12

80 1 0
                                    

10 votes to unlock a new chapter. Happy reading!

FATIMA aturkan langkah ke arah peti sejuk. Dia baru selesai mandi dan solat asar. Hari ini, dia pulang lambat dari sekolah kerana sekolahnya mengadakan latihan sukantara.

Fatima keluarkan ayam yang sudah diperap pagi tadi dari peti sejuk. Selain itu, dia keluarkan juga sawi bok choy, kubis bunga dan lobak merah. Dia fikir mahu sediakan ayam goreng berempah dan sayur goreng campur sahaja untuk makan malam.

Apron disarung pada badan sebelum dia memulakan kerja. Minyak dipanaskan di dalam kuali. Dia mahu menggoreng ayam, dan dalam masa yang sama dia akan siapkan sayur-sayuran untuk digoreng.

Sedang Fatima lekas dengan kerjanya, bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkannya. Mata automatik dihalakan pada jam dinding yang tergantung pada dinding. Pukul lima tepat. Awal Firhan balik hari ini.

"Assalamualaikum, Fatima..."

Fatima mengangkat muka. Satu senyuman nipis diukir. "Waalaikumusalam. Awalnya you balik hari ni."

"I ada kerja dekat luar hari ni. Kebetulan dekat je dari rumah. So, I terus balik je," ujar Firhan sebelum meletakkan beg kerjanya di atas kerusi tinggi. Sambil dia melangkah ke peti sejuk untuk mendapatkan segelas air sejuk, dia meleraikan ikatan tali leher yang sudah sedia melonggar dari kolar bajunya.

"Oh..."

"You masak apa?"

"Tengah goreng ayam berempah. And, I ingat nak buat sayur campur. You dah makan?" soal Fatima tanpa memandang Firhan. Lobak merah dipotong secara julienne. Pergerakannya pantas.

"I dah makan dengan colleague tengah hari tadi," jawab Firhan sebelum menghabiskan baki air putih di dalam gelas. "Malam nanti I nak keluar jumpa Iz kejap."

"Okey." Fatima tidak bertanya lanjut. Lobak merah, sawi bok choy dan kubis bunga diletakkan di dalam mangkuk kosong. Dia terus bergerak ke arah dapur gas. Sempat dia keluarkan kuali dari dalam kabinet.

Firhan bersandar pada kabinet. Matanya memerhartikan Fatima. Entah kenapa, sejak dua tiga hari ini dia perasan ada sesuatu yang berbeza pada tingkah laku Fatima.

"Fatima."

"Ya?" Fatima menoleh sambil tangannya memulas tombol dapur gas untuk memperlahankan api.

"You okey?" Firhan menyoal. Badannya sudah ditegakkan. Tidak lagi bersandar pada kabinet.

"Okey je. Kenapa you tanya? I nampak tak okey ke?"

"You nampak lain dua tiga hari ni." Jujur Firhan memberitahu.

"Oh..." Fatima tersenyum nipis. "I busy sikit dengan hal sekolah dua tiga hari ni. Sekolah tengah anjurkan acara sukan tahunan," ujarnya seraya kembali menoleh ke depan. Tidak lagi memandang Firhan. Dia sibuk mengangkat ayam yang sudah masak.

"I ingat you ada apa-apa masalah."

"Takde lah." Pantas sahaja Fatima membalas.

"I'm glad if you're okay." Firhan membasuh gelas yang diguna olehnya. "I nak masuk bilik dulu. Nak mandi and solat. Nanti I turun makan."

"Okey."

Seketika kemudian, Firhan beredar dari ruang dapur. Hilang sahaja bayang Firhan, Fatima langsung menghela nafas lega. Dia tidak sangka Firhan perasan akan perubahan sikapnya.

Sejak hari sama dia ternampak Firhan dan Husna di taman tempoh hari, memang terdapat perubahan dalam sikapnya. Dia sendiri sedar tentang hal itu. Apabila di rumah, dia lebih banyak luangkan masa di dalam bilik. Dia bukan berniat untuk menjauhkan diri dari Firhan, dia cuma sedang berusaha untuk mengingatkan diri tentang hakikat sebenar. Dia tidak mahu terus terbuai dengan keadaan yang tak akan kekal lama ini.




OG | Cerita Ini Cerita KitaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang