13 | Amarah Niyaz

771 29 4
                                    

"Jodoh memang ditentukan oleh Allah, tetapi kita juga ada kuasa untuk mengubahnya dengan doa. bukannya berserah bulat-bulat."" - Niyaz.
***

Masa kini

Hitam putih berlalu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu

Daiyan menggeliat perlahan sambil mengiringkan tubuhnya di atas pangkin kayu yang terletak di bawah pohon rambutan, tepat di laman hadapan kediaman Nek Su. Bersama-sama dengannya ialah cengkerik yang tidak henti berbunyi, seolah-olah mahluk kecil itu turut menemaninya yang keseorangan di luar rumah.

Dalam suasana malam sunyi bersahut dengan lagu yang dipasang, alam terasa hidup. Daiyan merenung dalam-dalam, mencari kunci persoalan yang masih gagal ditemui.

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia

Nafas dihela lemah, alam menjadi saksi atas perasaannya yang bercampur-aduk. Merenung kenangan manis yang tidak dapat diulang kembali, tersekat dalam mimpi ngeri yang tiada jalan keluar.

Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Disanjung oleh angan-angan. Dimusnahkan oleh kenyataan.

Daiyan remuk. Mencintai seseorang yang bukan tertulis untuknya amatlah perih. Bertahun menanggung rindu dan membawa diri yang perih, kembali ingin membetulkan keadaan dan dimusnahkan dengan takdir yang tidak memihak padanya.

"Kau tetap ada dalam jiwa," bait-bait lagu itu diulang.

Lirik yang mengambarkan keadaannya. Cintanya pada Humaira begitu kuat, tidak pernah berkurang sejak dia mula menyukai si gadis pipi merah. Humaira masih dihatinya dan tidak akan pudar, walaupun bekas isterinya itu sudah bergerak meninggalkan kisah silam mereka.

Dalam keasyikan melayan perasaan, Daiyan tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah suara yang garau dan seretan selipar di tanah.

"Bang buat apa?" tanya Niyaz yang berdiri di hujung kakinya.

Niyaz berdiri di hujung kaki Daiyan, jari sejuknya mencucuk telapak kaki Daiyan, ingin memastikan abang sepupunya yang sedang mengadap sawah padi yang gelap gelita itu masih lagi bernyawa.

"Hidup lagi ka?"

Daiyan tersentak, kakinya seakan-akan menyepak angin apabila rasa aneh menjalar naik dari kaki hingga kepala. Seketika dia merasakan kepalanya seakan-akan mengembang dan bulu-bulu halus di tubuhnya mencacak naik.

"Hampir mampus," datar Daiyan membalas.

Dia masih kekal dengan posisi begitu, cuba menenangkan diri dan tidak menghiraukan pangkin yang berkeriut-keriut bunyinya kerana dinaiki oleh Niyaz.

"Tepi sikit," perintah Niyaz, ditolaknya tubuh Daiyan agar memberikan sedikit ruang untuk dia berbaring.

Daiyan mendengus, tanpa rela mengesot ke depan.

Ruang di pangkin Nek Su punya lah besar hingga boleh menempatkan 4 atau 5 orang tapi si Niyaz sibuk nak baring rapat-rapat dengannya.

"Bang," Niyaz memanggil. Kepalanya mencari kedudukan selesa di lengan yang dijadikan sebagai alas kepala.

Tiada sahutan daripada Daiyan. Daiyan kembali larut dalam melodi lagu yang berputar.

Keadaan mereka umpama Malaikat lalu. Hening tanpa sebarang perbicaraan yang berlanjutan. Hanya lagu-lagu patah hati Daiyan yang mengisi kesunyian.

1

2

3

Tiga minit berlalu, masih lagi diam membisu.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now