09 |FB| Penculik Bersiri

717 34 0
                                    

"Encik nak culik saya ke? Saya tak ada duit. STPM pun tak habis lagi."- Humaira
***

Imbas kembali

Humaira berlari sepanjang koridor kelas. Kain yang tersingkap hingga ke betis dibiarkan, tiada sesiapa di sepanjang laluan. Rata-rata pelajar sudah pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan, hanya segelintir pelajar yang masih berkampung di perpustakaan dan sudut belajar, mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun tidak lama lagi.

Jam sudah menunjukkan angka 430 petang dan Humaira sudah terlewat setengah jam dari waktu yang dijanjikan!

Ini semua salah pengarah projek yang datang lambat hinggakan mereka terpaksa menunggu selama 30 minit sebelum memulakan mesyuarat. Dah kalau mula lambat, habis pun lambatlah.

Kalau masalah ini tak bersangkut paut dengan Humaira, Humaira tak kisah tapi bila melibatkan dirinya, dia kisah!

Tak pasal-pasal dia perlu berlari macam orang gila sekarang ni, mengejar masa.

Humaira menarik pintu kelas 6 Sains 2 yang tidak tertutup kemas. Nasib ketua kelasnya lupa mengunci pintu, kalau tidak dah jadi satu kerja nak kena masuk melalui tingkap yang berlubang.

Bagus juga ada ketua kelas tak guna. Dalam kekalutan sempat dia memuji sambil mengutuk ketua kelasnya.

Humaira meluru ke meja tulis yang bersepah dengan buku rujukan dan nota. Barang-barangnya tak sempat dikemas tadi, takut sangat kena marah dengan pengarah sebab terlewat.

Alih-alih hmmmm, Humaira malas nak komen.

Semua barang sekolah disumbat ke dalam beg sandang, tidak memperdulikan kekemasan yang selalu dititikberatkan. Setelah itu, zip ditarik menutup beg yang terngaga.

Siap mengalas, dia terkocoh-kocoh keluar dari kelas dan meluru ke tangga, jarak tangga jauh dari kelas memerlukan dia mengerah tenaga untuk berlari sekali lagi.

"Humaira, nak pergi makan tak?" sapa seseorang yang baru keluar dari kelas yang berada bersebelahan  tangga.

Sempat Humaira mengelak dari berlanggar dengan Mimi, tanpa melihat dia membalas. "Tak, Aku dah lambat."

Anak tangga dilangkah dua sekaligus dengan berhati-hati. Setiba di aras tanah, dia mempercepatkan gerak kakinya apabila terlihat kereta Viva putih sudah tersadai di luar pintu pagar sekolah.

Humaira mengigit bibir resah, takut seandainya dimarahi oleh si penunggu. Mood Amsyar kadang-kala turun naik. Tambah-tambah dia telah membuang masa berharga lelaki itu hampir 40 minit. Jadual abangnya tu dah la padat dengan kelas dan aktiviti persatuan kena pula ambil dia balik sekolah dan si adik pula tak tepati masa.

Memang mampuslah Humaira hari ni! Silap-silap Amsyar jual dia dekat kedai urut siam tepi sekolahnya ini.

Humaira usir pikiran negatif lalu gagang pintu dipegang. Bersama lafaz Bismillah dan menyiapkan mental untuk dimarahi, dia membuka pintu lalu cepat dia duduk di kerusi penumpang dan menutup semula pintu. Pantas pergerakkannya, hanya sesaat saja.

Senyap.

Amsyar di tempat pemandu tidak berbunyi. Hanya muzik kedengaran dari corong radio.
Kereta pula tidak bergerak, kekal pegun.

Humaira meraup muka, cuba mengawal pernafasan yang berterabur. Dari tadi dia berlari tanpa henti dan digasak dengan perasaan takut hinggakan dia perlu waktu menenangkan diri.

Setelah berjaya mengatur pernafasan, Humaira menghadap Amsyar yang masih diam.

Sepuluh jari disusun rapat bersama sengihan panjang sisi muka Amsyar dipandang tanpa lepas. "Maaf. Maaf. Maaf Amsyar. Humaira tahu Humaira salah, Humaira lambat. Maafkan Humaira ya, Humaira belanja abang makan okay."

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now