"Oh yeke. Kalau macam tu maaflah saya ingat kami ada buat salah... Wait awak kata kerja. Awak kerja kat mana?" Soal Kai. Aduh maklumat tersorok lagi.

"Um... kerja sambilan je." Tipu Melia lagi.

"Kerja apa?" Soal Kai ingin mengorek rahsianya.

"Um... kerja sambilan kedai runcit je." Tipu Melia lagi sekali. Maaf Kai.

"Oh... macam tu." Balas Kai.

Melia ketawa kecil. Dia tahu tipu tu berdosa tapi nak buat macam mana kalau cakap betul nanti terasa.

"Jadi tu je ke?" Soal Melia ingin kepastian selepas perbualan mereka tadi terhenti.

"Oh ye jap." Kai mencari sesuatu di poket seluarnya. Selepas itu dia membawa keluar sebuah kotak kecil dibalut kemas dengan pembalut hadiah berwarna merah.

"Apa ni?" Soal Melia pelik.

"Nah ada orang bagi." Jelas Kai.

"Siapa?" Melia mengambil kotak kecil itu lalu dibelek sedikit.

"Kawan aku bagi kat kau." Jelas Kai lagi.

"Oh." Hanya itu saja yang dibalas oleh Melia. Dia ingin membuka hadiah itu tapi ditahan oleh Kai.

"Eh jap, awak buka dekat rumah boleh?" Balas Kai.

"Kenapa?" Soal Melia.

"Sebab mana tahu benda berharga mana boleh buka depan umum." Jelas Kai.

"Oh okaylah macam tu. Terima kasih Kai nanti bagi tahu kawan awak terima kasih." Jelas Melia memasukkan hadiah itu didalam beg silangnya.

Mereka menghabiskan minuman mereka sambil menikmati suasana kedai.

Tanpa mereka sedari ada dua kumpulan sedang memerhatikan mereka.

Kumpulan pertama...

"Bro tu ke perempuan yang kau cakap tu?" Soal Steph kepada lelaki misteri itu.

Lelaki itu tadi biasa je gelak, bersembang bagai, tapi bila dia nampak Melia tu terus dia tersengih suka. Tapi kejap jelah lepas dia nampak perempuan tu ke meja lain. Dia tak kisah tapi yang buat dia kisah bila meja lain itu berpenghuni lelaki.

Dari senyum ke masam. Lagi berapi bila dia nampak lelaki itu bagi hadiah dekat Melia. Mana tak bengang member.

"Bro kau dengar tak?" Soal Steph lagi. Fokus betul nampak. Dah fikir nak bunuh orang ke.

"Apa yang kau nak b*doh!" Carut Rafael.

Ye nama lelaki misteri itu adalah Rafael. Macam mereka berjumpa? Kenapa dia nak Melia? Tunggu kejap lagi. Sikitlah saya bagi ye. Hihihi😁

"Bro, aku tanya kau ni. Dia ke perempuan yang kau cakap tu?" Soal Zack bagi pihak Steph yang sudah koyak.

"Ye. Dia perempuan tu." Balas Rafael.

"Jadi macam mana bro. Dah ada orang confess dah tu." Kata mark ingin mengetahui plan dia.

"Hah! Biar je dulu tahulah aku macam mana nak handle. Perempuan tu milk aku seorang. Takde siapa pun yang boleh ambil. Hanya tunggu masa je." Jelas Rafael dengan senyuman jahat di mukanya.

Membernya sudah tahu perangai sebenar Rafael jadi mereka hanya membiarkan saja. Kalau tak dapat apa yang dia nak memang mengamuk terus. Jadi kalau dihalang memang minta penumbuk lebih baik makan dari menyibuk. Kan.

Kumpulan kedua...

"Babe tengok tu." Kata Tina ke Zakrul sambil menunjuk kearah meja Melia.

"Wow, nampaknya ex member kita dah taken." Balas Zakrul.

"Eii baru sekarang nak taken. Haih kesian." Perli Tina.

"Biar je babe." Balas Zakrul sambil menikmati makanannya.

"Eh babe, bukan Hanis dengan Kai tu rapat ke?" Soal Tina.

"Kan. Entah entah Hanis tu suka dekat Kai." Teka Zakrul.

"Kan. Eii kesian Hanis. Kawan dia stab back dialah." Perli Tina lagi.

"Aduh. Babe tangkap gambar." Arah Zakrul.

"Hah kenapa?" Soal Tina pelik.

"I ada plan." Balas Zakrul.

"Plan apa?" Soal Tina ingin mengetahui plan boyfriendnya.

Selepas memberitahu plannya Tina tersenyum suka.

"Habislah kau Melia." Kata Tina sebelum ketawa perlahan.




Assalamualaikum semua. Maaf lambat update. Saya kekurangan idea. Agak agaknya macam mana Rafael dengan Melia berjumpa ye? Apa plan Tina dengan Zakrul ye? Kita tunggu je ye. Hihihi😁

My Overprotective Mafia Donde viven las historias. Descúbrelo ahora