"Stay away!" Tengking polis itu. Bukan dia tak kenal lelaki yang dekat depan dia ni. Seorang Mafia.

Dilan hanya ketawa sebelum dia memetikkan jarinya. Memberi arahan kepada budak budaknya untuk memb*nuh mereka.

Orang kanannya mengeluarkan pistol dah dihala ke polis itu.

Tanpa sempat polis itu mengeluarkan senjata...

Bam!

Polis itu mati. Rafael pula sudah jatuh kebelakang. Terkejut disebabkan tembakan itu dan darah yang memercit ke mukanya.

Pistol itu sekarang dihalakan ke Rafael.

Rafael sedar akan situasi itu, tapi dia tidak akan mengalah. Pistol yang berada di sisi polis itu dengan tangkas diambil dan ditembakkan ke arah orang yang menembak polis itu.

Orang itu tidak mati melainkan cedera sahaja pada bahagian bahu. Orang kanannya yang lain mengeluarkan pistol ingin memb*nuh Rafael tetapi ditahan oleh Dilan.

Dilan menghampiri budak dan menendang pistol yang berada ditangan budak itu ke tepi. Kemudian dia duduk dihadapan budak itu.

"You so brave kid." Ujar Dilan.

Rafael berkerut dahi. Apa benda dia cakap ni aku tak faham.

Melihat budak itu berkerut dia tahu yang budak ni tidak memahami bahasa yang digunakan. Yelah budak mana tahu lagi bahasa inglish ni. Dilan ketawa.

Rafael pula lagi berkerut dahi. Apa yang kelakar?

"How about you join me?" Ujar Dilan menghulurkan tangannya kepada budak itu dengan harapan dia mencapainya.

Rafael pelik.

Melihat wajah budak itu dia faham. Dia memanggil seseorang yang boleh berbahasa melayu.

"Yes, boss?" Soal pemuda itu.

"Ask him to join us." Arah Dilan.

Pemuda itu hanya menganggukkan kepala.

"Hai. Nama adik apa?" Soal pemuda itu.

"Rafael." Balas Rafael.

"Oh. Rafael nak tak ikut kami?" Soal pemuda itu.

"Pergi mana?" Soal Rafael pula.

"Masuk dalam kumpulan kami." Balas pemuda itu.

"Kumpulan apa?" Soal Rafael pula.

Banyak Soal pulak budak ni. Gumam hati pemuda itu.

"Kumpulan Mafia." Jelas pemuda itu.

"Mafia! Tak nak!" Tolak Rafael.

"Kenapa pulak?"

"Jadi kamu semualah yang culik aku dan saudara aku!" Tengking Rafael.

Pemuda itu menggaru kepala. Makin susah nampaknya.

"Bos what should we do now?" Soal pemuda itu kepada bosnya.

Dilan hanya memandang budak itu.

"What his name?" Soal Dilan.

"Rafael." Balas pemuda itu.

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now