4

97 2 0
                                    

FATIMA tersenyum sendiri melihat pokok-pokok herba yang ditanamnya di balkoni semakin tubuh dengan segar. Ada pudina, rosemary, thyme dan pokok cili. Melihatkan perkembangan yang baik terhadap pokok-pokok herba itu, dia mula berhasrat untuk menanam lebih banyak pokok lain.

Kadang-kadang Fatima sendiri tak boleh percaya yang dia berjaya memastikan pokok-pokok herba di hadapannya ini dapat tumbuh dengan elok. Kalau ayah tengok pokok-pokok dia ni, confirm ayah terkejut. Ah, sebut tentang ayah, dia jadi rindu pula akan lelaki itu. Kali terakhir dia bersua muka dengan ayah adalah semasa hari kenduri kesyukuran sempena pernikahannya dengan Firhan. Sudah dua bulan berlalu dari hari kejadian.

Bila dah rindu, saling berhubung melalui panggilan telefon atau mesej tiada guna. Fatima tetap mahu berjumpa ayah secara berhadapan. Hujung minggu depan dia mahu meminta izin daripada Firhan untuk pulang ke kampung. Sudah tidak tertahan rasa rindunya. Kalaulah ayah masih menetap di rumah lama mereka, tiap-tiap hari pun Fatima boleh berkunjung ke sana kerana jarak antara rumah Firhan ini dengan taman perumahan itu tidaklah begitu jauh. Namun disebabkan kini ayah sudah berpindah ke Melaka, jarak menjadi penghalang untuk Fatima melepas rindu.

"Kenduri tu bila, ayah?"

Suara Firhan tiba-tiba menyapa pendengaran. Lamunannya langsung mati. Fatima laju memusingkan tubuhnya ke belakang. Ketika itu juga Firhan baru turun dari tingkat atas. Kelihatan lelaki itu sedang melekapkan telefon pada telinganya.

"Oh, Sabtu minggu depan? Baik ayah. Nanti Fir ajak Fatima balik sana."

Mata Fatima spontan membulat. Dia tidak salah dengar kan? Firhan sedang berbual dengan ayah? Tanpa berlengah, sepantas kilat dia berlari masuk ke dalam rumah.

Bibir Firhan merekah dengan senyuman lebar saat melihat tingkah Fatima yang sedang berlari anak ke arahnya. Riak wajah wanita itu yang jelas menunjukkan keterujaan mencuit hatinya.

"Ayah. Fatima ada dekat depan Fir ni. Fir pass telefon ni dekat Fatima, ya ayah."

Fatima tersenyum lebar. Firhan seperti tahu-tahu saja bahawa ketika ini rasa rindunya terhadap ayah sedang membuak-buak.

"Nah." Firhan menghulurkan telefonnya kepada Fatima. Namun, dahinya berkerut saat terpandang kedua-dua belah tangan wanita itu yang masih bersarungkan glove dengan kesan pasir yang melekat.

Perasan akan kerutan pada dahi Firhan dan pandangan lelaki itu yang tertancap pada tangannya menyebabkan Fatima ikut sama memandang tangan sendiri. Aduhai... Macam mana dia boleh lupa tentang glove ni?

"Kejap. I nak letak glove dekat luar jap."

"Eh, tak payah-tak payah." Firhan laju menghalang sambil menggelengkan kepala.

"Why?" Fatima tidak jadi memusingkan badannya.

"Sini." Firhan lantas meletakkan telefonnya di atas sofa yang terletak berhampiran dengannya sebelum dia mencapai kedua-dua belah tangan Fatima. Glove yang tersarung pada tangan wanita itu dicabutnya.

Fatima terkedu. Tidak berkelip matanya tika ini. Sungguhlah lelaki ini sangat arif dalam membuatkan jantungnya bekerja lebih keras daripada biasa.

"You sembang la dengan ayah. Nanti sudah, letak je phone dekat atas meja tu. I nak keluar kejap tau. Nak jumpa Iz," tutur Firhan sambil tersenyum nipis. Sejurus selepas itu, dia mengorak langkah ke balkoni untuk menyimpan semula glove milik Fatima.





"ADA apa kau tiba-tiba nak jumpa aku hari Sabtu ni?"

Firhan mendongakkan kepala. Iz sudah pun mengambil tempat duduk di hadapannya.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now