30| Malam yang panjang

756 40 5
                                    


"Mata aku tak pernah menipu. Sekali lagi aku tanya, siapa kau?" - Khafi
***

"Heh dah keluar pi dating pun stress lagi ka?" tegur Niyaz.

Dia alihkan fokus dari siaran ulangan bola sepak yang ditonton. Daiyan yang baru pulang dengan muka masam timbulkan tanda tanya. Siang tadi segar-bugar wajah Daiyan sebab nak pergi dating dengan mantan tercinta, malam ni dah macam tercekik biji durian lagaknya, kelat semacam.

Lontaran soalan dari Niyaz bagai angin lintas buat Daiyan. Lelaki itu terus menonong ke bilik mereka tanpa mahu menoleh bahkan membalas teguran Niyaz.

Dum!

Bahu diangkat. Niyaz sambung kegiatannya semula. Kembali bersandar dan menyumbat kerepek pisang yang dia rembat dari dapur tanpa ambil peduli akan tindakan Daiyan yang menghempas pintu macam perempuan bad mood.

Dalam mengunyah kerepek yang entah milik siapa sesekali Niyaz merungut kesal.

Sebenarnya dia terlalu lapar dan berharap Daiyan membawa pulang makanan untuknya seperti beberapa hari yang lepas. Namun, emosi Daiyan tak terkendali itu terus meninggalkan angan. Nampaknya dia terpaksa menahan lapar lagi beberapa jam dan menunggu Khafi pulang pukul 11.30 nanti bersama bungkusan makanan.

Jam terus berputar, dari jarum panjang berhenti di angka 8 kini berada di angka 11.

Niyaz mulanya menonton kini ditonton oleh televisyen yang terpasang. Si remaja kebuluran itu sudah terlelap di atas sofa bersama balang kerepek yang sudah kosong sejam yang lepas.

Dum!

Bunyi dentuman pintu mengejutkan Niyaz. Terpisat-pisat dia terjaga dari lena, ruang rumah asalnya terang benderang sudah bertukar malap. Hanya cahaya buram dari dapur menerangi sebahagian ruang hadapan.

Dalam separa sedar Niyaz melirik ke pintu bilik yang terhempas.

Dan di sana ada Daiyan yang baru sahaja keluar dari bilik mereka.

"Bang Daiyan?" Seru Niyaz.

Dia masih mengumpul nyawa. Sedikit kesal dengan Daiyan yang main-main hempas pintu. Ini kalau ada Nek Su, silap hari bulan Daiyan dah kena banting ke dinding sebab tak reti tutup perlahan-lahan.

"Bang Daiyan?" panggil Niyaz sekali lagi.

Diam.

Daiyan tetap tidak menyahut.

Niyaz pelik. Dia memicingkan pandangannya, mencuba memerhati setiap gerakan Daiyan dengan lebih jelas. Ingin mengetahui apa yang Daiyan lakukan sampai langsung tak menyahut panggilannya.

Dah bisu gamaknya abang sepupunya itu.

Daiyan yang dilihat pula sedikit aneh. Lelaki itu seakan mengitari setiap ruang di rumah. Seolah-olah mencari sesuatu.

Melihat Daiyan sebegitu buatkan Niyaz sedikit berdebar.

Tikala Niyaz ingin alihkan pandangannya dari Daiyan, bebola matanya menangkap bayang-bayang Daiyan yang terpantul di dinding.

Dia yang asalnya curious terus kejung di situ. Separuh nyawa Niyaz bagai tersedut pergi, kelopak mutiaranya digosok berkali-kali tetapi pemandangan yang terlihat tetap tidak berubah sama sekali.

Bayang-bayang Daiyan sepatutnya menjadi bayangan manusia normal, menjadi semakin pelik. Bentuk kepala seharusnya menonjol karena gaya rambut, menjadi bentuk tanduk besar dan panjang dan size badan bertambah lebar dan tinggi hingga ke syiling.

[C] DAIYAN HUMAIRAWhere stories live. Discover now