang sedikit, ingin melihat wajah Humaira jelas.

Humaira mengalih pandang, mengelak dari bertentang mata dengan Daiyan, dia memilih untuk menekur ke lantai. Melihat Daiyan yang tenang buatkan Humaira bersalah tetapi diri ini tidak mampu lagi menghadapi ujian, mungkin perpisahan jalan yang terbaik untuk mereka.

"Lepaskan saya Mohd Daiyan, Kisah cinta kita hanya setakat ini."

"Tidak sayang, abang tak akan lepaskan awak. Kisah cinta kita akan tetap diteruskan," balas Daiyan. kini air muka Daiyan berubah serius. Matanya tajam menikam anak mata Humaira.

"Awak tak nak saya bahagia ke Daiyan?"

"Abang nak sayang, kebahagiaan awak segalanya bagi abang."

Satu kucupan singgah di dahi Humaira, tanda kasihnya pada Humaira yang tidak pernah pudar, pegangan pada pinggang humaira, Daiyan eratkan.

"Jika kebahagian Humaira segalanya, Izinkan Humaira pergi dulu."

Humaira membenamkan muka di dada Daiyan. Air matanya kembali mengalir. Sungguh kisah cinta mereka tidak seperti novel yang selalu dibacanya. Kenapa mereka tidak boleh bahagia seperti yang lain?

"Cerita hidup kita tetap berlangsung tetapi kisah Humaira dan abang biarlah terhenti di sini."

Daiyan tidak lagi membalas. Dagunya direhatkan atas kepala Humaira, sisi kuat Daiyan kian memudar, dirinya sudah rapuh. Kolam matanya bertakung dan tanpa Daiyan sedar titisan air mata turun ke pipi.

"Mencintai Humaira merupakan hal yang terbaik abang pernah ada, Humaira bidadari abang. Hanya Humaira dalam hati abang, melepaskan Humaira bukan hal yang mudah bagi seorang Mohd Daiyan,"

Daiyan jeda. Dia mendongak memandang kipas yang berputar di siling, cuba mengambil kekuatan untuk meneruskan tutur katanya.

"Abang sayang Humaira dan sebab terlalu sayang,  abang tak nak Humaira nangis pasal abang lagi."

Daiyan menarik dagu Humaira, perlahan dia mengucup kedua-dua kelopak mata Humaira. Kemudian bibirnya berlabuh di dahi Humaira dan dibiarkan beberapa saat di situ, mungkin ini kucupan terakhir Daiyan kepada sang isteri yang dicintai separuh mati.

Daiyan kembali menatap Humaira, senyuman ringkas dipamerkan menutupi rasa sakit.

"Kalau perpisahan ini jalan yang terbaik, kalau ini yang boleh buatkan sayang abang gembira dan kalau itu yang Humaira nak... Aku Mohd Daiyan melepaskan..."

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now