04 | Foto

1K 47 0
                                    

Humaira cinta matiku. - Daiyan

***

"A-alātu khayru min an-naūm..."

Azan subuh mengetuk halus gegendang telinga Daiyan. Dia terpisat-pisat terjaga dari tidur dan dalam keadaan mamai dia mengumam perlahan, menjawab seruan azan. "Sodaqta wa bararta."

Mata yang kuyu kembali tertutup rapat, suara merdu muazzin seolah-olah menarik kelopak matanya agar kembali tutup.

"Sorry ibu."

Wajah Sakinah terbayang, kalau Sakinah nampak keadaannya yang masih lagi terbongkang atas katil seperti sekarang mungkin telinganya dah hilang sebelah kerana dipiat oleh jejari ketam Sakinah, itu belum campur pakej ceramah agama dari Ibrahim mahu pecah gengendang telinga menahan leteran Ibrahim.

Rasa bersalah kepada kedua ibu bapanya hanyalah seketika. Dia tak mampu menahan godaan dan kembali berdengkur. Bukan salah setan menghasut tetapi badannya terlalu lesu dan tak larat untuk bangun. Semua kerana kejadian semalam.

Semalam, selepas tragedi hampir lemas di tasik yang cetek dan reunion mengejut dengan Amsyar. Amsyar mempelawa tempat bermalam sebagai permohonan maaf kerana Haidar telah menyusahkannya.

Kata Amsyar, dia tak sampai hati membiarkan dia pulang dengan keadaan basah kuyup. Dan baginya itu jackpot kerana dia tak perlu memandu jauh ke hotel yang ditempah, dengan senang hati tawaran Amsyar diterima.

"Hmmmm," Daiyan mengomel.

Detingan loceng yang tergantung di tombol pintu mengejutkannya. Seseorang masuk ke kamar.

Katilnya bergoyang-goyang. Suara dengusan seakan tak puas hati menarik minatnya untuk melihat. Kepala dalam timbusan comforter dikeluarkan.

"Ugh, ugh!"

kerkebil-kebil dia melihat separuh badan Haidar tergantung di sisi katil, sebelah kaki berseluar kuning seakan memeluk katil dan tangan kecil menggenggam cadar. Haidar seakan sedang berusaha untuk naik ke katil. Daiyan hanya memerhati tiada niat untuk membantu.

Haidar yang berjaya menaiki katil merangkak ke arah Daiyan.

"Uncle, papa suruh pray."

Daiyan berpura-pura tidur. Sengaja mahu mengusik si kecil itu.

"Uncle bangun!"

Daiyan mengeraskan tubuh, menyukarkan Haidar yang kini sedang menolaknya. Kelopak mata dibuka separuh ingin melihat Haidar. Kesungguhan Haidar buatkan Daiyan terharu, tanpa sedar Haidar telah mengambil satu tempat kecil di hatinya.

"Uncle degil!" Haidar merungut, geram dengan sikap Daiyan. Pipinya dikembungkan dan pinggang dicekak. Memikir cara bagaimana ingin mengejutkan Daiyan.

Perasaan Daiyan malah sebaliknya, dia suka melihat telatah Haidar. Lucu banget!

"Uncle!"

Daiyan melembikkan tangannya yang ditarik oleh Haidar. Bibir Daiyan terangkat, memperlekehkan usaha Haidar yang cuba membangunkan tubuhnya dari baring. Dia yang berjisim 60 kilogram cuba diangkat oleh budak kecil yang berkemungkinan satu per empat dari beratnya. Mustahil!

Baru sahaja Daiyan seronok mentertawakan usaha Haidar dalam hati tiba-tiba pegangan Haidar pada tangannya terlerai dan digantikkan dengan jeritan nyaring. "Papa tolong."

Selimut yang membaluti tubuh ditolak ke tepi. Dengan tangkas Daiyan menangkap Haidar yang hampir jatuh ke lantai.

Atmosfera dalam bilik itu berubah tegang. Tak dapat Daiyan bayangkan jika dia lambat sesaat mungkin Haidar jatuh ke lantai dan akan menjadi satu masalah besar.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now