"Kenapa Dion?" Soal Leon lembut ingin menyembunyikan perkara itu.

"Kau nak pergi mana?" Soal Dion sambil mengusap matanya.

"Aku ada urusan. Kau buat apa kat sini?" Soal Leon pula gelabah.

"Oh tadi aku nak pergi minum air kat dapur lepastu nampak kau tu sebab aku ikut kau ke sini." Balas Dion sebelum mulutnya ditutup menggunakan tangan kerana menguap. Kena tutup nanti masuk setan.

"Oh, okay. Aku gerak dulu kalau ada apa apa bagitahu aku faham." Jelas Leon memberitahu kepada adiknya.

"Yelah, elok elok bawak kereta itu nanti kemalangan tak dapat kau jumpa buah hati kesayangan kau tu." Perli Dion kepada Leon. Dia tahu kalau Leon bawak kereta dalam urusan penting mengalahkan orang yang tengah berlumba.

"Mulut kau jaga ye. Ucapan adalah doa. Kau nak sangat aku kemalangan ke?" Balas Leon agak tegas. Orang nak elok elok dia nak sakit memang cari nahas betul.

"Mana ada aku doakan macam tu. Aku ingatkan kau je. Yelah kau bawak kereta mengalahkan orang tengah berlumba tau. Entah entah kalah jet tentera. Tu yang aku kata macam tu. Tapi kalau ada apa apa berlaku kat kau, aku boleh tolong jagakan buah hati kau." Balas Dion sambil tersengih diakhir ayat. Tapi sengihan tu tak lama sebelum...

Buk!

Pintu kereta Leon dibuka cepat Dan terkena muka Dion.

"Aduh!" Rintis Dion dengan tangan memegang wajahnya yang pedih.

"Kau main dengan aku memdapatlah jawabnya. Bye." Selepas itu Leon terus memandu keluar dari kawasan perumahan keluarganya.

"Tahulah sayang, tak payahlah buat macam tu sekali. Aduh!" Rungut Dion sebelum jalan memasuki rumah semula.

Keadaan Melia...

Melia baru tersedar dari tidurnya. Dia melihat ke kiri Dan ke kanan. Dirinya masih lagi dalam kereta. Dia bangun pari pembaringan dan...

Buk!

Melia tersadung kehadapan dan wajah terhentak pada kepala kerusi.

"Kau duduk elok elok sekarang!" Marah lelaki itu.

"Aduh!" Melia merasakan hidungnya berdarah kerana hentakan yang kuat itu. Sekali lagi, hentakan berlaku membuatkan Melia terhantuk sekali. Kepalanya pening.

"Art kau tembak kereta tu!" Arah Sero tegas.

"Gila kau kalau terkena puan Melia macam mana?! Kau nak tanggung!" Balas Arthur tegas. Bos dahlah ganas kalau dapat tahu puan cedera disebabkan dia Mampus. Kalau pihak musuh takpe lah juga.

"Daripada terlepas! Kau nak ke bos turun tangan! Sekali bos turun, mahu kita pun kena tibai juga!" Jelas Sero lagi tegas. Minyak ditekan kuat. Kereta dihadapan mereka ni memang taknak mengalah. Belok sana, belok sini. Memang tak reti duduk Diam.

My Overprotective Mafia Onde histórias criam vida. Descubra agora